Thursday, June 9, 2011




Gua dapat berita yang Ustaz Kazim Alias sudah dipecat dari PAS pasal dia banyak bagi ceramah yang tak senada dengan pemimpin atasan parti bulan tu.. Especially isu yang berkenaan PAS berpakat dengan DAP dan isu Anwar

Usul pemecatan Ustaz tu dah pun diluluskan oleh Dewan Ulamak PAS Perak masa dorang buat muktamar bulan lepas...


Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1 - Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2 - Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.

Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.






Bagi gua, Ustaz Kazim adalah contoh agamawan yang berada dilandasan yang betul. Apa yang bagus dia puji dan apa yang salah dia tegur.

Ustaz Kazim ni bukan berebut sangat nak memerintah. Walaupun sebelum ni dia ahli PAS, dia tak pulak sibuk mengata kononnya orang lain tak pandai perintah ikut Islam macam PAS.

Inilah kategori guru agama yang boleh kita panggil ulamak. Dia tak sekali-kali cuba menjatuhkan pemerintah islam tapi bertindak menasihatkan dan menjelaskan perkara yang benar.

Saya pernah baca pasal zaman pemerintahan khalifah Umayyah dan Abbassiah.. Memang ada pemerintah yang zalim zaman tu, tapi ulamak zaman itu yang lebih muktabar still tak cuba jatuhkan mereka.

Itu baru laa ulamak yang mengikuti adab Islam sebenar. Bukan ulaRmak yang sibuk nak rampas kuasa dan gila jawatan je beb...

So, gua harap Ustaz Kazim jangan masuk mana-mana parti politik lepas ni.. Saya suka kupasan dia yang tak memihak kepada sapa-sapa baik UMNO atau PAS..

Yang salah tetap salah sebab POLITIK ITU BUKAN AGAMA!!!

No comments:

Post a Comment