Sunday, June 12, 2011

Rakyat Kelantan marahkan PAS kerana berbohong!

Matlamat perjuangan PAS sudah berubah kepada dasar negara berkebajikan. Dan memang PAS telah membuktikan mereka memang mengamalkan kebajikan, tetapi hanya kepada penyokong mereka sahaja.

Bukti sudah jelas, beginilah cara PAS jaga kebajikan rakyat di Kelantan. Sepanjang yang kita tahu, pemimpin PAS terlalu banyak meluangkan masa dengan berpolitik dan mempolitikkan isu-isu yang tidak menguntungkan rakyat tetapi menguntungkan parti dan pemimpin PR.

Katakanlah 'TAK NAK' kepada PAS....


Akaun bekalan elektrik ditutup, peniaga pasar lama MPKB terpaksa bergelap

KOTA BAHARU: Lebih 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) terpaksa menggunakan lilin atau menutup premis mereka apabila MPKB menutup akaun bekalan elektrik pasar itu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Ab Salim Ahmad berkata, beliau menyedari bekalan elektrik itu terputus sejak kelmarin dan semalam ramai peniaga merungut.

“Kami tidak diberikan notis pemotongan bekalan elektrik oleh MPKB, ini adalah satu tindakan penindasan. Kami juga terpaksa berniaga di dalam gelap dan panas kerana lampu dan kipas tidak dapat berfungsi,” katanya kepada Bernama semalam.

Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kawasan Kota Baharu Zainal Abidin Othman berkata, pihaknya menerima notis penutupan akaun bekalan elektrik bagi Pasar Lama Arked MPKB tengah hari kelmarin.

“Tetapi atas keprihatinan TNB kami melanjutkan tempoh pemotongan sehingga kesemua peniaga menutup kedai mereka lewat malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, TNB tidak perlu mengeluarkan sebarang notis mengenai pemotongan elektrik itu kepada para peniaga kerana MPKB yang bertanggungjawab mengeluarkan notis itu.

Isu para peniaga di Pasar Lama MPKB semakin meruncing sejak mereka menuntut kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji pilihan raya lalu untuk menyediakan lot yang selesa di Bazar Tok Guru, di sini dengan harga RM40,000, sebaliknya keluasan lot kedai di bazar Tok Guru itu tidak seperti dijanjikan dengan harga satu lot kedai RM63,000.

Ab Salim berkata, para peniaga pasar lama MPKB juga tidak menerima sebarang notis bila mereka akan berpindah ke Bazar Tok Guru sedangkan bekalan elektrik telah diputuskan.

“Sehingga kini kerajaan PAS Kelantan tidak maklumkan tarikhnya malah kami tidak diagihkan lagi lot kedai yang mana patut kami terima,” katanya.

Sementara itu, peniaga kain tudung, Aminah Abdul Rahman, 36, berkata, beliau kecewa dan marah dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup memotong bekalan eletrik menyebabkan beliau dan peniaga lain terpaksa bergelap dan kepanasan.

“Setahu saya, tidak pernah berlaku di Malaysia, bekalan eletrik dipotong di pasar yang dikunjungi ramai orang sehingga terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi kedai dan berurus niaga dengan pelanggan,” katanya.

Peniaga kain, Mohamad Yusof Nor Mohamad, 60, pula berkata, beliau menyangka bekalan eletrik terputus sementara waktu, tetapi terkejut selepas mendengar kekecohan yang menyatakan bekalan eletrik sudah dipotong. — Bernama

No comments:

Post a Comment