Thursday, June 9, 2011

BUKTI PAS ADALAH PARTI ANAK SETAN: HALAL HARAM DIPERMAINKAN!!!!




Nik Aziz kata
KOTA BHARU, 13 Mei : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

“Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.
“Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita,” katanya.
Haji Hadi kata
KUALA TERENGGANU 1 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.Beliau berkata, isu tersebut bukan satu perkara baru kerana ia dibincangkan dalam sebuah kitab bertulisan jawi, Hidayatus Salikin iaitu terjemahan daripada kitab karangan Imam Al-Ghazali.

Di dalam kitab itu, katanya, ada diterangkan dengan jelas mengenai kategori mengumpat secara terperinci sama ada haram, harus atau wajib.

“Mengumpat ini ada yang haram dan ada yang wajib. Jika jatuh hukum wajib, wajib kita mengumpat. Sekiranya kita tidak mengumpat berdosa kita.

“Sebagai contoh pencuri masuk kampung dan jika kita tahu dia ini pencuri,
wajib kita mengumpat atau dedahkan keburukannya supaya orang kampung terselamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana di Pengadang Baru di sini, malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada majis tersebut, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abdul Hadi di dalam ceramahnya di Kuala Besut baru-baru ini, membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.
Abdul Ghani Samsudin kata
PUTRAJAYA 29 Feb. – Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing.Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.

‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.

‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.
Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.
Yang mana satu yang betul ?

No comments:

Post a Comment