Wednesday, June 8, 2011

Wednesday, June 9, 2011

Haa… Haa…. Haaa….! Karpal Tak Payah Mati, PAS Tak Payah Langkah Mayat Karpal…. Negara Islam PAS Sudah Ditalkinkan…!!


Sebenarnya…, inilah baru dinamakan Anugerah Tuhan!

Kebijaksanaan walaupun pada usia melebehi 80 tahun, minda intelektual tokoh ulung negarawan kita.., ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed memang bijak dan sangat tajam pemikirannya, pandangannya dalam kancah politik tanahair.

Kata kata yang lahir daripadanya merupakan “solution” kepada persoalan yang terkial kial umum mahu menyelesaikannya. Tun M memang hebat dan masih hebat seperti beliau masih menerajui pucuk pimpinan negara kita!

Tatkala banyak pihak menyaksikan betapa enaknya PAS ditunggang oleh DAP dan PKR dalam sandiwara politik mereka, khususnya setelah selesai Muktamar mereka baru baru ini. Pengisytiharan oleh Presiden PAS bahawa mereka “rela” menggugurkan asas perjuangan asal mahu Hudud, mahu tubuhkan sebuah Negara Islam, semakin terserlah semua tindak tanduk ini hanya menguntungkan DAP dan PKR…!

Hanya sepotong ayat dari Tun Dr M “…Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama….”

Tambah pedih ulu hati juak juak murahan Pakatan apabila membaca baris akhir ayat nukilan Tun M “ ….. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

No comments:

Post a Comment