Saturday, August 6, 2011



 Saya mendapat maklumat daripada rakan2 media yang mendakwa satu Sidang Media bersama Exco Kontroversi Selangor, Dr. Hasan Ali akan berlangsung pada esok jam 10 pagi  07/08/2011. Sidang Media ini juga dijangka panas di mana Hasan Ali dikatakan bakal membuat 1 kenyataan yang bakal mencabar hubungan PAS, DAP dan PKR di Selangor. Hasan Ali yang acap kali bertindak di luar kawalan dan perbincangan Kerajaan Negeri mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja yang mengadakan dakwah kristian secara halus melalui pengedaran risalah kepada orang Melayu. Tindakan Hasan Ali turut diherdik musuh politik dalaman, Khalid Samad yang turut meminta maaf kepada pihak Gereja atas tindakan yang di luar pengetahuan pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment