Tuesday, July 19, 2011

GEMPARRR..!!! DAP pecat Razali hanya kerana dedah pembohongan derhaka DAP..?!!!


Masih ingatkah kalian semua tentang laporan myanger.blogspot.com (telah dihijacked) milik Shamsul Yunus yang mendedahkan tentang satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Perkara tersebut telah dinafikan oleh ramai pihak, termasuk Jeff Ooi (MP Jelutong - DAP), gereja dan beberapa orang paderi terlibat. Namun kemudiannya, muncul pula seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Sehingga kini, kandungan laporan polis tersebut masih tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan negara. Razali telah diminta untuk menjadi saksi siasatan polis mengenai isu tersebut.

Apa yang mampu diterangkan oleh Razali ialah terdapat pembohongan oleh Jeff Ooi dan paderi-paderi yang terlibat dalam majlis itu. Mungkin itu juga merupakan antara isi kandungan laporan polis tersebut. Hanya PDRM dan Razali sahaja yang tahu.

Menariknya, Razali kini dilaporkan telah menerima surat pemecatannya sebagai ahli DAP atas alasan menjatuhkan imej parti.

Persoalannya, benarkah Razali menjatuhkan imej parti? Jatuhkan bagaimana tu? Atau memang benar segala dakwaan Razali bahawa Jeff Ooi dan paderi-paderi itu berbohong? Salahkah Razali bercakap perkara yang benar? Dia tahu apa yang berlaku kerana dia ada di situ juga...
PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.

"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.

"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment