Wednesday, October 5, 2011

AIR TIADA TERPAKSA AMBIL SEMBAHYANG DISUNGAI


KENAPA NIK AZIZ AMIK WUDUK DI SUNGAI...?


JAWAPANNYA HASIL DARI KERAJAAN KEBAJIKAN

JALAN BAYAM – Isu air di Kelantan tiada penghujung kali ini mangsanya, kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.




UNDILAH Pah lagi... Hehe.

BACHOK 14 Sept. – Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan UMNO Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

“Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.

Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.

Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.- BERNAMA

BILA ULAMA UMNO BERKATA KATA


Kenapa aku suruh PAS mencontohi Ustaz Fathul Bari? Tengok ni:


Aku tengok, Orang UMNO lebih selesa dengan pendapat atau pandangan Ustaz Fathul bari yang berada didalam UMNO daripada Ustaz-ustaz yang berada didalam PAS dalam isu Hudud ni.

Sunday, October 2, 2011

KARPAL SINGH TERIMA HUDUD?



Karpal Singh nampaknya dilihat seperti nyanyuk juga apabila tiba2 boleh menerima Hukum Hudud. "Boleh Terima. Saya boleh. Tapi tunggu saya mati dulu, lepas tu suruh Nik Aziz atau Hadi Awang langkah mayat saya. Baru boleh buat. Kalau berani." Itu kenyataan Karpal yang dilaporkan beberapa wartawan namun tidak membenarkan ianya dikeluarkan dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan umat Islam. Karpal Singh yang dilaporkan tidak hadir pada Konvensyen Ulang Tahun ke 60 PAS semalam dan hari ini di Kepala Batas telah dihubungi beberapa wartawan. Di kesempatan itu juga ada beberapa wartawan mengaitkan isu pendirian terkini beliau mengenai Hukum Hudud. "Saya tak ada masalah dengan PAS, UMNO atau mana2 parti. PAS juga kita boleh kerjasama. Tapi jangan sentuh soal Hudud. Kalau nak (buat), macam saya kata tadi lah." Sebelum ini beberapa Pemimpin Pro Sekular PAS seperti Khalid Samad dan Mahfuz Omar semakin mual dan jelak dengan sikap Nik Aziz yang semakin karut dalam membuat kenyataan demi kenyataan (Klik DISINI). Setakat ini, Kumpulan berhaluan kiri PAS ini sedang bergerak untuk menjatuhkan beberapa Pemimpin PAS Pro Ulama' di peringkat Negeri termasuklah Ustaz Azizan (Kedah) dan Hasan Ali (Selangor). Nik Aziz merupakan antara Pemimpin yang sedang dikaji untuk ditumbangkang. Namun, pihak PAS Kelantan dikatakan tidak sehaluan dalam perancangan ini yang menyukarkan gerakan mereka.





HUDUD PAS, DAP MENANG LAGI


Jangan Kong Kali Kong… DAP, PKR Mesti Perjelas Pendirian Tentang Hudud


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan Pas sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan seterusnya di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan pembangkang itu perlu segera menzahirkan pendirian sebenar mereka, dan tidak mengelirukan rakyat dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
“Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi Pas masih bertekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bersama pemimpin penjawat awam Malaysia-Singapura 2011 di sini, hari ini.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pembangkang (MPP) selama tiga jam Rabu lepas tidak menyatakan secara jelas pendirian mereka berhubung isu hudud.
Sebaliknya, Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu hudud telah dilihat dari sudut dasar-dasar bersama yang dipersetujui seperti yang terkandung dalam Perlembagaan, dasar bersama pembangkang dan Buku Jingga.
Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk ‘bersuara’ dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu.
“Setakat ini yang konsisten hanya Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Biar Anwar, Karpal dan Hadi cakap dengan jelas apa pendirian mereka, kerana bukan sahaja orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga mahu tahu apa pendirian pakatan pembangkang dalam soal ini.
“Eloklah pihak media tanya mereka apa pendirian rasmi pakatan pembangkang, biar mereka jelaskan perkara sebenar atau kalau tak boleh sangat, buatlah kenyataan media dan bacakan sahaja,” katanya.
Mengulas cadangan pembentangan bajet alternatif pakatan pembangkang minggu depan, Muhyiddin berkata beliau yakin ia akan membentangkan “bulan dan bintang” seperti yang dijanjikan ketika mahu menubuhkan kerajaan alternatif.
Pakatan pembangkang akan membentangkan bajet alternatif pada 4 Okt, iaitu tiga hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat ini.
Ditanya mengenai desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya dua ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Datuk Mohamed Azman Yahya memberi penjelasan berhubung pertemuan mereka dengan pemimpin kanan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Muhyiddin berkata, ia terpulang kepada individu terbabit.
“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan. Mungkin juga pertemuan itu atas kapasiti (Lim) sebagai Ketua Menteri (Pulau Pinang) dan oleh kerana kerajaan Singapura diterajui oleh parti PAP, pertemuan dengan wakil kerajaan juga mestilah dengan mereka daripada PAP, jadi itu perkara biasa.
“Kita jangan mudah melenting dan buruk sangka. Mungkin pertemuan itu untuk kepentingan bersama,” katanya.
Semalam, Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim mendesak kedua-dua ahli perniagaan itu menjelaskan perkara yang dibincangkan pada jamuan malam 12 Ogos lepas.

MAT SABU KOMUNIS


Komunis Pejuang Kemerdekaan?