Sunday, July 31, 2011

RIDHUAN TEE ABDULLAH MENULIS..........................
Tulisan Ridhuan Tee Abdullah yang terbaru ini sangat tepat pada masa dan ketikanya. Elok disebar dan dikongsi bersama. Biar terbuka minda dan fikiran yang penuh dengan nanah dan lendir kotor serta buruk sangka terhadap UMNO dan orang Melayu. Semoga dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, kita semua kembali ke pangkal jalan. Baca tulisan beliau di bawah :

SEBUT SAHAJA NAMA Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikitpun tidak ada kebaikan yang ada pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam. Semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira.

Marilah kita membuat senarai semakan (check list), berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim Ali. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Janganlah kita tolak secara pukal seseorang hanya kerana sedikit ‘kesalahannya’. Ibrahim Ali yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicop sebagai rasis.

Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi atau respon kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja tuntutan MIC dalam Perhimpunan Agong ke 65 pada 31 Julai 2011. Ini belum lagi parti-parti komponen Barisan Nasioanl yang lain. Semuanya meletakkan kepentingan bangsa, bangsa dan bangsa.

Pelik sungguh politik negara ini, bila mana pertubuhan Melayu menuntut hak mereka dikatakan sebagai rasis. Tetapi bila pertubuhan bukan Melayu dan parti komponen BN dikatakan sebagai hak minoriti. Politik apakah ini?

Saya yakin Ibrahim Ali tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa.

Sehingga ke tahap ini, mereka tidak segan silu mengangkat pendosa-pendosa ini sebagai pemimpin kaum mereka. Pada mereka, peribadi pemimpin bangsa mereka tidak penting, selagi mereka mempertahankan hak-hak bangsa mereka dan aib mereka disenyapkan. Malah mereka akan dinobatkan sebagai hero dan wira. Maka tidak hairanlah jika pendosa-pendosa ini disanjung dan dijunjung.

Mereka juga tidak dianggap sebagai rasis. Berbeza pula pendekatannya apabila perkara yang sama dibangkitkan oleh orang Melayu, maka secara tiba-tiba peribadi pemimpin bangsa Melayu itu menjadi penting dan disensasikan dengan begitu buruk sekali. Apa sahaja yang keluar dari mulut orang Melayu tersebut seperti Ibrahim Ali ini dan kaitan dengan namanya, semuanya rasis atau berniat jahat. Permainan politik licik apakah ini? Kita masih buta.

Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir, yang pada pandangan saya berjaya mengaburi mata umat Islam. Kita pun sama terikut-ikut dengan rentak mereka.

Mungkin selepas ini saya juga dikategorikan termasuk dalam kumpulan Ibrahim Ali. Terpulanglah… Apa yang saya tahu, pendekatan saya berbeza dengan Ibrahim Ali. Saya tahu apa yang saya buat.

Ketika Ibrahim Ali menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panelis dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim Ali menamakan anugerah tersebut dengan namanya.

Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim Ali berhak berbuat demikian. Naïf sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram.

Tidak ramai kalangan kita yang tampil ke hadapan memberi sumbangan (sedekah) walaupun telah kaya raya melalui sistem yang membenarkan kita menjadi kaya. Setiap bangsa telah dikayakan, sibuk membantu bangsanya sendiri. Tetapi bila ada seseorang yang menawarkan bantuan secara ikhlas mungkin, kepada bangsanya, disebabkan oleh namanya yang tidak enak didengar dan boleh menjejaskan periuk nasi dan reputasi kita, kita tolak seratus peratus. Politik rimba apakah ini?

Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim Ali, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim Ali pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.

Yang amat memelik saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Kita menuding jari siapa benar, siapa salah, bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah! Apakah anugerah itu salah? Jika salah, betulkan, bukan dengan menolak secara total. Inilah pemikiran ultra kiasu, politik rimba, politik bebal dan politik pandir yang amat sukar untuk dipadamkan dan kita terikut-ikut sekali.

Banyak juga anugerah yang ditaja oleh syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut. Adakah Ibrahim Ali lebih hina daripada arak dan judi? Pada saya daripada mengambil anugerah yang ditaja oleh syarikat judi dan arak, lebih baik saya menerima anugerah Ibrahim Ali, jika itulah namanya dan memang tidak ada pilihan.

Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim Ali atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan? Jika dibaca matlamat anugerah tersebut, tujuannya adalah murni untuk mencari pelajar terbaik dan serba boleh serta menggalakkan budaya persaingan, selain membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis. Jika mereka boleh menyediakan pelbagai anugerah, kenapa pertubuhan Melayu yang menawarkan anugerah ini dianggap rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju. Kita sanggup terima sumbangan daripada syarikat judi dan arak, tetapi menolak sumbangan seorang insan yang dianggap sebagai rasis. Adakah ini wajar?

Kita hanya pandai berkokok. Sanggupkah mereka yang berkokok menyediakan anugerah tersebut? Jika sanggup, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan perlekehkan kerja amal orang lain yang bertujuan membangunkan anak bangsanya.

Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Mereka tidak saling mencemuh, walaupun pada pandangan kita mereka adalah pendosa dan orang zalim. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, mereka tidak layak dinobat sebagai wira.

Berapa ramai orang telah dibunuh ketika mereka menjadi pemimpin? Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh begitu ramai umat Islam melalui arahan yang dikeluarkan semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk?

Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan.

Lebih malang lagi kita terpaksa tunduk kepada tuntutan dan desakan ini kerana tiada pilihan. Malah mereka tidak segan silu mengungut untuk keluar daripada barisan jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Akibatnya, masa depan pribumi dan Islam semakin tidak menentu. Hak orang lain semakin semakin, manakala hak sendiri semakin terhakis. Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayua atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang. Apabila sedikit kuota atau keistimewaan mereka ditarik balik untuk memberi laluan kepada bangsa mereka juga, disebabkan oleh parti politik berbeza dalam komponen yang sama, heboh satu Malaysia. Mereka ibarat cacing kepanasan. Tetapi apabila kerusi Melayu atau Islam berkurang, senyap, tidak ada yang bersuara termasuk orang Melayu (Islam) sendiri.

Sampai bilakah umat Islam boleh bertahan dengan ‘formula’ yang tidak mencerminkan keadilan ini. Sejak dahulu lagi saya mencadangkan supaya diwujudkan formula keadilan berasaskan kehendak Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan formula barat berasaskan kepada kesamarataan. Barat sendiri tidak mengotakan formula mereka, mengapa kita perlu mengikut apa yang mereka kemukakan tetapi mereka sendiri tidak pernah dipenuhi. Mereka mengemukakan formula yang boleh menyebabkan kita berantakan sesama sendiri. Sejarah membuktikan, Islam mampu memberikan keadilan tetapi bukan kesamarataan, kerana agama Islam itu sendiri tidak boleh disamaratakan dengan agama lain.

Ayuh! Wahai umat Islam, bangun dan bertindak. Jangan terus lena dibuai mimpi. Sekadar memegang tampok kekuasaan negara, belum menjamin masa depan jika hak semakin terhakis. Apa guna menang sorak kampung tergadai.

Orang lain, walaupun mereka tidak menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mereka semakin jauh ke hadapan meninggal kita. Apa guna kuasa berada di tangan jika anak bangsa terus merempat di bumi sendiri dan diselubungi dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Kekuatan ekonomi masih jauh lagi untuk dikuasai.

Apakah sesuatu bangsa itu boleh menjadi kuat dengan memegang kuasa sahaja? Sejarah membuktikan bahawa kuasa ekonomi boleh membeli kuasa politik. Kuasa politik tidak akan bertahan lama jika tidak disertai dengan kuasa ekonomi. Dalam dunia hari ini, kuasa ekonomi adalah segala-galanya (dengan tidak menafikan kuasa Allah SWT).

Kenapa Yahudi berjaya menguasai dunia hari ini walaupun bilangan mereka hanya sekelumit? Jawapannya, mudah kerana mereka menguasai ekonomi dunia. Kekayaan dunia berada di tangan mereka. Maka tidak hairanlah, saban hari umat Islam menjadi mangsa kerana mereka tahu bahawa umat Islam adalah ancaman kepada mereka.

Maka, berbagai jalan dicari untuk melemahkan umat Islam. Salah satunya pecahkan umat Islam dan sogokkan mereka dengan keseronokan sosial. Biar kita leka dengan kuasa yang ada. Pada pemikiran kita, dengan kuasa yang ada, kita boleh bertahan lama. Sebenarnya, tidak. Kuasa yang ada tanpa sokongan kuat ekonomi dan lain-lain, menunggu masa untuk pupus entah ke mana.

Sunday, July 31, 2011

Ku Li Di Lantik Untuk Jadi Ketua Pembangkang??


Pakatan pembangkang mengamalkan politik 'tikam belakang' jika benar mereka mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,pelawaan itu hanya menunjukkan pembangkang semakin terdesak dan hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim,malah mereka seolah-olah yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.

"Mereka bimbang imej pakatan pembangkang semakin terjejas kerana Anwar menghadapi pelbagai isu seperti moral, pembohongan, tidak konsisten dan fahaman pluralisme.Kalau ini berlaku (pelawaan pembangkang), ia menunjukkan bahawa pembangkang mengamalkan budaya 'tikam-menikam' dari belakang," katanya selepas melancarkan Skim Khairat Kematian Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit semalam.

Sebelum ini,UTUSAN melaporkan Tengku Razaleigh dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpendapat,situasi tersebut juga menunjukkan Pengerusi DAP,Karpal Singh tidak yakin dengan kepimpinan Anwar,sama seperti yang pernah diungkapnya sebelum ini.

Friday, July 29, 2011

HEBATNYA NIK AZIZ

ADAKAH NIK AZIZ SEBEGITU HEBAT ORANGNYA...!!?



BUKTI PAS HILANG PENGARUH DI KELANTAN

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

‘‘Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.

‘‘Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahrain berkata, berdasarkan pengamatannya tindakan terbaru pihak pembangkang itu turut dikaitkan dengan keperluan kepada seorang pemimpin yang mampu meneutralkan Pas dan DAP seperti mana peranan Anwar selama ini.

‘‘Saya juga diberitahu keputusan ini telah dibuat secara kolektif antara pemimpin Pas, DAP dan PKR. Nampaknya, kriteria untuk menjadi Ketua Pembangkang mestilah dalam kalangan pemimpin yang telah lama berkhidmat di dalam UMNO.

‘‘Inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Dalam pada itu Zahrain berharap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut jika benar ia berlaku demi masa depan orang Melayu yang kini semakin berpecah.

‘‘Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah,’’ katanya.

Zahrain berkata, pihak yang pasti gembira dengan perkembangan terbaru itu sudah tentu DAP kerana sememangnya parti berkenaan mahu melihat orang Melayu berpecah-belah.

Ketika ditanya sejauh mana kesahihan maklumat tersebut, Zahrain berkata, beliau yakin perkara tersebut berlaku dan sekiranya dakwaan itu tidak benar, Tengku Razaleigh perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau turut yakin perkembangan terbaru itu juga menunjukkan saat kehancuran PKR semakin hampir apabila parti berkenaan ketandusan pemimpin berkaliber.

Thursday, July 28, 2011

USAHA PAS UNTUK MELEMAHKAN UMNO DI KELANTAN. SETELAH DISEDARI PAS YANG  ORANG MELAYU MULA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PAS. SETELAH NEGARA ISLAM DITUKAR KEPADA NEGARA KEBAJIKAN.

