Monday, June 27, 2011

 

Agak malu apabila PAS kini semakin taksub mahukan kuasa sehingga sanggup mempertahankan Parti Sosialis Malaysia yang secara jelas membawa pendekatan yang bertentangan dengan prinsip pentadbiran Islam. Dahulu menjelang Pilihan Raya 11 iaitu pada tahun 2004 Nik Aziz sendiri menolak penerimaan Dr. Syed Husin Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu kerana bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu membawa fahaman sosialis yang tidak diterima dalam sebuah pentadbiran Islam. Namun kini semuanya dusta semata2. PAS sanggup menerima pandangan sosialis malah komunis hanya mahukan kuasa yang akan mencabul perjuangan PAS itu sendiri. Namun PAS memang hanya menggunakan Islam sebagai senjata kuasa semata2. Fikir dan Renung. Kenapa PAS menolak UMNO? Kononnya UMNO menolak Islam. Tolak Pentadbiran Hukum Islam. Rasuah. Kenapa pula PAS sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang pernah mempertahankan golongan murtad? Mana lebih teruk? Ini semuanya politik semata2. Jangan cuba kelirukan rakyat. Kelak rakyat memberontak dengan mainan politik murahan kamu.

No comments:

Post a Comment