PM lawat Kelantan 2 Julai
KOTA BHARU 17 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Kelantan pada 2 Julai ini.Menurut Setiausaha Politik beliau, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh, Perdana Menteri akan melawat Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu pada sebelah malam bagi menghadiri Program Rakyat 1Malaysia di Buluh Kubu dekat sini.
Beliau berkata, Buluh Kubu menempatkan flat perumahan rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah kerajaan negeri lebih 20 tahun lalu.
“Kita hendak menunjukkan kepada Perdana Menteri keperluan rakyat terhadap perumahan yang gagal disediakan oleh kerajaan Pas Kelantan,” katanya berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Kota Bharu di bangunan UMNO negeri
di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment