Wednesday, June 8, 2011

SEKARANG SIAPA YANG KAFIR?

 

Di kalangan beberapa Pemimpin Ulama' PAS malah perwakilan yang hadir terpinga2 apabila Presiden PAS, Hadi Awang memberi kenyataan bahawa Negara Islam yang diperjuangkan PAS iaitu Hukum Hudud merupakan 1% sahaja daripada perjuangan Parti. Ianya kelihatan berbeza dengan penerangan yang diberikan kepada mereka semasa diasak memilih PAS sebaga wadah perjuangan politik mahupun Islam itu sendiri di Negara kita. Itu yang dijelaskan kepada mereka sebelum mengambil keputusan menentang habis2 an parti UMNO. Hudud menjadi nadi pegangan pendokong2 PAS 1 ketika dahulu dan diisytihar sebagai jihad syahid jika mereka mati kerana memperjuangkannya. Jika ditentang dan membiarkan ianya tidak dipertahankan, umat Islam akan berhadapan dengan azab Allah.. Hari ini, Hudud semakin terpinggir akibat kerjasama politik PAS bersama DAP dan PKR. Penyokong2 lama PAS semakin marah kerana PAS seolah2 mungkar pada perjuangan asal walhal itu sebab utama PAS menentang UMNO. PAS lebih terjurus bercakap seperti DAP dan PKR dengan menggunakan kelemahan Kerajaan berkenaan rasuah, penyelewengan, jenayah dan sebagainya bagi menghasut rakyat bukan menyokong PAS semata2, akan tetapi menyokong DAP dan PKR. Dulu punyalah beriya2 bersemangat tinggi disertakan dengan emosi mengatakan Hanya Hudud dapat menghapuskan Rasuah, Hanya Hudud dapat menghapuskan Jenayah, hanya Hudud dapat menghapuskan penyelewengan dan Hanya Hudud sahaja dapat membunuh musuh Agama seterusnya memberi keamanan pada Negara. Jadi, bagaimana pula Hadi Awang boleh kata kini Hudud adalah 1% sahaja daripada Perjuangan PAS? Kerana PAS sebuah parti yang diwujudkan bagi mengubah Pemerintahan Negara. 1 hal... Pemimpin PAS kini tidak lagi mengutarakan hal hukum Hudud dek kerana takut akan kerjasama Pakatan punah. Kenapa pula perlu takut? Dahulu kata jihad syahid mempertahankannnya? Ada salah seorang Pemimpin memberi alasan UMNO berbeza kerana kerana parti ini didokong oleh orang Islam akan tetapi menentang Hukum Hudud. Mereka persoalkan kembali bukankah PKR juga dikepalai Orang Islam? Bekas Pemimpin UMNO lagi? Anwar Ibrahim itu kafirkah? Malah ada yang membalas jawapan Pemimpin PAS tersebut dengan mendakwa DAP sendiri kini melahirkan pemimpin yang beragama Islam seperti Senator Tunku Aziz yang berjawatan Naib Pengerusi DAP Pusat. Akan tetapi beliau juga lebih rela mati daripada menerima Hukum Hudud. Tergamam seketika pemimpin PAS itu. Lalu menggunakan kaedah Anwar Ibrahim cuba mengalih perhatian terhadap isu2 lain bagi menghentikan soalan wartawan. Hadi Awang sendiri melalui amanat beliau telah meminta umat PAS menentang UMNO kerana penentangan parti tersebut terhadap Hukum Islam iaitu Hudud. Wajib tentang... Malah dikatakan perjuangan PAS menentang UMNO diperumpamakan perjuangan Palestin menentang regim Israel. Benci sehingga begitu sekali terhadap UMNO. Kini? Masih relevan lagikah PAS....



No comments:

Post a Comment