Thursday, June 9, 2011

Gempar : Khutbah Jumaat Esok Di Selangor Untuk Membela Anwar

Politik tidak boleh dicampur dalam masjid. Politik perlu dipisahkan dari masjid apatah lagi untuk membela kes pemimpin politik. Terbaru semua sudah tahu bahawa bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi Ketua Pembangkang telah terjebak dalam skandal yang dibuatnya sendiri. Ramai yang menyaksikan klip video yang memaparkan wajah mirip beliau termasuklah bekas peguam bela beliau sendiri iaitu Zulkifli Nordin. Beliau turut percaya bahawa pelaku dalam video tersebut adalah DS Anwar Ibrahim.


Semua juga sudah tahu bahawa TRIO T yang terlibat dalam video tersebut membuat sumpah menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan. Sumpah yang dibuat di masjid mengikut kaedah sumpah yang disyariatkan Islam telah memberi keyakinan kepada kita semua bahawa pengakuan beliau adalah benar dan tidak lagi dikira fitnah. 


captionTajuk khutbah esok di Selangor ialah :  Jenayah Qazaf adalah dosa besar.


Dalam hal ini JAIS perlu menyiasat siapakah yang telah membuat khutbah tentang isu qazaf esok. Sewajarnya satu tindakan menyeluruh perlu dilakukan demi mengelakkan khutbah Jumaat menjadi medan membela pesalah yang sedang dituduh kesalahan liwat dan telah terjebak dalam skandal video seks dengan China Doll.

Ini kerana sepanjang pengetahuan Panglima sesiapa boleh menulis khutbah dan menghantarnya kepada JAIS sebelum diluluskan untuk dibaca ke seluruh masjid di Selangor. 


Meskipun khutbah tersebut ditulis dan diolah secara umum tetapi jika dibaca sudah tentu kita akan faham maksud khutbah ialah untuk membersihkan nama orang yang terlibat dengan video seks China Doll iaitu DS Anwar Ibrahim.


Jelas sekali berdasarkan isi-isi khutbah di bawah bahawa agenda menutup kesalahan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan yang boleh menghancurkan peluangnya menuju Putrajaya akan berjalan lancar melalui khutbah ini. Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk menghalangnya agar rakyat tidak dijadikan mangsa dalam hal ini. Fitnah adalah tepat berlaku jika tiada sebarang video yang merakamkan perbuatan beliau. Tetapi dalam hal ini semua keterangan dan bukti sudah ada dan tidak mungkin ditolak kecuali oleh fanatik beliau yang sudah ghairah untuk mendaki puncak Putrajaya.

klik link di sini untuk membaca khutbah tersebut :  http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/Khutbahjumaat(rumi)10062011.pdf


Antara isi khutbah yang berkaitan ialah  :



" Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara 
terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga 
telah melakukan jenayah Qazaf. Malah mereka yang mempercayai fitnah 
tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan 
hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak "


" Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media 
massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih 
memburukkan keadaan, apabila  si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan 
tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad 
dengki yang terhadap orang yang dituduh. Orang yang memfitnah sama ada 
sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang 
ingin merosakkan iman dan aqidah umat Islam sehingga hari kiamat."


" Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh 
pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang 
bersalah. Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak 
berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama  melakukan 
perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan  akan
menerima  pembalasan dari Allah S.W.T "


" Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan 
jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan 
keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan 
kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan 
syarak. Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan 
dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah 
yang melibatkan orang Islam. Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem 
perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak. "



No comments:

Post a Comment