Pembangkang terus berhelah untuk memecahbelahkan kepercayaan di kalangan ahli UMNO.
Pendekatan Pakatan yang cuba “menjemput” Ku Li untuk menyertai mereka adalah strategi serampang dua mata.  Ia bertitik tolak dari kemungkinan bahawa Anwar akan dipenjarakan atas kes liwatnya, yang sememang ramai percaya itulah tempat paling afdhal bagi Anwar.
Pertama, Pakatan cuba mencari seorang yang boleh menggantikan tempat Anwar yang boleh meneutralisasikan PAS, atau dalam kata lain, dapat mengekalkan status PAS sebagai “pecacai” Pakatan.
Sekaligus, ia membuka rahsia betapa “rapuhnya” ikatan ukhwah sesama mereka, sehinggakan salah satu pemimpin dari tiga parti utamanya tidak boleh dipercayai antara satu sama lain.  Hadi Awang, andai dilantik sebagai ketua pembangkang akan menyebabkan ahli PAS rasa terhina, begitu juga dengan DAP yang tidak mungkin menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan mereka.  PKR pula dilihat paling lemah dalam soal lapis kepimpinan, yang selama ini bergantung harap kepada temberang politik Anwar untuk kelangsungan “survival” mereka.
Kedua, strategi ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan dalaman UMNO sendiri, terutamanya di Kelantan, yang dilihat begitu aktif menarik keahlian baru yang rata-ratanya terdiri dari ahli PAS.  Pastinya pelawaan terhadap Ku Li memberikan persepsi “sumbang” kepada Ku Li yang merupakan tokoh penting dalam UMNO di peringkat pusat, dan di Kelantan.
Antara faktor penting pelawaan ini oleh kerana beberapa “pendirian” Ku Li sendiri yang dilihat sehaluan dengan pendirian pembangkang.  Dan bukanlah rahsia tentang cita-cita politik Ku Li yang mahukan “lebih”, kerana sejarah sendiri menunjukkan betapa Ku Li tetap meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang bercita-cita besar di setiap kali Perhimpunan Agong UMNO.
Seandainya Ku Li menerima pelawaan ini, maka orang Melayu akan semakin berpecah belah dari segi politiknya, dan keadaan ini pastinya memberikan keuntungan kepada DAP yang bijak memainkan peranan dalam erti kata “pecah dan perintah”.  Strategi halus dengan mengumpan jawatan, namun mereka masih mendominasi Pakatan dengan wakil rakyat mereka sendiri, dan beberapa proksi mereka di dalam PKR.  Inilah cara DAP yang melihat kelemahan orang Melayu, di mana strategi ini telah berjaya di Pulau Pinang.  Hanya kerana 2 – 3 ratus ringgit, habis tanah digadaikan kepada DAP!
Segalanya sekarang terpulang kepada Ku Li.  Andai benar sayangnya kepada agama Islam dan bangsa Melayu, beliau tahu apa yang harus dilakukan.
Andai cita-citanya pula diutamakan, maka bersiap sedialah untuk Islam dan Melayu hilang sinarnya di bumi bertuah ini!

Wednesday, July 27, 2011

AHLI PKR BUAT KACAU LAGI

 


VIDEO SERBU NAJIB : SIAPA ZAKI YAMANI ?


apa kesalahan saya. itu jerit si zaki yamani, amk yang sekali lagi cuba buat kecoh sewaktu najib sedang melintas kawasan public semalam.

apa kesalahan saya ?

bodoh punya zaki. ko pergi serbu macam orang bawak bom memanglah polis tahan.

aku kenal siapa zaki yamani ni.
dia budak azmin ali. dia nobody dalam senarai susur galur amk.

dia tidak belajar habis. dia dibuang daripada ITM kerana  gagal dalam pelajaran. dia ni budak alor setar. 

bila dah kena tendang daripada ITM, dia sertai reformasi. dia menjadi waluk utama azmin ali di gombak sehingga 2004.

lepas tu azmin ali buang dia. pasal mamat ni tak kompeten,tak berpelajaran ,gemuk dan tak up to date dalam ber fesyen.

sepanjang lepas kena buang dari ITM dan selepas dipecat , mamat ni menganggur. kejap jual insuran kejap jual kereta..

macam biasa performance dia dalam hidup gagal, sentiasa gagal.

