Friday, June 10, 2011

Isu Negara Berkebajikan: Golongan Muda Semakin Takut dan Menjauhi Parti Melayu PAS


Retorik negara berkebajikan yang dah muda dimainkan oleh Parti Melayu PAS, bukan sahaja menyebabkan China DAP bertepuk tangan, malah menjadi bahan ketawa anak-anak muda kita.

Rakyat Malaysia bersama UMNO-BN sudah lama beramal dengannya dan sangat berjaya.

Oleh sebab dah berjanji dengan slogan "Pas Ganti UMNO", maka Pas terpaksalah menggunapakai kejayaan-kejayaan yang terbukti berjaya dilaksanakan oleh UMNO selama ini.

Sebelum ini Parti Melayu PAS sibuk menjaja negara Islam dan pelaksanaan hudud. Setelah ditolak, mereka kehilangan arahtuju dan tenggelam punca lalu berkiblatkan agenda DAP dan Nuar Berahim.

Ahli-ahli dan pengikut PAS ikut terkejut apabila tiba-tiba PAS tak tentu pasal cuba menyibuk dengan slogan "Memperkasakan Ekonomi Melayu". Sedangkan mereka bersungguh-sungguh mengharamkan perkataan "Melayu" dalam perjuangan PAS.

Sekarang PAS beralih pula kepada slogan "negara berkebajikan" setelah menghapuskan "negara Islam" tanpa melangkah mayat Karpal Singh.

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda. 
Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.....(SUMBER: harakahdaily
Agenda Negara Berkebajikan PAS nampaknya cuba memikat golongan muda dengan menjanjikan mereka mendapatkan rumah dan biasiswa.
PAS juga dikatakan akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka selaras dengan tuntutan Islam.
Dalam perancangannya juga PAS akan memperuntukkan quota 40% kepimpinan kepada anak-anak muda dalam pilihanraya.

Inilah antara agenda kelamkabut Parti Melayu PAS yang kini menjadi bahan ketawa anak-anak muda kita. Sebabnya kerana anak-anak muda ini sudah sememangnya hidup dalam negara yang berkebajikan

No comments:

Post a Comment