Tuesday, May 31, 2011

Senarai AJK Pilihan Nik Aziz Sudah Terbongkar & Setiausaha Agung PAS 'Berbulu' Dengan Mat Sabu ???



Berikut senarai AJK PAS yang MUNGKIN bakal menjadi senarai yang akan diterbitkan oleh Harakahdaily selepas pemilihan selesai 7 Jun 2011 tidak lama lagi. Ia dikatakan pro kepada kem Nik Aziz dan tidak 'mesra' Hj Hadi.

Bagi orang yang sukakan Perpaduan mereka lebih suka Nasharuddin Mat Isa kekal menjadi Timbalan Hj Hadi. Maka tidak peliklah jika masing-masing mempertahankan Ustaz Nasha ( panggilan manja ) dari Mat Sabu atau Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru sahaja muncul 'memecahkan ' undi.

Sebentar tadi Panglima menerima satu emel dari sahabat siber tentang senarai yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. 'Cai' ini nampak seperti logik pada pandangan akal penganalisa politik tanah air tetapi akhir sekali hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sila semak senarai di bawah ini. Terima kasih !


Timbalan Presiden : 

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden : 

Yb Salahudin Ayub
Yb Nik Amar 
Ust Idris Ahmad

Ajk PAS Pusat :

1] Ust Abu Bakar Cik
2] Yb Abdul Wahid Endut
3] Wan Hasrina Wan Hasan
4] Ust Nik Abduh
5] Ust Abd Ghani Shamsudin
6] Yb Khalil Idham Lim
7] Ust Zawawi
8] Dr Mahfudz Mohamad
9] Yb Dr Hasan Ali
10] Yb Ust Salleh Man
11] Yb Fakhrulrazi Zawawi
12] Zulkifli Mohd omar
13] Ust Misbahul Munir Masduki


Dalam hal lain berkaitan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Taib secara 'sinis' telah menyindir calon yang menggunakan facebook secara berlebihan akan kalah. Dalam kenyataannya di Blog Free Malaysia Today :


“Dalam budaya PAS masing-masing sudah tahu etika kempen. Perwakilan kenal pemimpin dari segi potensi. Dari pengalaman lepas sesiapa yang kempen secara berlebihan tidak akan menang.

“Etika PAS tidak boleh minta jawatan kerana ia akan disalah-ertikan. Jika ada yang guna laman web untuk berkempen…..itu pengikut-pengikut yang lakukan kerana pemimpin sendiri saya tahu mereka tidak akan berkempen,” katanya.

Media melaporkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS kini giat berkempen melalui facebook dengan menggunakan nama ‘Kelab Mohamad Sabu Dot Com’.




Senarai terkini calon-calon pemilihan PAS :



Presiden :
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Menang tanpa bertanding

Timbalan Presiden :
1. YB Tuan Haji Nasharudin Mat Isa - Penyandang
    Ahli Parlimen Bachok

2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
    Naib Presiden PAS

3. Tuan Haji Mohamad Sabu
    AJK Pas Pusat

Naib Presiden
1. YB Datuk Mahfuz Omar - Penyandang
    Ahli Parlimen Pokok Sena
           
2. YB Salahuddin Ayub - Penyandang
    Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. YB Datuk Husam Musa
    Exco Kerajaan Negeri Kelantan

4. YB Datuk Nik Mohd Amar Abdullah
    Exco Kerajaan Negeri Kelantan

5. Tuan Haji Idris Ahmad
    Ketua Penerangan Pas Pusat

6. YB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
    AJK Pas Pusat

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP)

Ketua:
Nasrudin Hassan – Menang tanpa bertanding

Naib Ketua
1. Azman Shafawi
2. Mohd Firdaus Jaafar
3. Nik Abduh Nik Aziz
4. Suhaizan Kaiat

Dewan Muslimat Pas Pusat

Ketua:
1. Nuridah Salleh - Penyandang
2. YB Siti Zailah Mohd Yusof -Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas

Timbalan :
1. YB Dr Siti Mariah Mahmud
2. Wan Hasrina Wan Hassan

Monday, May 30, 2011

Bahaya DAP kepada kedaulatan dan perlembagaan negara


DARI MEJA IBM :


Sebuah buku bertajuk "Singapura Basis Isreal Asia Tenggara."

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.
DAP Jadikan Singapura Sebagai Contoh Dan Tempat Rujuk

Sebuah buku bertajuk "Singapura Basis Isreal Asia Tenggara," karangan Rizki Ridyasmara, penulisnya menyebut bahawa Singapura sebenarnya di asaskan oleh Yahudi.

Menurut analisis penulis buku itu bahawa pembuka Singapura yang menurut catatan sejarah oleh British ialah Sir Thomas Stemford Raffles. Raffles seorang Yahudi, ayahnya bernama Benjamin Raffles, seorang kapten Kapal.

Pada tahun 1879, total penduduk Yahudi di Singapura tercatat sebanyak 172 orang, terdiri dari 116 kaum lelaki dan 56 perempuan. Tahun 1939 jumlah Yahudi di Singapura meningkat kepada lebih 1,500 orang.


Aktiviti Yahudi Singapura

Sebelum Isreal membuka kedutaan besarnya di Singapura tahun 1968, pada tahun 1955, seorang putera Yahudi Sephardim asal Irak, David Saul Marshall berhasil terpilih sebagai Perdana Menteri Singapura. Naiknya Maeshall bukanlah sesuatu yang terjadi tiba-tiba, bagai sulapan anak kecil, tapi sudah dirancanakan dengan matang oleh jaringan Yahudi yang memang banyak berkeliaran di Singapura.

Sebab itu, tidak hairan jika Lee Kuan Yew beserta Menteri Parlimennya, Goh Keng Swee, menunjuk Israel sebagai pihak yang harus diajak secara aktif dalam membangun Singapura secara keseluruhan, terutama dalam bidang pertahanan keamanan dan ekonomi. Permintaan Singapura agar Israel turun tangan, langsung disambut hangat Tel Aviv.

Sejak itulah, baik dengan terus terang atau pun secara sembunyi-sembunyi, Singapura dan Isreal selalu bersama-sama bahu-membahu, dalam mengkonstruksi negara pulau yang dulunya bernama Tumasik ini. Setelah merdeka, Singapura segera meminta Isreal agar membantu negeri itu untuk membangun angkatan perang, sistem pertahanan dan keamanan, serta jaringan intelijennya di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Menteri Pertahanan merangkap Menteri kewangan, Goh Keng Swee secara intensif mengotak Isreal untuk keperluannya ini. Singapura memang 100% menggunakan jasa pakar kententeraan dari Zionis-Isreal.

Bekas Perdana Menteri Singapura itu, Lee Kuan Yew dalam biografinya pernah menulis bahawa Isreal jauh lebi hebat dan efektif dibanding dengan Amerika. Demekianlah sekilas tentang latarbelakang negara Singapura.

Singapura secara langsung sekarang ini telah menjadi tempat rujuk DAPig. Sebab itu sebaik sahaja membentuk Dewan Undangan Negeri Selangor, Kerajaan Selangor yang didalangi oleh DAPig telah membawa rombongan para ahli exconya melawat Singapura.

Kesimpulanya, sebagai orang melayu, kita haruslah bersedia bagi menghadapi apa jua rintangan dari DAPig yang akan mengugat kedudukan orang-orang melayu di negara yang kita cintai ini. Memang DAP telah menampakkan bahawa betapa bahayanya politik mereka dan DAP akan terus memperkudakan PAS dan PKR bagi tujuan politik mereka.
PAS BERKERJASAMA DENGAN DAP UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN ISLAM MALAYSIA. INI MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DUDUK BERSAMA SYAITAN.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. DUDUK BERSAMA SYAITAN?

[VIDEO] LADANG RAKYAT ATAU LADANG KRONI?? INI SUARA KETIDAKPUASAN HATI RAKYAT!!



video di atas memaparkan ketidakpuasan hati seorang penduduk kampung batu 11, gua musang bila tanah beberapa orang penduduk kampung yang dijanjikan geran di dalam projek ladang rakyat PAS tidak mendapat hak mereka. adakah hak penduduk tempatan sudah dirampas oleh kroni2 PAS yang diangkut dari luar kawasan lagi?

penduduk ini memberi amaran 400 ekar tanah di kampung tersebut tidak akan lagi diserahkan kepada kerajaan PAS kelantan untuk meneruskan projek ladang rakyat walaupun harus dipertahankan dengan pertumpahan darah!

gua dalam pembikinan untuk artikel lengkap mengenai kepincangan dan tipu-helah PAS berkaitan ladang rakyat di kelantan.

BILAKAH  MUNCULNYA KEBENARAN


MENTERI Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tampil sebagai 'wira' untuk membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru di Sungai Buloh, kelmarin, Nik Abdul Aziz yang berucap di satu majlis menasihatkan pihak yang dianggap memfitnah Anwar tampil memohon maaf. ''Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.''

Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa. Demikianlah hebatnya 'ketaksuban' Nik Abdul Aziz mempertahankan Anwar. Bagi Menteri Besar Kelantan itu apa pun orang kata tentang Anwar semuanya fitnah, konspirasi dan mainan politik semata-mata.

Orang seperti Nik Abdul Aziz seolah-olah tidak mahu lagi mendengar hujah pihak lain sebaliknya hanya percaya kepada kata-kata Anwar sahaja. Persoalannya sejak bila pula, Nik Abdul Aziz begitu mengambil berat soal fitnah ini, apakah hanya kerana melibatkan Anwar atau mana-mana pemimpin pembangkang, ia dianggap fitnah tetapi kalau melibatkan pemimpin UMNO atau BN, itu dianggap satu kebenaran?

Kenapa Nik Abdul Aziz tidak bersuara apabila pelbagai fitnah dilemparkan oleh pembangkang termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Ini belum lagi mengambil kira bagaimana tindakan yang sama pernah dilakukan ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga dengan pelbagai tuduhan pembangkang kepada kerajaan BN dan pemimpin UMNO yang sebahagian besarnya menjurus kepada fitnah tetapi Nik Abdul Aziz hanya senyap sahaja. Kepentingan politik telah menguasai pemikiran Nik Abdul Aziz sehinggakan beliau hanya akan mengeluarkan hujah-hujah berlandaskan al-Quran dan hadis jika sesuatu isu itu melibatkan kepentingan pembangkang.

Kalau benar Nik Abdul Aziz begitu percaya bahawa Anwar difitnah, kenapakah beliau tidak membantu ketua pembangkang itu untuk membersihkan namanya dengan menggunakan apa juga cara? Anwar bukannya tidak diberi ruang untuk berbuat demikian, tetapi semuanya ditolak bulat-bulat manakala Nik Abdul Aziz sendiri menolak semua hujah biarpun dari semasa ke semasa kebenaran semakin tidak menyebelahi Ketua pembangkang tersebut.
Hujah Nik Abdul Aziz bahawa Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam juga boleh dianggap sesuatu melucukan dan hanya kenyataan politik semata-mata.

Ia disebabkan tindak tanduk Anwar selama ini termasuklah berhadapan dengan dua tuduhan liwat tidak melayakkan beliau mendapat pengiktirafan seumpama itu. Apatah lagi Anwar sendiri lebih mengutamakan persahabatan dengan DAP berbanding Pas, sebab itulah suatu ketika Anwar secara terbuka berkata, pembangkang sepakat bahawa isu perjuangan negara Islam tiada agenda mereka.

