Thursday, June 2, 2011

Kononnya PAS berBai'ah Untuk Islam..Tapi Bantu China DAP Kuasai Tanahair


Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas semakin keliru. 

Mereka tidak faham mengapa Pas memaksa calon-calon yang bertanding supaya berbai'ah (bersumpah setia dengan nama Allah). Ikrar tidak akan melompat parti jika menang kerusi yang ditandingi. Jika ingkar Allah akan melaknat mereka dan parti akan menjatuhkan hukum talak secara automatik ke atas pasangan tersebut.

Dengan paksaan ini, calon-calon yang menang berasa amat takut akan kemurkaan Allah dan kehilangan hak ke atas isteri masing-masing. Maka terpaksalah sentiasa bersetia kerana jika tidak, akan dianggap murtad dan kehilangan hak beragama Islam mengikut ketetapan parti.

Begitulah Parti Melayu Pas menguasai minda dan kepercayaan di kalangan mereka. 

Mengikut kepercayaan agama Islam, apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah shahadah, maka bermakna sudah berbai'ah beraqidahkan Islam. Menerima Islam sebagai sistem kepercayaan dan diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan yang lengkap.

Parti Melayu Pas menganggap ikrar syahadah ini tidak lengkap. Pas kurang yakin hanya dengan berbai'ah menerima Allah yang esa dan Muhammad sebagai Pesuruh Allah. Pas terpaksa menggunakan bai'ah lain yang lebih berkuasa dari hanya naik saksi memperakukan Allah dan Muhammad.

Tujuan Pas mudah sahaja difahami. Parti politik itu mahu supaya kesetiaan dikekalkan untuk menguatkan perjuangan Islam. 

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas faham bahawa dalam konteks di Malaysia, perjuangan Islam itu adalah  mempertahankan, mengembangkan dan melaksanakan syariat dan syiar Islam sebaik mungkin. Ini termasuklah menjaga kebajikan umat islam dan bukan Islam yang mendiami negara ini.

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas juga faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang digunapakai dalam sistem demokrasi di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah digubal sedemikian rupa dengan memberi keutamaan  kepada semua kaum, agama dan kebudayaan.

Tetapi hari ini semakin ramai ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas berasa hairan mengapakah Pas bersungguh-sungguh membantu Parti Racist China DAP mahu memusnahkan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak nampak bagaimana Perlembagaan Malaysian Malaysia adalah lebih baik dari Perlembagaan Persekutuan.

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas amat faham bahawa Perlembagaan Persekutuan digubal oleh banyak pihak sebelum diterimapakai. Pemimpin politik, ulamak, cendekiawan, pakar yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama telah duduk semeja memerah fikiran. Akhirnya berjaya merumuskan perlembagaan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

Berbeza samasekali dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang sedang diperjuangkan oleh Parti Melayu Pas. 

Perlembagaan Malaysian Malaysia adalah ciptaan Parti Racist China DAP untuk kepentingan parti itu menghapuskan ketuanan Melayu-Bumiputera. Tujuan DAP adalah untuk meningkatkan monopoli kaum China dalam kekayaan ekonomi negara dan merampas kuasa politik untuk menguasai pentadbiran dan pemerintahan negara ini. 



Parti Melayu Pas terpaksa berbaiah dengan calon-calon pilihanrayanya untuk mempastikan Parti Racist China DAP berjaya menumbangkan Perlembagaan Persekutuan dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia.

Kononnya Pas berbaiah untuk Islam, tetapi sebenarnya membantu DAP menghancurkan perpaduan umat Islam di tanahair kita.

Marilah kita berdoa semoga umat Islam tidak lagi tertipu dengan permainan politik pemusnah yang dibawa oleh puak politik khawarij ini.

No comments:

Post a Comment