Friday, June 17, 2011

PENGIKUT BLOG

 
PANAS : TERNYATA KEPUTUSAN KERAJAAN DAP BERNIAT JAHAT....
Ternyata keputusan untuk mengadakan Pilihanraya Masjid bagi memilih Jawatankuasa Kariah Masjid oleh Malik Kasim dan DAP tidak mendatangkan keuntungan pada umat Islam di Pulau Pinang. Niat jahat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam di Pulau Pinang tidak menjadi apabila Yang Di Pertuan Agung tidak bersetuju dengan Pilihanraya ini dan sekaligus membatalkan niat Kerajaan DAP ini.

Apa pula komen si Malik pencacai ni setelah usahanya untuk memecahbelahkan orang Islam di Pulau Pinang gagal...tunggu...

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pilihan raya dibatalkan.

Menurut Berita Harian Online, perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria

Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini.
Sebelum ini, Bernama melaporkan seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


No comments:

Post a Comment