2004 dia hilang.

2011 kini dia muncul semula. cara nak tarik perhatian anwar dan azmin adalah dengan menyerbu najib petang semalam.

sumber bagitau dia nak jadi calon semula, dia nak masuk bertanding pada pru ke 13 nanti. dengan cara merusuh dia berharap anwar dan azmin akan panggil dia semula.

beginilah caranya orang pkr nak letakkan kelayakan di mata anwar untuk dipilih menjadi calon pru. pandai merusuh antara kriteria utama.

hutang piutang dia banyak. masalah kewangan dia meruncing.

jadi dengan merusuh, maka harapannya untuk diangkat sebagai pejuang akan dilihat.

sungguh memualkan gaya politik merusuh macamni. bagi aku elok amk ulang banyak kali agenda rusuhan sebegini.

memudahkan kerja kami untuk memberitahu kepada rakyat akan perangai beruk kononnya bakal pemimpin ! 

Saturday, July 23, 2011

MELAYU TAK BOLEH JADI PENGETUA/GURU BESAR DI SEKOLAH CINA!


Sifat rasis kaum Cina rupanya bukan sekadar dalam politik dan ekonomi saja malah turut melibatkan bidang pendidikan. Isu ini mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia yg berada di luar bidang pendidikan, tapi ia sudah sedia maklum di kalangan penjawat awam dalam bidang ini.

Sudah banyak yg didengar mengenai diskriminasi yg menimpa pendidik-pendidik bukan Cina yg berkhidmat di sekolah Cina. Mereka ini dinafikan hak-hak sebagai Muslim apabila dilarang bersembahyang oleh pentadbir sekolah. Mereka ini juga dipandang prejudis oleh pentadbir dan guru-guru Cina di sekolah tersebut.

Pernah berlaku satu isu sebelum ini di mana pihak lembaga pengelola sekolah Cina (terdiri drpd korporat Cina) membantah keras tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghantar guru besar Melayu ke sekolah Cina. Mereka hanya mahukan guru besar di kalangan org Cina saja. Akhirnya KPM terpaksa tunduk terhadap desakan tersebut.

GAD berkesempatan berbual dengan seorang pendidik yg pernah dilantik ke jawatan Penolong Kanan di sebuah sekolah menengah Cina. Menurutnya, khidmatnya di sekolah Cina itu tidak lama akibat campur tangan lembaga pengelola sekolah tersebut yg bagaikan membantah perlantikannya itu. Akibatnya, dia ditukarkan ke sekolah lain.

Menurut guru tersebut, sekolah Cina akan cuba sedaya mungkin untuk menghalang mana-mana guru bukan Cina daripada menjawat jawatan utama di sekolah mereka. Kalau bantahan mereka tidak diendahkan, mereka akan mendesak pemimpin politik khususnya Timbalan Menteri Pelajaran (salah seorangnya dijawat oleh pemimpin politik Cina) untuk campur tangan. Akhirnya kerajaan akan tetap tunduk kepada permintaan mereka.

Begitu kuatnya rasis puak ultra kiasu ini. Sebab itu GAD menyokong kuat pemansuhan sekolah-sekolah vernakular ini yg terlalu kuat sifat perkaumannya. Dahlah dari bangku sekolah rendah lagi diasingkan dari kaum lain, belajar di peringkat universiti pula kalau boleh nak belajar di IPT milik Cina spt UTAR, Lim Kok Wing & IPTS-IPTS lain. Jadi sampai bila akan wujudnya perpaduan antara kaum.

Sekolah Cina dan Tamil adalah punca longgarnya perpaduan kaum di negara ini. Sekolah ini juga menjadi penyebab rakyat Malaysia khususnya kaum bukan Melayu gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Sekolah ini juga menjadi tempat tersemainya kebencian terhadap kaum lain khususnya peribumi.

