Friday, June 17, 2011
KERAJAAN PAS RAMPAS TANAH LAGI...!!!
Lebih 50 penduduk Kampung Sungai Miak, di sini membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan mengambil tanah yang telah mereka usahakan sejak 20 tahun lalu dan memberikannya kepada sebuah syarikat swasta dari Johor untuk ladang kelapa sawit.
Tuan Ibrahim Tuan Soh, 50, berkata, penduduk berharap Nik Aziz Nik Mat dapat campur tangan supaya syarikat itu menghentikan tindakan menebang pokok di tanah seluas 40 hektar yang diusahakan mereka.
Mereka mengharap ada kalangan pemimpin kerajaan negeri dapat datang dan berbincang secara baik untuk mencari jalan penyelesaian supaya penduduk tidak menanggung kerugian besar jelas penduduk.
Mohd Nor Ab Rahman, 53,berkata beliau tidak percaya lagi dengan janji syarikat itu untuk menghentikan kerja menyodok tanah penduduk kerana sebelum ini juga mereka pernah beberapa kali membuat janji seumpama itu, tetapi kerja menyodok diteruskan juga.
"Seboleh-bolehnya penduduk mahu tuntut ganti rugi di atas kemusnahan tanaman berikutan kerja menyodok tanah oleh syarikat terbabit. Selain itu, tanah yang diusahakan penduduk sejak tahun 1990 itu juga hendaklah diserahkan balik supaya dapat mengusahakan semula kebun getah untuk pendapatan masa depan,” katanya
.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment