Perjuangan Pas “Berkiblatkan” DAP, PKR Bakal Bawa Kehancuran
KUALA LUMPUR, 20 April – Pas sepatutnya sedar dan tahu bahawa perjuangan mereka yang kini “berkiblatkan” DAP dan PKR bakal memusnahkan parti berkenaan dan laungan perjuangan Islam parti itu juga hanya sekadar laungan kosong semata-mata. Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika melontarkan perkara itu berkata amat jelas hari ini Pas yang sekadar membuta tuli mengikut telunjuk PKR dan DAP akan terus hanyut dibuai mimpi indah menuju Putrajaya.Menurut beliau kekalahan parti berkenaan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah satu bukti jelas dan nyata perjuangan mereka yang bertopengkan Islam dan bernaung di bawah gabungan “Ahzab” tidak memberi apa-apa faedah.“Kelima-lima kawasan yang ditandingi Pas semuanya kecundang kepada Barisan Nasional (BN) dan bukankah itu satu petunjuk kepada apa yang saya ungkapkan tadi. Mereka menentang calon BN yang diwakili parti PBB.“Apakah mereka sedar dan tahu semua itu…saya harap mereka meneliti perkara ini dan mencari jalan keluar yang terbaik demi kepentingan parti berkenaan. Saya tidak sampai hati melihat mereka terus menerus menjadi kuda tunggangan kepada sekutu mereka.“Bukankah jelas, Pas hanya menjadi pemecah undi kepada umat Islam pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini bagi merealisasikan hasrat pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekaligus menabalkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru,” katanya kepada UMNO-Online.Ustaz Mohd Noor seterusnya menambah, sudah tiba masanya kepimpinan Pas melakukan muhasabah selain solat hajat untuk memohon petunjuk di dalam perjuangan mereka agar tidak terus menjadi mangsa kepada kerakusan sekutunya untuk menumbangkan BN.Katanya mungkin ada segelintir kepimpinan Pas yang sudah mula sangsi dan khuatir terhadap perkara berkenaan, namun mengambil sikap berdiam diri untuk mengenengahkan hal yang sebenar.“Lagi pun kita selalu dengar Pas selalu mengadakan solat hajat dan dalam situasi ini, apa salahnya mereka turut mengambil pendekatan yang sama bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan untuk kepentingan bersama,” katanya.Tambah beliau lagi apa yang Pas laksankan hari ini sebenarnya adalah arahan “syaitan” dan bukannya berpandukan kepada al-quran.
No comments:
Post a Comment