Berikut merupakan luahan rasa seorang Bekas Penyokong Kuat Anwar Ibrahim. Saya merasa macam orang yang menang cabutan bertuah kerana dapat menonton video seks yang kini menjadi mimpi ngeri bagi saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin agaknya saya antara top 10 saja di Malaysia atau sebilangan kecil yang berpeluang menjadi saksi paling awal kepada perilaku insan yang selama ini menampilkan dirinya sebagai tokoh warak, pemimpin Islam dan sering berlindung disebalik tokoh agama terkenal Yusof Al-Qaradawi. Saya merasa terdorong untuk memberi pandangan saya kerana merasa CUKUP TERHIBUR membaca komentar dua insan yang turut berpeluang menyaksi sendiri video iaitu Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shahrin.Ibarat sekilas ikan di air, kita dapat memahami kenapa mereka bermati-matian cuba meyakinkan itu bukan saudara Anwar.
Mereka boleh berpegang kepada pandangan mereka dan saya juga boleh berpegang kepada pandangan saya setelah menyaksi sendiri video itu. Tempat dimana saya menontonnya dan bagaimana saya dijemput biarlah menjadi rahsia sendiri. Rasanya tidak perlu saya pergi secara detail tentang adegan-adegan dalam video itu.Ia sama saja seperti mana-mana video lucah yang boleh kita lihat menerusi internet atau VCD yang dibeli di pasaran gelap.
Apa yang membuat saya merasa sangat-sangat teruja dengan video seks ini ialah aktornya boleh membuat negara ini bergegar. Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Parti KITA dan seorang peguam ternama Datuk Zaid Ibrahim bahawa video lucah itu adalah satu dokumenteri dan bukan lucah dalam ertikata lucah yang sebenar. Saya juga amat bersetuju dengan kata-katanya bahawa ketulenan video itu harus disahkan oleh semua pihak baik dari dalam dan luar negara agar tidak ada keraguan langsung mengenainya.
Kita sendiri tidak mahu saudara Anwar teraniya menerusi satu video yang di fabricate . Sebelum satu rumusan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan hasil siasatan rapi,pandangan yang ingin saya sampaikan di sini ialah semata-mata apa yang saya lihat sendiri dari penayangan video itu. Kalau tanya saya apa rumusan saya berdasarkan video itu saya pasti memberi jawapan yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim dan blogger Papa Gomo yang tersiar dalam Agendadaily.ITU ADALAH SAUDARA ANWAR. Maaf jika memberitahu reaksi pertama yang terpancul dari mulut saya sebaik saja melihat kelibat Anwar dengan tuala dalam kamar ialah mencarut panjang. Di benak pemikiran saya bukan sangat tentang aksi seks dalam video itu.
Ia lebih melayang terkenang wajah-wajah penyokong-penyokong taksubnya di sana sini termasuk pak cik dan mak cik di serata ceruk kampong dan bandar yang sanggup berhujan panas nak mendengar ceramah-ceramahnya. Saya dapat membayangkan bagaimana remuknya perasaan mereka diperbodohkan ke tahap maksima oleh insan dalam video itu. Saya juga dapat membayangkan air muka mereka yang hebat membelai insan ini seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat,Datuk Hadi Awang dan lain-lain pemimpin parti PKR,PAS dan DAP. Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa Dr Lo Lo yang galak main twitter mempertahankan saudara Anwar mungkin boleh pengsan atau terkedu seribu bahasa.Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi yang juga gila main twitter setiap hari mengutuk apa yang dakwanya konspirasi ini boleh lari malam lintang pukang.
Hairan sungguh orang-orang terpelajar dan beragama seperti ini boleh jadi taksub maksimum sampai buta mata dan pekak telinga tak sanggup sekurang-kurangnya hendak usul periksa terlebih dahulu. Ada orang kata saudara Anwar sentiasa merasa cukup selesa kerana hidup diawang-awangan merasakan semua orang tidak mungkin percaya apa saja dakwaan buruk terhadapnya. (Jika video itu tulen) saudara Anwar kena mengambil iktibar dari perumpamaan Melayu : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun pihak pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh mencerca kumpulan Datuk Trio kerana menembak tupai kesayangan mereka,saya pasti mereka akan berterima kasih kepada mereka kelak bila segalanya terbongkar secara rasmi kerana Datuk Trio telah menyelamatkan negara ini dari ditebuk oleh tupai itu.
Jangan lupa kita juga sudah biasa dengan kata-kata inggeris yang berbunyi : it takes a thief to catch a thief. Kita sudah boleh jangka sekalipun video itu akhirnya didapati tulen saudara Anwar tidak mungkin akan seberani Datuk Chua Soi Lek untuk mengakui : ‘it’s me’ . Saudara Anwar cukup tahu budaya Melayu negara ini tidak akan dapat terima moral seorang pemimpin begitu lebih-lebih lagi yang pamir dirinya warak sewaraknya. Seperti saya kata tadi saya tidak mahu ulas secara mendalam aksi dalam video itu.Apa yang paling utama bagi saya apa yang terpapar didepan mata saya orang dalam video itu (dari kacamata saya) ialah saudara Anwar.
(Jika video itu tulen) tidak terdetik langsung keraguan dihati saya lelaki yang gagah memuaskan nafsunya dengan pelacur China itu bukan saudara Anwar. Bagi yang belum berpeluang lagi menonton video itu saya ingin kata seeing is believing. Biarlah Datuk Johari Abdul dan Chegu Bard bermain dengan igauan mereka yang not believing what they saw. Mungkin agaknya itu reaksi orang yang terlampau terkejut hingga penglihatan dan pemikiran jadi kabur dan haru biru.
Saya kira Datuk Seri adalah manusia yang cukup luar biasa.Mungkin agaknya kerana turut sama terpukau dengan insan yang Datuk Seri telah istiharkan di konvensyen PKR tahun lalu sebagai ‘ anugerah Tuhan’. Mengambil kira saudara Anwar yang sudah berusia 64 tahun dan selama ini mendakwa dirinya sakit belakang,aksinya di ranjang yang perkasa dengan pelacur China itu memanglah layak digelar ‘ anugerah Tuhan’.
Juga saudara Anwar paling layak menerima anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia. Maaf jika saya terpaksa membuat satu lagi rumusan (jika video itu tulen) – saudara Anwar....CHECKMATE.
No comments:
Post a Comment