Tuesday, April 26, 2011

PAS RAMPAS TANAH ORANG ASLI

PAS PERAMPAS TANAH RAKYAT

Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah, yang mereka usahakan sejak sekian lama. Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah-buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang kesemua pokok-pokok berkenaan.



"Saya ada 11 anak. Hari-hari saya menoreh getah seluas empat hektar yang ditanam sejak lebih 30 tahun dulu. Sekarang kami nak makan apa? Tindakan ini sangat zalim buat kami penduduk miskin ini dan saya sangat sedih mengenangkan untung nasib selepas ini," kata Ismail Samah, 68, ketika ditemui di perkampungan itu. Pemaju membersihkan semua kawasan sejak lebih tiga bulan lalu tanpa ada sebarang perundingan oleh kerajaan negeri. Tiadakah timbang rasa untuk kami diberikan tempat mencari rezeki yang lain atau diberikan pampasan oleh kerajaan Kelantan yang mendakwa mengamalkan pemerintahan cara Islam ini?" kata Ismail, sambil menunjukkan kawasan yang digondolkan itu.

Bernama melaporkan, menurut Abdullah Hussin, 48, memang benar tanah yang mereka usahakan itu tidak mempunyai geran tetapi bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan geran hak milik dan membayar premium tanah.

"Sejak sebelum PAS memerintah lagi kami memohon untuk mendapatkan geran hak milik. Selepas PAS memerintah, fail kami itu didakwa hilang dan bermacam-macam lagi dan kami juga tidak dibenarkan membayar premium tanah," katanya, yang menyara 10 anak termasuk ibu bapanya uzur. Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya.

"Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula," katanya.

Katanya penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain.

Sunday, April 24, 2011

LUAHAN RASA BEKAS PENYOKONG KUAT ANWAR

Berikut merupakan luahan rasa seorang Bekas Penyokong Kuat Anwar Ibrahim. Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi. Saya merasa terdorong untuk memberi pandangan saya kerana merasa CUKUP TERHIBUR membaca komentar dua insan yang turut berpeluang menyaksi sendiri video iaitu Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shahrin.Ibarat sekilas ikan di air, kita dapat memahami kenapa mereka bermati-matian cuba meyakinkan itu bukan saudara Anwar.


Mereka boleh berpegang kepada pandangan mereka dan saya juga boleh berpegang kepada pandangan saya setelah menyaksi sendiri video itu. Tempat dimana saya menontonnya dan bagaimana saya dijemput biarlah menjadi rahsia sendiri. Rasanya tidak perlu saya pergi secara detail tentang adegan-adegan dalam video itu.Ia sama saja seperti mana-mana video lucah yang boleh kita lihat menerusi internet atau VCD yang dibeli di pasaran gelap.

Apa yang membuat saya merasa sangat-sangat teruja dengan video seks ini ialah aktornya boleh membuat negara ini bergegar. Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Parti KITA dan seorang peguam ternama Datuk Zaid Ibrahim bahawa video lucah itu adalah satu dokumenteri dan bukan lucah dalam ertikata lucah yang sebenar. Saya juga amat bersetuju dengan kata-katanya bahawa ketulenan video itu harus disahkan oleh semua pihak baik dari dalam dan luar negara agar tidak ada keraguan langsung mengenainya.

Kita sendiri tidak mahu saudara Anwar teraniya menerusi satu video yang di fabricate . Sebelum satu rumusan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan hasil siasatan rapi,pandangan yang ingin saya sampaikan di sini ialah semata-mata apa yang saya lihat sendiri dari penayangan video itu. Kalau tanya saya apa rumusan saya berdasarkan video itu saya pasti memberi jawapan yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo yang tersiar dalam Agendadaily.ITU ADALAH SAUDARA ANWAR. Maaf jika memberitahu reaksi pertama yang terpancul dari mulut saya sebaik saja melihat kelibat Anwar dengan tuala dalam kamar ialah mencarut panjang. Di benak pemikiran saya bukan sangat tentang aksi seks dalam video itu.

Ia lebih melayang terkenang wajah-wajah penyokong-penyokong taksubnya di sana sini termasuk pak cik dan mak cik di serata ceruk kampong dan bandar yang sanggup berhujan panas nak mendengar ceramah-ceramahnya. Saya dapat membayangkan bagaimana remuknya perasaan mereka diperbodohkan ke tahap maksima oleh insan dalam video itu. Saya juga dapat membayangkan air muka mereka yang hebat membelai insan ini seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat,Datuk Hadi Awang dan lain-lain pemimpin parti PKR,PAS dan DAP. Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa Dr Lo Lo yang galak main twitter mempertahankan saudara Anwar mungkin boleh pengsan atau terkedu seribu bahasa.Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi yang juga gila main twitter setiap hari mengutuk apa yang dakwanya konspirasi ini boleh lari malam lintang pukang.

Hairan sungguh orang-orang terpelajar dan beragama seperti ini boleh jadi taksub maksimum sampai buta mata dan pekak telinga tak sanggup sekurang-kurangnya hendak usul periksa terlebih dahulu. Ada orang kata saudara Anwar sentiasa merasa cukup selesa kerana hidup diawang-awangan merasakan semua orang tidak mungkin percaya apa saja dakwaan buruk terhadapnya. (Jika video itu tulen) saudara Anwar kena mengambil iktibar dari perumpamaan Melayu : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun pihak pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh mencerca kumpulan Datuk Trio kerana menembak tupai kesayangan mereka,saya pasti mereka akan berterima kasih kepada mereka kelak bila segalanya terbongkar secara rasmi kerana Datuk Trio telah menyelamatkan negara ini dari ditebuk oleh tupai itu.

Jangan lupa kita juga sudah biasa dengan kata-kata inggeris yang berbunyi : it takes a thief to catch a thief. Kita sudah boleh jangka sekalipun video itu akhirnya didapati tulen saudara Anwar tidak mungkin akan seberani Datuk Chua Soi Lek untuk mengakui : ‘it’s me’ . Saudara Anwar cukup tahu budaya Melayu negara ini tidak akan dapat terima moral seorang pemimpin begitu lebih-lebih lagi yang pamir dirinya warak sewaraknya. Seperti saya kata tadi saya tidak mahu ulas secara mendalam aksi dalam video itu.Apa yang paling utama bagi saya apa yang terpapar didepan mata saya orang dalam video itu (dari kacamata saya) ialah saudara Anwar.

(Jika video itu tulen) tidak terdetik langsung keraguan dihati saya lelaki yang gagah memuaskan nafsunya dengan pelacur China itu bukan saudara Anwar. Bagi yang belum berpeluang lagi menonton video itu saya ingin kata seeing is believing. Biarlah Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard bermain dengan igauan mereka yang not believing what they saw. Mungkin agaknya itu reaksi orang yang terlampau terkejut hingga penglihatan dan pemikiran jadi kabur dan haru biru.

Saya kira Datuk Seri adalah manusia yang cukup luar biasa.Mungkin agaknya kerana turut sama terpukau dengan insan yang Datuk Seri telah istiharkan di konvensyen PKR tahun lalu sebagai ‘ anugerah Tuhan’. Mengambil kira saudara Anwar yang sudah berusia 64 tahun dan selama ini mendakwa dirinya sakit belakang,aksinya di ranjang yang perkasa dengan pelacur China itu memanglah layak digelar ‘ anugerah Tuhan’.

Juga saudara Anwar paling layak menerima anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia. Maaf jika saya terpaksa membuat satu lagi rumusan (jika video itu tulen) – saudara Anwar....CHECKMATE.

PAS KELUAR PAKATAN SELEPAS MUKTAMAR JUN INI ?

