Monday, October 10, 2011

DAP TENDANG KELUAR PAS DARIPADA PAKATAN RAKYAT?
DAP dominan dan PAS sah orang suruhan DAP! Inilah yang dapat kita simpulkan apabila mesyuaratPakatan Rakyat telah bersetuju bahawa Hudud tak akan dilaksanakan.

Perkara ini diumumkan oleh Anwar selaku Ketua Umum Pakatan yang mengisytiharkan bahawa Hudud tiada dalam agenda Pakatan Rakyat.

Ramai yang sudah menjangka keputusan tersebut, lebih-lebih lagi PAS dilihat sebagai takut dan tidak berbuat apa-apa terhadap DAP. Memang amat memalukan.

Gimik PAS Kelantan Tentang Hudud yang ditolak DAP.

Persoalan sekarang, 

1. Di manakah letaknya Nik Aziz dan penyokong-penyokong PAS lain yang menyokong ketegasan Nik Aziz tentang Hudud?

2. Apakah penafian Hudud oleh Anwar Ibrahim dan DAP itu akan dapat mengurangkan keraguan yang timbul dikalangan ahli-ahli PAS yang mempersoalkan keputusan menukarkan slogan PAS daripada 'negara Islam' ke 'negara kebajikan'?

3. Jika sekarang DAP tidak 'blah' apakah Nik Aziz yang akan 'blah' kerana pandangan beliau cuma hingusan yang meleleh menganggu Pakatan Rakyat sahaja?

Anda baca artikel di bawah yang ditulis oleh penyokong PAS. Nampaknya si penulis itu terpaksa cuci balik ludah yang terpalik ke muka beliau sendiri! MALU!

Dan semakin ramailah ahli dan penyokong PAS yang akan keluar menjauhi parti suruhan DAP !

Di antara artikel tersebut:-

Dalam keadaan ini, Pas nampaknya paling selesa. Strategi Nik Aziz melontar isu hudud ke tengah gelanggang tatkala PRU-13 semakin menjelang, amat kena pada masanya. 

Mereka sedang menghampiri pusingan terakhir bagi satu acara larian jarak jauh yang mana setiap pelumba perlu meningkatkan pecutan jika tidak mahu tewas!
 

Keputusan menggugurkan slogan negara Islam yang digantikan dengan ‘negara berkebajikan’ pada muktamar Jun lalu, menyaksikan ramai ahli Pas mulai ragu-ragu akan ketegasan pimpinan parti itu memperjuangkan Islam.

Ini ditambah dengan sifat beralah yang jelas apabila berhadapan dengan DAP dan PKR.
 Namun, lontaran isu hudud oleh Nik Aziz mampu mengurang sokongan orang kepada pas.

Ini ditambah dengan ketegasannya bahawa DAP boleh ‘blah’ jika tidak setuju dengan usaha Pas mahu laksanakan hudud.

No comments:

Post a Comment