Kerajaan mungkin boleh meniru cara Thailand, Indonesia dan Singapura yg memansuhkan sekolah vernakular perkauman dan memperkasakan sekolah satu aliran demi membentuk perpaduan kaum. Takkan mahu tunggu meletup lagi isu perkauman baru nak kaji semula sistem persekolahan di Malaysia ini.
DIPETIK DARI BLOG GAP

Friday, July 22, 2011

MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 54 TAHUN -







Berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei.

Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia. – BERNAMA

Nik Aziz bela Mat rempit untuk merempit di PRU ke 13 nanti?

[DARI MEJA


Kumpulan Mat Remp
Demi untuk mempertahankan negeri Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, sanggup membela Mat Rempit bagi mengembelingkan perjuangan Pas untuk mempertahankan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO/BN.

Bagi Nik Aziz mempertahankan negeri Kelantan adalah satu Ibadah yang wajib di pertahankan. Ibarat kata biar "Putih tulang jangan putih mata."


Kumpulan Mat Rempit bersedia untuk merempit. Adakah mereka-mereka ini yang dibela oleh Tok Guru?

Ulama UMNO menjelaskan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Thursday, July 21, 2011

I'm Datuk Johari Abdul
Lihat pada minit 0.42


Datang demo bersuit beb....

Wednesday, July 20, 2011

PAS TELAH TERSESAT DALAM PERJUANGAN ISLAM SEBENAR. MENGAPA DAN KENAPA MENYOKONG AMBIGA & BERSIH. APA SUDAH LUPA? LIHAT VIDEO DI BAWAH.

Dalam masa tiga tahun mereka berubah kerana politik. Iman mereka tak kuat dan tidak istiqamah dalam perjuangan islam. Hanya kerana undi sahaja mereka mengubah pendirian daripada anti Ambiga kepada pro Ambiga. Itukah pejuang islam ? Khaikkkkk ptuihhhhhhh....

Jadi tak perlulah lagi nak melalak atau memekik pasal islam selepas ini. Islam kamu hanya boleh ditukar ganti dengan dengan undi sahaja. Kalau dengan undi pun mereka boleh mengubah pendirian mereka, bayangkan jika mereka diberi wang banyak. Masjid pun mereka sanggup tukar jadi gereja.
Tak usahlah Hj Hadi nak bercakap pasal sejarah, kalau sejarah yang mereka cipta sendiri pun sanggup mereka cabul hanya semata-mata kerana undi. Jangan nak pusing atau nak putar belit hanya kerana semata-mata nak menghalalkan perbuatan kamu menjilat punggung Ambiga.

Seperti yang selalu saya katakan sebelum ini, Pas sanggup lakukan atau lacurkan apa sahaja demi undi. Kalau isteri pun mereka boleh jadikan taruhan politik, apa lagi agama.

Semoga orang-orang islam Malaysia dapat menilai siapa Pas yang sebenarnya. Perjuangan islam mereka semuanya palsu dan hanya untuk mendapatkan undi. Baru tiga tahun mereka terpekik, terlolong membantah Ambiga, tiba-tiba Ambiga itu pula yang dijilat mereka. Murahnya maruah diri Pas. Pelacur pun tak semurah itu.
DIPETIK DARI RBF.

Tuesday, July 19, 2011

GEMPARRR..!!! DAP pecat Razali hanya kerana dedah pembohongan derhaka DAP..?!!!


Masih ingatkah kalian semua tentang laporan myanger.blogspot.com (telah dihijacked) milik Shamsul Yunus yang mendedahkan tentang satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Perkara tersebut telah dinafikan oleh ramai pihak, termasuk Jeff Ooi (MP Jelutong - DAP), gereja dan beberapa orang paderi terlibat. Namun kemudiannya, muncul pula seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Sehingga kini, kandungan laporan polis tersebut masih tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan negara. Razali telah diminta untuk menjadi saksi siasatan polis mengenai isu tersebut.

Apa yang mampu diterangkan oleh Razali ialah terdapat pembohongan oleh Jeff Ooi dan paderi-paderi yang terlibat dalam majlis itu. Mungkin itu juga merupakan antara isi kandungan laporan polis tersebut. Hanya PDRM dan Razali sahaja yang tahu.