Setelah sekian lama disepak, dipijak dan ditunjal-tunjal kepala oleh DAP dan PKR, akhirnya terdengar juga rungutan dari dalam PAS sendiri yang mendesak agar hubungan PAS dengan kedua-dua parti itu diputuskan saja.

Namun, desakan tersebut bukan kerana PAS tidak sanggup lagi menjadi pencacai atau anjing DAP dan PKR dan bukan juga kerana tidak mahu terheret ke dalam dosa skandal Anwar Ibrahim tetapi kerana takut hilang sokongan dalam Pilihanraya. Pendekata, desakan untuk meninggalkan PR berlaku bukan kerana maruah atau kerana Allah, tetapi kerana politik semata-mata.

Menyedari yang skandal video seks Anwar Ibrahim telah menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka, maka Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali telah membayangkan yang parti tersebut akan memutuskan soal hubungan dengan PR selepas siasatan video seks selesai.

Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu penulis bahawa ada di kalangan PAS yang tidak puas hati dengan tindakan pemimpin-pemimpin tertentu yang berusaha untuk terus membela Anwar walaupun ternyata Anwar terlibat dalam video seks tersebut mengikut siasatan pakar luar negara yang menggunakan biometrik.

Menurut sumber tersebut lagi perkara ini akan dibawa ke Muktamar PAS yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Jun. Dikatakan beberapa perwakilan dari beberapa kawasan akan mengemukakan usul tergempar supaya PAS menamatkan saja hubungannya dengan PKR dan DAP.


Tekanan ke arah ini semakin menebal kerana terbukti prestasi PAS semakin merosot dalam pilihanraya-pilihanraya yang berlangsung akhir-akhir ini. Kebimbangan dari dalam PAS juga semakin memuncak andainya Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya.

Muktamar PAS dijangka hangat, sehangat isu-isu skandal pemimpin-pemimpin PR juga. Ini kerana selain Anwar dan PKR, skandal rasuah DAP juga semakin menyerlah melalui kes Teoh Beng Hock.

Dengan itu, jika PAS terus bekerjasama dengan kedua-dua parti ini, kemungkinan besar PAS akan terjerumus sama dan rakyat tidak lagi akan mempercayai mereka.

Bagi penulis, PAS tidak seharusnya bergabung dengan PKR dan DAP sejak dari mula lagi. Telah dikatakan yang ‘perkahwinan’ poligami ini tidak akan berjaya akibat ideologi yang terlalu berbeza. Kegagalan pemimpin PAS memahaminya sejak dari mula membuktikan yang PAS sememangnya tidak punya kredibiliti dan tidak layak langsung untuk memimpin negara.

“Penyembah” Anwar Atur Kedudukan Dalam Pas Tidak Mengejutkan – Fairus
KUALA LUMPUR 21 April – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin tidak menolak desas-desus yang menyebut terdapatnya usaha oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengatur “saudagar-saudara mimpinya” yang lain untuk berada  di dalam kepimpinan Pas menjelangnya muktamar agung parti itu Jun ini.

Beliau yang merupakan bekas orang kepercayaan  Anwar seterusnya meminta kepimpinan Pas perlu melakukan sesuatu untuk menghalang anasir yang boleh merosakkan parti itu demi kelangsungan perjuangan parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam.
“Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perkembangan itu kerana saya lebih mengenali Anwar…Beliau adalah makhluk yang akan menggunakan apa jua taktik untuk memastikan ‘orang-orangnya”  berada di dalam Pas.
“Tambahan pula dengan kedudukannya yang dikatakan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang, sudah pasti Anwar mahukan mereka yang boleh mengawal  Pas daripada dalaman untuk memastikan beliau terus berada di puncak kekuasaan di dalam rakan-rakan pembangkang.
“Anwar  mungkin sedar dan bimbang rakan-rakan sekutunya akan menolak kepimpinan beliau sebagai peneraju disebabkan  oleh liabiliti tadi. Sebab itulah saya tidak terkejut dengan desas-desus berkenaan. Cuma saya berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah susulan untuk menyekat kemaraan golongan saudagar mimpi Anwar ibrahim itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang kini berlegar bahawa Anwar sedang mengatur orang-orangnya untuk berada di dalam saf kepimpinan Pas menjelang muktamar agung parti tersebut Jun nanti.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin mendedahkan golongan ‘Anwarinas’ yang ‘menyembah’ dan bertuankan Anwar Ibrahim terus merosakkan perjuangan asal Pas apabila bertanggungjawab mempengaruhi dan memanipulasi rakan-rakan di dalam Pas untuk lebih liberal.
Katanya pengaruh dan peranan licik golongan ‘Anwarinas’ itu menyebabkan Pas sanggup bersikap liberal ‘menghalalkan’ lesen arak dan kegiatan judi dengan membuat Pas bersikap membisu
Kata beliau lagi, agenda golongan ini di dalam Pas begitu berkesan sehingga pemimpin Pas mengorbankan perjuangan Islam untuk menjayakan pakatan pembangkang.
Khairuddin seterusnya menegaskan, jika Pas parti yang bermaruah, mereka tidak boleh membiarkan anasir berkenaan daripada menghancurkan parti tersebut.
Katanya sampai bila Pas harus menuruti kehendak Anwar dan menjadi pengikut yang setia di dalam pakatan pembangkang  dan bukannya berpaksikan kepada teras perjuangan sendiri.
“Jadilah parti yang bermaruah..saya tahu kepimpinan Pas menyedari perkara ini. Namun mungkin disebabkan tersepit antara kuasa dan perjuangan, mereka mendiamkan diri.  Janganlah terlambat kerana risikonya cukup besar,” katanya. -MediaUMNO

PAS TELAH BERDOSA?

Politik Malaysia berhadapan dengan sifat "kemunafikan" yang nyata - tatkala kebenaran tidak lagi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan dan pendirian. Terbaru - PAS menunjukkan ketakutan luar biasanya kepada Anwar Ibrahim, berhubung pendirian parti tersebut yang dikatakan mahu mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Rakyat, sekiranya terbukti pelaku seks di dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Malah, pemerhati politik juga berpandangan bahawa ia merupakan titik mula kejatuhan PAS dalam meraih sokongan orang Melayu dalam PRU yang akan datang. Dalam apa-apa jua keadaan, PAS adalah balaci kepada Anwar dan DAP, buktinya Anwar dan DAP sangat mengharap undi dalam kalangan penyokong PAS, tetapi pada masa yang sama dasar Islam parti tersebut ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan DAP tanpa kompromi, maka ternyalah PAS sekadar menjadi balaci dan kuda tunggangan kepada Anwar dan DAP - tidak lebih daripada itu. Soalnya, sampai bila "ahli-ahli PAS yang celik" sanggup diperbodohkan oleh para pemimpin mereka atas nama "ketaatan kepada ulama"? Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh PAS sejak parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Segala bencana dan fitnah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini adalah natijah daripada amalan "talam dua muka" PAS dalam berpolitik demi memperoleh habuan dunia yang sedikit.

UMNO DAN PAS MAMPU MENYATUKAN MELAYU?

UMNO dan PAS masih boleh berperanan untuk mengembalikan kekuatan orang Melayu dan dalam masa yang sama mngukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Bagi mencapai matlamat tersebut jelas beliau, PAS terlebih dahulu perlu ikhlas dan jujur untuk menyertai permuafakatan tanpa melebihkan kepentingan agenda politik.

Katanya, jika PAS terlalu taksub dengan prinsip perjuangan mereka yang hakikatnya semakin kabur, maka jalan permuafakatan itu bagaimanapun pastinya akan gagal.


"Secara peribadi saya lihat tiada tembok pemisah untuk PAS - UMNO duduk semeja, tinggal lagi sejauhmana pula keikhlasan PAS," katanya.


Justeru katanya, PAS perlu mengambil pendekatan secara realistik untuk memihak kepada kepentingan majoriti suara rakyat.


"Hari ini PAS bersekongkol degan PKR yang jelas merupakan sebuah parti yang tidak ada asas perjuangan," tegasnya.


Bagaimanapun kata beliau, PAS sebenarnya berada dipersimpangan - antara kepentingan umat Islam dan kepentingan politik untuk kekal berkuasa.


Kerana itu katanya, PAS sanggup bersubahat dan menjadi keldai politik DAP dan PKR kerana ingin meraih sokongan pengundi bukan Melayu.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan mendakwa, PKR hanya sebuah parti yang memperjuangan kepentingan dan agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.


Beliau berkata, perjuangan PAS dan PKR sebenarnya amat jauh berbeza dan tidak akan ada jalan persefahaman."Oleh sebab itu sejak kebelakangan ini beraku permusuhan dalaman antara PAS dan PKR terutama membabitkan soal prinsip dan kepentingan Pakatan Rakyat (PR)," tegasnya.


Bagaimanapun kata Syed Ali, pendedahan isu video seks membabitkan mirip wajah seorang pemimpin pembangkang semakin melebarkan lagi persengketaan PAS dan PKR.


Katanya, hari ini rata-rata pemimpin dan penyokong PAS mendesak presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada untuk terus bersama PKR atau sebaliknya.


"Saya difahamkan penyokong PAS kecewa dengan sikap Abdul Hadi yang seperti berdiam diri dan takut untuk membuat keputusan berhubung isu video seks berkenaan," ujarnya.


Mengulas pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan bahawa PAS dan UMNO masih lagi boleh berunding untk perpaduan umat Islam, Syed Ali berkata itulah sebaiknya jika PAS ikhlas.


"Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin dengan pendirian PAS kerana selama ini pemimpin mereka bercakap berdolak-dalik dan akhirnya UMNO yang disalahkan," katanya.


Mengulas mengenai kredibiliti MCA yang mula dipersoalkan ramai selepas pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, Syed Ali menjelaskan parti itu perlu membuktikan keikhlasannya selaku sekutu rapat UMNO dalam BN.


"MCA sepatutnya mengkagi peranan mereka dalam usaha memantapkan kedudukan BN menjelang PRU tidak lama lagi dengan mengambil kira tahap sokongan pengundi Cina," katanya.


Menurut beliau, selama ini MCA dilihat tidak berperanan dan gagal meyakinkan pengundi Cina terhadap kemampuan BN sehingga mereka beralih sokongan kepada pembangkang terutama DAP.


Diminta mengulas cabaran Lim Guan Eng terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya membawa keluar MCA daripada BN, Syd Ali menegaskan, ada dua persespsi yang boleh dilihat daripada cabaran tersebut.


Pertama katanya, DAP sengaja ingin menduga kesetiaan MCA terhadap BN selepas melihat kemampuan mereka di Sarawak.


"Keduanya, DAP dan MCA secara sinis seperti ingin memberitahu orang Melayu bahawa mereka juga boleh bersatu jika kedaan terpaksa untuk menyingkirkan penguasaan UMNO," tegasnya.


Yang kedua itu jelas Syed Ali, harus diberikan perhatian serius oleh seluruh orang Melayu kerana kuasa politik yang mereka miliki sekarang ini semakin mencabar.

PENGORBANAN 1MALAYSIA

Membaca berita tentang kematian seorang lelaki Cina bernama Ong Kim Koon,52 tahun, telah menyentuh jiwa saya yang terdalam sebagai warga Malaysia berdaulat. Matinya adalah mati seorang wira. Hatinya suci seputih awan terindah.Jika saya mati sepertinya juga saya redha dan bangga.

