Tuesday, June 21, 2011

KOLEKSI FATWA SONGSANG PAS


1. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.

2.Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sehingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud :

" Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

3. Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadis Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu. Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.

5. Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud:

" Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

6. Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

7. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.

8. Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

9. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.

10. Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

11. Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

12. Sesiapa yang menentang PAS bererti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.

13. Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

14. Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahawa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

15. Fatwa ini secara sedar atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

No comments:

Post a Comment