Thursday, October 13, 2011

KIT SIANG MENGAMUK- AKTA MURTAD


PANAS : KIT SIANG MENGAMUK BILA TAHU ADA ORANG MENCADANGKAN AKTA MURTAD...??



Pihak berkuasa agama digesa supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

“Mereka ini tidak pernah berhenti cuba menyesatkan orang Islam dan akta sebegini amat perlu bagi menangani gejala murtad yang semakin berleluasa.

“Akta Murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Perpaduan Ummah: Gagasan dan Cabaran Masyarakat Islam Malaysia ke Arah Kelangsungan Ummah pada Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, hari ini.

Terdahulu dalam pembentangan kertas kerjanya, Harussani menasihatkan pemimpin serta masyarakat Islam supaya kembali bersatu terutama dalam politik demi kelangsungan budaya dan agama.

Katanya, masyarakat Islam semakin berpecah kebelakangan ini termasuk dalam politik dan ideologi sehingga menyaksikan ada pihak yang mendukung konsep pluralisme agama.

“Ada pemimpin kita yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sedangkan pengertian Allah dalam Islam amat jelas dan tidak sama dengan pengertian konsep Trinity dalam Kristian, jadi adakah kita rela jika Tuhan kita dihina dan disalahtafsir” katanya.

Katanya, umat Islam juga perlu memastikan taraf ekonomi mereka sentiasa berada dalam keadaan baik supaya ia dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang terutama ketika dunia menghadapi krisis kemelesetan serta penguasaan ekonomi oleh bukan Islam.

Justeru menurutnya, kesemua usahawan, cendekiawan, ulama dan pemimpin politik Islam perlu berganding bahu dalam menjamin hak orang Melayu Islam terus terpelihara tanpa terpengaruh dengan fahaman politik masing-masing. 

No comments:

Post a Comment