Thursday, June 23, 2011

Panaasss Jumaat!! Dalam PAS Ada Musang Berjanggut Jadi Penyamun....

Pada tahun 1997 ada seorang 'korporat' dari KL datang ke Memali dan berjumpa dengan seorang pemimpin Pas. Dalam perjumpaan dengan pemimpin Pas itu, 'korporat' berkenaan telah berjanji akan melaburkan beberapa juta untuk projek pembangunan Madrasah Islahiah Diniah Memali, iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh Ibrahim Libya.

Dalam perbincangan tersebut, selain daripada berjanji jutaan ringgit untuk madrasah tersebut, 'korporat' itu juga berjanji akan memberikan kepada pemimpin Pas berkenaan RM 1 juta sebagai pemberian peribadi.

Bagaimanapun 'korporat' itu berkata wangnya masih berada di Singapura dan dalam proses untuk dibawa masuk ke Malaysia. Untuk sementara waktu 'korporat' berkenaan meminta pemimpin Pas itu membiayai beberapa kosnya terlebih dahulu. Antaranya, kereta ,rumah dan keperluan hariannya.

Kerana telah terpesona dengan tawaran RM 1 juta untuk dirinya lalu pemimpin Pas itu tanpa berlengah panjang menggunakan wang dari Tabung Memali lalu membelikan sebuah kereta Merchedes 230 untuk 'korporat' berkenaan. Selain kereta, wang Tabung Memali juga digunakan untuk menyewa sebuah rumah serta membeli dua buah peti besi untuk menyimpan wang yang bakal dibawa masuk dari Singapura.

Sebuah peti besi diletakkan di rumah korporat itu, manakala sebuah lagi diletakkan di rumah pemimpin Pas berkenaan. Nak dapat duit RM 1 juta lah katakan, mesti bersedia dengan peti besi.

Pas langsung tidak meminta izin atau memaklumkan kepada balu-balu dan anak-anak yatim yang berkenaan sebelum menggunakan wang milik mereka (balu dan anak yatim) untuk diberikan kepada 'korporat' itu.

Baca seterusnya…., sila
klik sini

No comments:

Post a Comment