Saturday, June 4, 2011

PAS Gadai Kepimpinan Ulama, Benarkan Pengaruh Anwar Menguasai Parti



Shah Alam, 4 Jun- Kemenangan Mohammad Sabu dan rakan-rakan beliau dalam pertandingan kerusi tertinggi PAS membawa banyak pengertian terutamanya kemenangan ini melengkapkan pengadaian prinsip oleh PAS semenjak ditubuhkan, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam.
“Jika sebelum ini, mereka gadaikan matlamat menegakkan Negara Islam, matlamat menutup pusat-pusat hiburan dan perjudian, matlamat melaksanakan hokum Hudud, matlamat menegakkan kebenaran, tetapi hari ini jelas terbukti mereka sudah menolah slogan membangun bersama kepimpinan ulamak.
Kemenangan kumpulan Erdogan ini juga membuktikan bahawa golongan ulama sudah tidak mempunyai tempat di dalam PAS dan semakin berkembanglah pengaruh Anwar di dalam PAS dan pengaruh DAP yang menjadi penaja utama Mat Sabu untuk menjadi Timbalan Presiden PAS,” ujarnya yang juga Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Pemuda KeADILan,
Penaklukan kepimpinan PAS oleh pihak Erdogan ini beerti musnahlah peluang umat Melayu untuk bersatu dan akan menyaksikan perjuangan matlamat menghalalkan cara oleh kepimpinan baru PAS.
“Kemenangan geng erdogen dalam kepimpinan PAS akan menyebabkan PAS menjadi lebih liberal dan terbuka serta lari dari paksi gerakan Islam.
Oleh itu, umat Melayu yang sayangkan Islam dan PAS kini tidak mempunyai pilihan lain selain dari kembali mendokong UMNO bagi menyelamatkan agama, bangsa dan Negara,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment