Thursday, August 11, 2011

MANA PAS YANG PERJUANGKAN ISLAM?

PANAS : BACAAN AL-QURAN KETIKA SUBUH DIHENTIKAN DI PULAU PINANG KERANA MENGGANGU KETENTERAMAN AWAM....


Inilah padahnya bila DAP memerintah..Pulau Pinang akan menjadi sama seperti Singapura...Islam diperkotak-katikkan mengikut sesedap rasa mereka..kalau ada saja puak-puak dia buat aduan, confirm esok tindakan akan diambil..yang menjadi mangsa ialah orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang..

Yang menjadi Exco Agama Islam dalam kerajaan negeri pun tak guna..Apa Guan Eng suruh buat, dia buat..walaupun terpaksa mengadai maruah orang Islam di Pulau Pinang...

Kenapa bacaan al-Quran sebelum masuknya waktu subuh harus dipertikaikan sekarang sedangkan telah sekian lama bacaan ini berkumandang tanpa sebarang masalah?? Apa cerita pula dengan Phor Thor Festival (Hungry Ghost Festival)tak bising ke acara tu...konsert sana sini ketika orang nak berehat...kenapa acara seperti tidak dilarang??


Lepas ni puak-puak ni mesti suka pasal boleh tidur nyenyak sampai ke pagi tanpa sebarang gangguan...Hari ni bacaan al Quran dan Azan Subuh..esok-esok azan Zuhur dan Asar pula sebab bising dan menganggu orang yang nak kerja malam pula....


TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.


Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam, di Malaysia kenapa bila DAP memerintah azan dan bacaan Quran diharamkan. Saya merasakan ini adalah penghapusan imej Islam di Pulau Pinang secara sedikit demi sedikit. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment