Sunday, July 31, 2011
Ku Li Di Lantik Untuk Jadi Ketua Pembangkang??
Pakatan pembangkang mengamalkan politik 'tikam belakang' jika benar mereka mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,pelawaan itu hanya menunjukkan pembangkang semakin terdesak dan hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim,malah mereka seolah-olah yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.
"Mereka bimbang imej pakatan pembangkang semakin terjejas kerana Anwar menghadapi pelbagai isu seperti moral, pembohongan, tidak konsisten dan fahaman pluralisme.Kalau ini berlaku (pelawaan pembangkang), ia menunjukkan bahawa pembangkang mengamalkan budaya 'tikam-menikam' dari belakang," katanya selepas melancarkan Skim Khairat Kematian Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit semalam.
Sebelum ini,UTUSAN melaporkan Tengku Razaleigh dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpendapat,situasi tersebut juga menunjukkan Pengerusi DAP,Karpal Singh tidak yakin dengan kepimpinan Anwar,sama seperti yang pernah diungkapnya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment