PAS KETANDUSAN PEMIMPIN? KU LI SEDANG DIPANCING MENGETUAI PEMBANGKANG. Nik Aziz Jadi Tok Dalangnya!
Apabila Tengku Razaleigh Hamzah diura-urakan akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, jangkaan sudah dibuat tentang reaksi PAS. Daripada ketiga-tiga parti yang bersatu dalam Pakatan Rakyat, PAS merupakan satu-satunya parti yang pernah bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, malah tidak keterlaluan juga kalau dikatakan PAS banyak terhutang budi dengan Ku Li apabila merampas Kelantan dari tangan UMNO-BN pada tahun 1990 dan sehingga sekarang, PAS masih berkuasa di negeri tersebut.
Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai ketua Pakatan Rakyat secara tidak rasmi dan memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Bagaimanapun, sepanjang dia menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar lebih banyak bermain politik, retorik dan tidak habis-habis dengan kenangannya sebagai Menteri Kewangan serta Timbalan Perdana Menteri di samping memprojekkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Tengku Razaleigh mempunyai pengalaman yang lebih luas berbanding Anwar Ibrahim dalam bidang politik. Pernah menjadi Menteri Kabinet dan pernah juga menjadi pengatur politik negara ketika Malaysia belum terdedah kepada peperangan siber. Pernah menggemparkan negara dengan kejayaannya mengeluarkan Kelantan dan Sabah dari tangan Barisan Nasional. Bahkan pernah hampir-hampir menjadi Presiden UMNO Malaysia mengalahkan Tun Dr. Mahathir.
Bagaikan terasa yang dia menjadi orang yang paling disyaki, Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan menyatakan bahawa ura-ura menjadikan Ku Li sebagai Ketua Pakatan Pembangkang adalah satu lawak jenaka. Bagaimanapun, ramai yang melihat kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook itu, bukanlah kenyataan yang ditulis sendiri oleh Nik Abdul Aziz sebaliknya oleh pembantunya. Nik Abdul Aziz seperti yang diketahui, hanya menjadi simbol di Kelantan memandangkan segala kerja-kerjanya dibuat oleh orang lain. Bahkan ramai yang berkata, Nik Abdul Aziz sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi mengeluarkan kata-kata yang bernas, sepertimana dia tidak mampu lagi berpejabat di tempat yang tinggi sebaliknya memindahkan bilik pejabatnya di tingkat paling bawah.
Namun pada masa yang sama, Harun Taib, Ketua Dewan Ulama pula tidak menolak kebarangkalian Ku Li untuk dijadikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Pun begitu, Harun Taib memberikan alasan yang dilihat agak ‘bersopan’ apabila menyatakan Ku Li layak untuk jawatan tersebut sekiranya terbukti berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai. Pun begitu, Harun Taib sempat pula menyindir Anwar Ibrahim dengan menyatakan jawatan yang disandangnya sekarang, bukanlah jawatan turun-temurun sebaliknya perlu digilir-gilirkan. Sudah pastilah berita tentang penggantian Anwar Ibrahim dengan tokoh seperti Ku Li akan menyinggung bekas Timbalan Perdana Menteri yang kuat berbohong itu. Ketika dia dan para pemimpin PKR lain berusaha untuk mendominasi Pakatan Rakayt dengan alasan, Pakatan Rakyat wujud kerana Anwar Ibrahim, tiba-tiba sahaja PAS cuba membuat short-cut dengan memilih Ku Li yang belum pun lagi keluar dari UMNO-BN. Secara tidak langsung berita tersebut, sekalipun hanya khabar-khabar angin, sebenarnya menyinggung kredibiliti dan harapan Anwar Ibrahim agar dia diberikan sokongan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dalam perbicaraan liwat keduanya. Anwar dan PKR semata-mata tidak akan ke mana-mana. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, bererti, Anwar dan PKR adalah bahan sejarah yang lapuk dan memalukan negara. Justeru, ada wajarnya Anwar tersinggung dan segera ‘menyerang’ PAS dengan menggunakan konco-konconya yang berada di dalam PAS sendiri. Sebarang tindakan menggantikan Anwar dengan Ku Li atau mana-mana tokoh lain perlu dihentikan sama sekali.
Dan seperti biasa, PAS yang sudah acapkali menjadi kambing hitam terpaksa terus menjadi kambing dan lembu yang tidak berpendirian sebaliknya hanya menurut berdasarkan tali di leher dan tali di hidung!!!
No comments:
Post a Comment