Kecenderungan untuk tidak menyokong kerajaan BN bermula sejak PRU12 lagi sebenarnya. MCA dan Gerakan sebagai parti orang Cina di dalam BN mengalami kekalahan amat teruk. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Antaranya pastilah kerana hasutan dari DAP dan kelancangan mulut Melayu-Melayu di dalam Pakatan Syaitan yang menjanjikan syurga buat kaum ini.
Paling lumayan, Anwar bakal memahkotakan DAP dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika tampuk kerajaan persekutuan mampu dirampas dari BN. Biarpun kini pelbagai usaha dicanang si pengkhianat bangsa itu, dia tidak akan pernah puas untuk berjuang untuk menumbangkan kerajaan BN walaupun sanggup menjual maruah diri, maruah Wan Azizah dan maruah Nurul Izzah. DAP lah paling optomistik kerana kunci dan nyawa Anwar ada pada tangan Karpal Singh, pengerusi DAP. Karpal tahu, Anwar memang pelaku yang meliwat Saiful dan Anwar juga pelaku yang beraksi di dalam video seks. Apabila cita-cita mereka tercapai, janji bakal ditagih dan strategi bakal dilaksana. Ketika itu, sudah diberi betis pun peha juga yang bakal mereka tagih. DAP bakal mengucapkan "Goodbye" kepada Anwar.
Laluan itu makin terbuka apabila melihat orang Melayu kini makin berpecah belah. Sikap saling mencurigai sesama Melayu perlu terus dipupuk bagi menjauhkan mereka dari istilah perpaduan. Pelbagai usaha dirancang. Bersih juga adalah medan melihat Melayu mencakar Melayu. Sedangkan otak yang waras boleh berfikir, bukankah jelas, Cina dan kadfir harbi sedang berteriak sakan menyabung Melayu sesama Melayu.
UMNO sebagai satu-satunya parti pro Melayu adalah ancaman utama untuk mendaulatkan ketuanan Cina di Malaysia ini. Jadi, pelbagai sentimen perlu diwujudkan bagi membolehkan orang Melayu sendiri membenci UMNO. DAP bertuah kerana tidak perlu berkerja keras untuk melumpuhkan UMNO kerana PAS dan PKR rela mati demi DAP untuk menjatuhkan UMNO. Makin senyum Lim Kit Siang, tersengeh-sengeh Karpal Singh dan terbahak-bahak Guan Eng ketawa.
Jalan makin terbuka luas, kini P.Pinang bakal menjadi podium utama memulakan langkah. Mengurangkan kawasan majoriti Melayu dengan cara membongkah kampung-kampung Melayu bakal menjamin survival DAP di P.Pinang. Orang Melayu disusahkan dengan menghalang segala yang menyelesakan mereka. Perniagaan Melayulah paling kerap menjadi mangsa. Biar wujud rasa meluat dan loya kerana ia bakal mewujudkan rasa kecewa yang membawa mereka untuk berhijrah ke negeri lain. Kesannya, Melayu akan keluar sendiri dari P.Pinang.
Bijaknya DAP apabila sanggup melakonkan watak-watak alim menghiburkan Melayu-Melayu dunggu kononnya terpesona yang DAP akan menerima hidayah PAS dari Nik Aziz. Mereka tidak pernah terfikir, imej Melayu dan Islam yang DAP lakonkan itu hanya gimik politik bagi memukau orang Melayu untuk mengundi DAP tanpa dipaksa-paksa. Hadiahnya nanti Melayu akan ditelanjangkan sepertimana biawaknya lidah Lee Kuan Yew menipu Melayu Singapura satu ketika dahulu.
Dek kerana jalan makin terbuka dan peluang makin cerah, saat-saat yang diimpikan untuk menegakkan ketuanan Cina ini tidak akan mampu lagi mereka lepaskan. Jalan itu akan tertutup jika Cina terus bersama UMNO di dalam Barisan Nasional. Mungkin itulah yang bermain di hati mereka.
Renung-renungkanlah wahai Melayu sekalian. Pendapat ini hanya milik peribadi Taming Sari selepas menilai situasi semasa politik negara.
Wallahhua'alam.
No comments:
Post a Comment