Sunday, April 24, 2011

PAS TELAH BERDOSA?

Politik Malaysia berhadapan dengan sifat "kemunafikan" yang nyata - tatkala kebenaran tidak lagi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan dan pendirian. Terbaru - PAS menunjukkan ketakutan luar biasanya kepada Anwar Ibrahim, berhubung pendirian parti tersebut yang dikatakan mahu mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Rakyat, sekiranya terbukti pelaku seks di dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Malah, pemerhati politik juga berpandangan bahawa ia merupakan titik mula kejatuhan PAS dalam meraih sokongan orang Melayu dalam PRU yang akan datang. Dalam apa-apa jua keadaan, PAS adalah balaci kepada Anwar dan DAP, buktinya Anwar dan DAP sangat mengharap undi dalam kalangan penyokong PAS, tetapi pada masa yang sama dasar Islam parti tersebut ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan DAP tanpa kompromi, maka ternyalah PAS sekadar menjadi balaci dan kuda tunggangan kepada Anwar dan DAP - tidak lebih daripada itu. Soalnya, sampai bila "ahli-ahli PAS yang celik" sanggup diperbodohkan oleh para pemimpin mereka atas nama "ketaatan kepada ulama"? Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh PAS sejak parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Segala bencana dan fitnah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini adalah natijah daripada amalan "talam dua muka" PAS dalam berpolitik demi memperoleh habuan dunia yang sedikit.

No comments:

Post a Comment