Wednesday, August 10, 2011


Pemuda Pas menentang kenyataan Hadi Awang?

Haji Hadi kata Pas tidak akan membuat pendirian sehingga mereka berjumpa dengan JAIS dan gereja. Katanya itu untuk keadilan.

Dalam kes Saiful tak mahu pula dia jumpa Saiful. Dengar cerita Anwar Pas terus saja jatuh hukum itu fitnah.

Dalam kes video seks Anwar tak mahu pula dia jumpa Datuk Eskay. Dengar cerita Anwar dia kata video tak boleh jadi bukti kerana ianya besi.

Hasan Ali selaku wakil Pas dalam kerajaan Selangor pun Pas tak percaya sehingga terpaksa aturkan perjumpaan dengan gereja untuk dapatkan penjelasan dan nyatakan pendirian.

Manakala Pemuda Pas pula bersikap berlainan semalam. Mereka tak perlu jumpa JAIS atau jumpa pihak gereja. Selesai jumpa Hassan Ali sahaja mereka terus umumkan pendirian menyokong Hasan Ali dan JAIS. Malah turut menggesa pihak -pihak lain turut sama menyokongnya. Tak perlu mereka nak jumpa paderi atau gereja.

Petikan di bawah dari malaysia insider, bukan Utusan Malaysia ya.

Ulang sekali lagi, dari malaysia insider. Kalau dari Utusan nantikan mereka kata kenyataannya telah diputar belit.
Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.

Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Nasrudin, dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu Jais agar tidak timbul sebarang keraguan.

Apa cerita Hj Hadi ?

Esok lusa dia bagi jawapan...

1) Perselisihan pendapat perkara biasa dan ianya sesuatu yang bagus.

2) Media telah mesensasikan keadaan dan memutar belit kenyataan. Malaysia insider tu beb..... nak kata gitu juga ke ?

3) Ini semua kerja Umno.

Selebihnya sila tambah di ruangan komen.....

No comments:

Post a Comment