Ketika mendiang pulang dari kerja 14 April lalu, beliau melihat sebuah kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan. Beliau mendapati terdapat sepasang suami isteri sedang tersepit dan meminta pertolongan. Beliau dengan rela membantu mengeluarkan mangsa pertama seorang wanita dan meletakkannya di tempat yang selamat. Ketika hendak mengeluarkan mangsa kedua, malang menimpa apabila sebuah kereta Toyota Estima di pandu lelaki Cina merempuh beliau dari arah belakang menyebabkan beliau parah sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong.

Menyedihkan sekali,hari ini, beliau disahkan meninggal setelah mengalami pendarahan teruk dan beberapa organ dalamannya tidak berfungsi.Tambah menyayat hati, mangsa yang diselamatkannya pun tidak sempat lagi bertemu untuk menjalin silaturrahim dengan mendiang. Namun, satu perkara yang sangat menyakitkan hati apabila kereta yang di pandu lelaki Cina yang melanggar beliau telah menghilangkan diri. Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kawan, apa yang tambah membanggakan saya, mangsa yang dibantu oleh mendiang itu adalah pasangan Melayu dan Islam.Inilah nikmat terhebat menjadi warganegara Malaysia. Inilah yang wajar kita contohi. Ceritakan kepada semua generasi tidak kira bangsa dan agama.Jika Pengasas Malaysia dahulu masih ada, pasti inilah titisan airmata kegembiraan mereka. Ong mewakili masyarakat Cina yang rendah hati dengan nilai semangat Malaysia yang luhur.

Sayangnya apa terjadi dengan kebanyakan Cina hari ini di luar sana. Ketika statistik menunjukkan Melayu tertinggal dalam banyak bidang, mereka dengan mendabik dada mengatakan bahawa itu kerana Melayu /Bumiputra malas dan kami bekerja keras.Ketika kerajaan yang didominasi oleh Melayu Islam ini memberikan kebebasan dengan membuka sekolah SJK(C), mereka bayar dengan berbahasa Melayu yang cacamarba. Malah ada bangsa Cina yang mempersendakan Lagu Negaraku.

Setelah kesudian Raja-raja Melayu dan Pemimpin Melayu menerima Cina melalui prinsip JUS SOLI, inikah balasan yang harus diterima oleh Melayu. Jika kalian ingin terus menjadi warga Malaysia yang tidak dipandang serong, hayatilah pengorbanan Ong. Paling tidak pun jadilah seperti Tan Sri Lee Lam Thye, jadilah seperti Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, yang bahasa Melayunya jauh lebih baik daripada kebanyakan bangsa Melayu sendiri.

Sekalung TAKZIAH buat seluruh keluarga Ong. Tabahlah...Tuhan lebih menyayanginya. Dan dia warganegara Malaysia yang Terhormat....

Saturday, April 23, 2011

Beza Antara Islam UMNO Dan Isle PAS Kupasan Yang Menarik

Setiap hari elok kita jadikan bahan ini sebagai satu renungan. Saya seboleh-bolehnya, tak nak kutuk parti yang pernah memayungi kehidupan Semut suatu ketika dahulu (kata penulis artikal ini)

Asalnya saya tinggalkan Pas dulu adalah sebab hipokrasi mereka dalam memperjuangkan Islam selepas zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Kepimpinan Pas pada masa tu pun dah berepcah kepada dua bahagian. Satu kepimpinan Ulama dan satu lagi dari golongan yang mengaku Profesional.

Tak payah lah kata Pas parti yang mengutamakan kepimpinan Ualama sebab kalau kita tengok hari ini, perbezaan dua kumpulan itu dah semakin ketara. Persoalan balik, sejauh manakah ilmu agama yang dimilik oleh Khalid Gereja, Husam Musang, Mat Sabun dan Mahfuz Bean?

Mereka ini merupakan barisan kepimpinan Profesional dan Pas yang kini menjadi Edrogan tegar menjaga kepentingan Polotik Anwar. Walau, suatu ketika dahulu, Mat Sabun pernah melebelkan Anwar dengan gelaran Al-Juburi, tetapi kenapa hari ini dia diam membisu seribu bahasa? Pernah tak ahli Pas tanya dia, kenapa dia panggil Anwar Al-Juburi dahulu? Apa jawatan dia ? Kini Mat Sabun dah jadi pengikut tegar Si Al-Juburi tu, Ironik bukan?

Takdo bezonyo weh isle UMNO denge isle Pas kito samo belako hok yang
Jante ado duo butir, hok oghe tino pulok sebijik jugok kelentit nyo!

Maka, tak salah kalau kita lihat perbezaan ketara diantara  perjuangan Islam Pas dengan UMNO. Bukan Semut nak kata umno bagus. UMNO pun banyak lagi  rongga yang harus diperbaiki agar parti kebangsaan Melayu itu benar-benar memperjuangkan Islam sejati demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negera.

Perbezaan mudahnya ialah apabila kita cerita tentang Perpaduan Ummah. Kalau kita ajukan persoalan itu kepada Pas. pasti 50% daripada pengikutnya akan menolak. Sedangkan dalam UMNO, pintu rundingan mengalu-alukan Perpaduan Ummah ini wujud secara realistik dan menyeluruh. Bak kata Datuk Ahmad Maslan, pintu rundingan Kerajaan Perpaduan antara Pas dan UMNO tidak pernah ditutup. Ia masih terbuka luas.

Tanya lah mana-mana Pemimpin UMNO, mereka sudi menerima Pas. Tetapi kenapa Pas yang kononnya memeperjuangkan Islam menolak tuntutan syiar ini? Perkara inilah yang harus dijadikan renongan oleh semua umat Islam di Malaysia. Bukan setakat Pas dan UMNO yang perlu renungkan perkara ini.

Sesungguhnya, lebih banyak manfaat yang dapat diperolehi jika kedua-dua entiti ini bergabung kelak. Jangan terlalu ikutkan ego semata-mata.Buka pintu hati untuk melihat perkara inisedalam-dalamnya. Semoga kita beroleh hidayah daripada Allah S.W.T InsyaAllah.

IMAN BESAR MASJIDIL HARAM

PM Terima Kunjungan Hormat Imam Besar Masjidil Haram

PUTRAJAYA 22 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, yang kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke negara ini bermula Isnin lalu.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah anak Imam Besar, Suhaib; Duta Arab Saudi ke Malaysia Mohamad Reda Abu Al-Hamayel; dan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia Sheikh Abdul Rahman Atallah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kunjungan Imam Besar itu merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha-usaha kerajaan Malaysia bagi menegakkan Islam di negara ini.

"Saya percaya kalau dia melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia.”

"Keputusan dia datang itu dengan sendirinya merupakan satu pengiktirafan atas apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia," katanya.

Najib berkata dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, Abdul Rahman turut melahirkan penghargaannya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, selain mengagumi perkembangan dan dakwah Islamiah di negara ini.

Beliau berkata Abdul Rahman turut menyatakan bahawa hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, amat mantap dan akrab, dan kedua-dua negara perlu terus bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

"Beliau juga memuji tingkah laku jemaah haji Malaysia yang diharap akan jadi contoh kepada jemaah haji dari negara-negara lain sebab kita menguruskan mereka dengan begitu tertib dan sopan," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, Imam Besar itu menghargai Malaysia kerana menyanjungi usaha kerajaan Saudi dalam konteks menentukan kestabilan negara itu dan negara-negara jirannya supaya Baitullah dan Masjid Nabawi terselamat dan tidak akan diganggu gugat dalam apa jua keadaan.

Abdul Rahman dijadual menyampaikan ceramah di Masjid Kg Baru Kuala Lumpur malam ini.

Esok, beliau akan menghadiri majlis perasmian seminar "Berpegang Kepada Al-Quran dan As-Sunnah" di ibu negara, sebelum berlepas pulang pagi Ahad. — BERNAMA

Friday, April 22, 2011

Pintu rundingan UMNO-Pas sentiasa terbuka

KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.
“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.
“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.
Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.
“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.
Perjuangan Pas “Berkiblatkan” DAP, PKR Bakal Bawa Kehancuran

KUALA LUMPUR,  20 April – Pas sepatutnya sedar dan tahu bahawa perjuangan mereka yang kini “berkiblatkan” DAP dan PKR bakal memusnahkan parti berkenaan dan laungan perjuangan Islam parti itu juga hanya sekadar laungan kosong semata-mata. Bekas Ahli  Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika melontarkan perkara itu berkata amat jelas hari ini Pas yang sekadar membuta tuli mengikut telunjuk PKR dan DAP akan terus hanyut dibuai mimpi indah menuju Putrajaya.Menurut beliau kekalahan parti berkenaan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah satu bukti jelas dan nyata perjuangan mereka yang bertopengkan Islam dan bernaung di bawah gabungan “Ahzab” tidak memberi apa-apa faedah.“Kelima-lima kawasan yang ditandingi Pas semuanya kecundang kepada Barisan Nasional (BN) dan bukankah itu satu petunjuk kepada apa yang saya ungkapkan tadi. Mereka menentang calon BN yang diwakili parti PBB.“Apakah mereka sedar dan tahu semua itu…saya harap mereka meneliti perkara ini dan mencari jalan keluar yang terbaik demi kepentingan parti berkenaan. Saya tidak sampai hati melihat mereka terus menerus menjadi kuda tunggangan kepada sekutu mereka.“Bukankah jelas, Pas hanya menjadi pemecah undi kepada umat Islam pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini bagi merealisasikan hasrat pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekaligus  menabalkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru,” katanya kepada UMNO-Online.Ustaz  Mohd Noor seterusnya menambah, sudah tiba masanya kepimpinan Pas melakukan muhasabah selain solat hajat untuk memohon petunjuk di dalam perjuangan mereka agar tidak terus menjadi mangsa kepada kerakusan sekutunya untuk menumbangkan BN.Katanya mungkin ada segelintir kepimpinan Pas yang sudah mula sangsi dan khuatir terhadap perkara berkenaan, namun mengambil sikap berdiam diri untuk mengenengahkan hal yang sebenar.“Lagi pun kita selalu dengar Pas selalu mengadakan solat hajat dan dalam situasi ini, apa salahnya mereka turut mengambil pendekatan yang sama bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan untuk kepentingan bersama,” katanya.Tambah beliau lagi apa yang Pas laksankan hari ini sebenarnya adalah arahan “syaitan” dan bukannya berpandukan kepada al-quran.

PAS SEMAKIN LEMAH SETELAH BERPAKAT DENGAN DAP DAN PKR

Pas semakin tersasar sejak bersekutu dengan PKR , DAP
ZAWAWI Othman (dua dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli Pas, Che Man Deraman di Pasir Puteh, malam semalam.

PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.


"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.


"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi. Baca lagi...

INIKAH REMAJA YANG LAHIR SETELAH PAS MEMERINTAH KELANTAN?

Thursday, April 21, 2011

SEJARAH PENUBUHAN UMNO

SEJARAH PERJUANGAN UMNO


Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
 
Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.
Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).
Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.
Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.
Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.
Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.
Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan sebagainya.
Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan lain-lain.
Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan-jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya.

UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.
Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik wang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli-ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO.
UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

 
 
UMNO WARDAH PERJUANGAN KU
 
UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya . Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatuan orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.” Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini.

Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, lebih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukan Melayu.b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yakni Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendita Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu.

Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakat induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakat induknya di negara-negara asal!. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawaMelayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.d.

Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.

Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu.

Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

KAFIR JIKA TOLAK PERPADUAN