Menariknya, Razali kini dilaporkan telah menerima surat pemecatannya sebagai ahli DAP atas alasan menjatuhkan imej parti.

Persoalannya, benarkah Razali menjatuhkan imej parti? Jatuhkan bagaimana tu? Atau memang benar segala dakwaan Razali bahawa Jeff Ooi dan paderi-paderi itu berbohong? Salahkah Razali bercakap perkara yang benar? Dia tahu apa yang berlaku kerana dia ada di situ juga...
PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.

"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.

"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

PANAS : PERJANJIAN PAS DENGAN SYAITAN

Pemimpin parti PAS yang telah lama kehilangan punca dan arah pasti mempunyai kulit muka yang setebal dinding penebat radioaktif nuklear kerana tidak lut dengan panggilan ‘anjing DAP’ atau ‘barua DAP’.    Panggilan-panggilan ini bukannya sengaja dibuat-buat atau diada-adakan sebagai modal perang psikologi politik, tetapi kerana kebaculan PAS sudah terbukti jelas di depan mata

Bukan sekali, atau dua kali PAS membuktikan yang mereka hanyalah anjing atau barua DAP tetapi berkali-kali.  PAS tunduk akur kepada DAP dalam segala isu tanpa mengira isu dunia, isu prinsip dan hala tuju mahupun isu hukum hakam Allah S.W.T.   Yang terbaru ialah isu penutupan pusat hiburan di bulan puasa di mana PAS sekali lagi sujud dan tidak mampu bertegas dengan DAP walaupun sebelum ini lantang mencerca UMNO mengenai perkara yang sama
Akibat keterlaluan dalam mempolitikkan agama, PAS telah tersesat jauh dan semakin jauh tanpa kelihatan sedikit pun tanda-tanda yang parti itu akan berpatah balik.    Mungkin ini terjadi atas keterlanjuran bongkak, takbur dan riak Mursyidul Am mereka sehingga sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun, demi untuk berperang dengan UMNO yang merupakan saudara seagama dengan mereka

Hari ini PAS sanggup bukan sahaja berkawan atau bergabung, tetapi juga tunduk dan sujud kepada kafir harbi, syiah, pluralis, liberalis, komunis dan zionis.    PAS akan menepis apa sahaja yang mampu menggugat hubungan mereka dengan puak-puak ini.

Apabila didedahkan salahlaku pemimpin syiah mereka yang berkhalwat, akhbar Harakah menulis “Mat Sabu Hanya Berkhalwat”..

 Apabila didedahkan salahlaku pemimpin pluralis sanjungan mereka yang meliwat, berzina dan menyalahguna kuasa, mereka memejamkan mata serta memekakkan telinga sambil mulut mereka meracau-racau memarahi pihak yang mendedahkannya.  

Apabila didedahkan kekejaman kafir harbi terhadap saudara seagama mereka, mereka berpaling ke arah lain berpura-pura tidak melihatnya

Apabila didedahkan agenda komunis yang meresapi gabungan perjuangan mereka, mereka hanya mengangkat bahu sambil ketawa sinis menafikannya.

 Apabila didedahkan sejelas-jelasnya bahawa perjuangan mereka ditaja oleh zionis Yahudi yang dilaknat Allah hingga akhir zaman, mereka hanya membatukan diri enggan mencerna maklumat tersebut. 
Apabila didedahkan salahlaku pemimpin-pemimpin sendiri yang berzina dengan isteri orang, mencabul anak kecil dan sebagainya, mereka menutup segala-galanya dengan rapat, dipateri dan dilupakan seolah-olah ia tidak pernah berlaku. 

Apabila kafir harbi memetik hadith dan ayat Al-Quran tanpa memahami hujung pangkal dan ertinya, mereka bertakbir bangga dan gembira konon sikafir harbi menerima Islam. 

Apabila kafir harbi menempelak mereka kerana ingin menguatkuasakan hukum Islam, mereka tunduk diam, akur malah meminta maaf kerana ‘terlanjur’ berkata. 

Dalam pada itu, PAS terus mendabik dada dengan takburnya bahawa mereka adalah satu-satunya parti yang alim lagi maksum di Malaysia atau mungkin juga di dunia

Justeru, hari ini kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rupanya manusia yang berkawan dengan syaitan.    

Kita tahu semakin ramai penganut PAS yang mula cuak dengan PAS yang jelas hanya menjadi  anjing kurap di dalam Pakatan Rakyat.   Mereka-mereka ini masih cuba menyedapkan hati sendiri kononnya mereka bukannya menyokong DAP tetapi hanya menyokong PAS.   Namun, jauh di sudut hati, mereka semakin merasa gundah gulana dan serba tak kena. 

Bersyukurlah jika masih punya perasaan sedemikian, kerana itulah tandanya iman.    Apabila iman mula bersuara, maka akal akan mula dahagakan maklumat.  Maka, pesan kita pada penganut PAS yang sebegini ialah, ‘bacalah!’.    Mulalah mencari, membaca dan mengkaji maklumat mengenai apa yang diragui tadi.   Carilah ketenangan dan janganlah terus hidup dalam gundah dan tidak sempurna. 

Dalam kita membicarakan soal politik, agama dan iman, tidak sekali-kali kita menyatakan yang UMNO itu sempurna, jauh sekali maksum.   Pemimpin-pemimpin UMNO cukup sedar akan hal ini dan atas kesedaran itulah menjadikan UMNO parti yang sepuluh kali ganda lebih baik dari PAS.   Selaras dengan sikap seorang Muslim yang baik tidak mungkin merasakan dirinya baik tetapi sering merasakan yang dirinya masih perlu diperbaiki.  Seorang yang darjatnya tinggi di sisi Allah S.W.T sering merasakan dirinya kerdil dan jauh dari Allah, bukannya dekat dan hebat.   Inilah yang penganut PAS gagal mentafsir mengenai sikap pemimpin yang mereka sanjung sebagai Ulama. 

Kerana ulama sebenar sikapnya tawaduk dan merendah diri, bukannya takbur dan sombong.  Di sini saja sudah jelas yang PAS telah tersalah langkah.

Kerana merasa diri kerdil dan tidak sempurna, UMNO tidak pernah berhenti mencuba memperbaiki diri.  Salahlaku dan kesilapan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah dinafi atau ditutup.  Pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah, dihukum juga ramai dan dilaporkan secara terang-terangan untuk makluman rakyat jelata.   Dan pemecatan Anwar Ibrahim sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan betapa UMNO itu bersungguh-sungguh ingin memastikan parti tidak tercemar dengan unsur najis berat. 

Tetapi najis berat itulah yang disanjung oleh sahabat syaitan, PAS hari ini

Kita sedar, ada lagi pemimpin UMNO yang sewajarnya dikenakan tindakan dan walaupun nasib masih menyebelahi mereka, ia tidak bermakna yang penyokong dan pemimpin UMNO yang lain menutup mata mengenai kesalahan mereka

Di dalam Islam, pilihan kita di sini sepatutnya jelas:   Manusia yang banyak kelemahan tetapi tidak pernah  jemu cuba memperbaiki diri pastinya lebih baik dari manusia takbur dan merasa diri sempurna sedangkan dirinya penuh dengan kelemahan dan kesalahan.  Manusia yang cuba memperbaiki diri berpeluang menjadi lebih baik, tetapi manusia yang merasa diri sudah cukup hebat akan terus alpa, sesat dan akhirnya hilang dan tenggelam ditelan arus dunia

Oleh itu, sudah sampai masanya Umat Melayu di Malaysia menyatakan pendirian dengan tegas mengenai siapa yang harus disokong, dan siapa yang harus ditolak mentah-mentah.   Tidak seharusnya ada keraguan lagi, jika benar kita beriman.