Saturday, June 4, 2011

MELAYU OH MELAYU - AKHIRNYA MERAYU MENDAYU- DAYU HINGGA LAYU

SAYANGKAN DAP, PAS GADAIKAN NEGARA ISLAM


Akhirnya PAS mengumumkan bahawa perjuangan menubuhkan negara Islam tiada lagi dalam kamus mereka. Mereka kini lebih berminat untuk berjuang ke arah menubuhkan negara berkebajikan. Jika dulu moto mereka "Membangun Bersama Islam" tapi kini telah ditukar kepada "Membangun Negara Kebajikan".

Sudah semestinya pihak yg paling gembira dengan pengumuman PAS itu ialah DAP. Sudah lama mereka menantikan detik ini. Dengan pengumuman ini secara sahnya PAS telah jatuh di bawah telunjuk DAP. PAS telah terikat dengan DAP. Setiap perintah DAP wajib dituruti PAS.

Kerana DAP, PAS sanggup memansuhkan perjuangan yg telah meletakkan mereka ke tahap ini sekarang. Kerana terlalu pentingkan undi pilihanraya, PAS tidak kisah mempergunakan Islam demi mencapai matlamat mereka. Sekarang PAS secara rasminya menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam. Jangan terkejut pula selepas ini mungkin akidah setiap pemimpin dan ahli PAS pula sanggup digadaikan. Semuanya dilakukan untuk menjaga hati dan perasaan kekasih hatinya iaitu DAP laknatullah.

Bagi GAD, pengumuman ini telah meletakkan PAS kini setaraf dengan UMNO dari segi ideologi perjuangan. Kalau dulu PAS menghukumkan UMNO kafir kerana menentang negara Islam, kini PAS terpaksa menelan semula kata-kata mereka itu. Sekarang, PAS pula tidak yakin dengan penubuhan negara Islam. Ini mungkin balasan Allah di atas segala dosa yg PAS pernah buat.

Kini, PAS telah bertukar menjadi sebuah parti yg tiada hala tuju perjuangan. Mereka boleh mengubah-ubah ideologi perjuangan mereka bila-bila masa mengikut keadaan. Memang sahlah sejak dari dulu PAS tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka hanya menggunakan nama Islam untuk menarik sokongan pengundi.

Untuk orang Melayu, dengan pengumuman PAS ini bermakna satu lagi penghinaan kepada org Melayu telah berlaku kerana sekali lagi org Melayu terpaksa tunduk kepada kaum kafir laknat. Jika di pihak kerajaan, UMNO terpaksa patuh terhadap setiap tuntutan kaum bukan Melayu. Tetapi kini di pihak pembangkang pun Melayu terus dikudakan DAP terduduk layu tidak bermaya. Memang sahlah, hayat politik Melayu hanya menunggu masa saja untuk dikuburkan.   MAT SERBU 121 - HILANGNYA NEGARA ISLAM.

No comments:

Post a Comment