Malahan Anwar juga baru-baru ini menyinggung perasaan Pas apabila menyatakan bahawa parti itu memahami bahawa golongan gay dan lesbian harus diberi layanan sama seperti warga lain. Semua fakta ini tidak dinilai oleh Nik Abdul Aziz, sebaliknya beliau bermati-matian mempertahankan Anwar sehingga keadaan itu turut merimaskan sesetengah ahli-ahli Pas.

Malahan ada antara mereka pernah mengesyorkan kepada penulis supaya jangan melaporkan apa juga kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz. Ia kerana pada pandangan mereka, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada Pas. Begitulah juga dalam isu Anwar ini, Nik Abdul Aziz seolah-olah begitu teruja membela beliau biarpun semakin ramai ahli Pas meragui keikhlasan Anwar.
Tetapi Nik Abdul Aziz seperti biasa tidak akan mempedulikan apa pandangan orang lain, selagi ada kesempatan untuk membela Anwar, maka beliau akan berbuat demikian.

Mungkin Menteri Besar Kelantan itu sendiri tidak yakin bahawa ada orang lain yang boleh memimpin pembangkang selain Anwar. Oleh itu, beliau terus berusaha untuk memastikan kredibiliti Anwar tidak terjejas biarpun ketua pembangkang itu semakin banyak berhadapan dengan isu-isu berkaitan dengan moral.

Keadaan itu menggembirakan Anwar dan juga pemimpin pembangkang lain kerana mereka tahu apa pun yang dilakukan pasti ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka. Kesudahannya, walaupun ada pemimpin Pas yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara termasuklah dalam isu melibatkan Anwar mereka tidak akan berkata-kata apa-apa kerana bimbang bertentangan pendapat dengan Nik Abdul Aziz.

Sebenarnya, tindakan Nik Abdul Aziz meletakkan Pas di dalam bahaya kerana jika siasatan polis selepas ini tidak memihak kepada Anwar ia boleh memberikan kesan buruk kepada politik Pas. Ia kerana sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membawa suara Pas, oleh itu sudah pastilah apa yang beliau katakan akan dianggap pendirian Pas.

Jika itu berlaku, Pas akan terus ditolak oleh rakyat seperti mana berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menunjukkan pengundi-pengundi atas pagar semakin meninggalkan Pas. Semua itu berlaku kerana mereka melihat Pas tidak konsisten dalam mempertegaskan sesuatu isu dan ia menjadi betapa buruk apabila seolah-olah tidak ada sesiapa pun di dalam parti berkenaan yang berani menegur keterlanjuran dan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz.
Malahan sebelum ini disebabkan tindak-tanduk Nik Abdul Aziz, ada pihak yang mendakwa kemerosotan pengaruh Pas adalah disebabkan oleh beliau.

Sememangnya kita tidak boleh menyatakan sejauh manakah dakwaan itu benar, tetapi kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz sememangnya kadang kala boleh 'memudaratkan imej' Pas sebagai parti Islam. Atas sebab itulah, ada pihak di dalam Pas sendiri yang menaruh harapan agar ada perwakilan di dalam muktamar tahunan parti itu pada Jumaat ini akan menegur secara berhemah sikap Mursyidul Am tersebut.

''Teguran bukanlah dengan bahasa yang kesat atau kasar tetapi berlapik dan berhemah. Kita mahu sampaikan mesej kepada beliau bahawa tindakan-tindakannya banyak meresahkan ahli-ahli Pas di peringkat umbi,'' kata seorang ahli Pas ketika berbual-bual dengan penulis. Kita tidak pasti sama ada perwakilan Pas mempunyai keberanian itu atau tidak, biarpun sebelum ini pemimpin mereka mendakwa perwakilan bebas bercakap apa sahaja isu.

Tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa imej Pas semakin tergugat kerana kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz.
Adalah lebih baik jika Menteri Besar Kelantan itu menumpukan perhatian sebagai mursyidul am yang menasihatkan parti dalam sesuatu isu dan bukannya melakukan tindakan politik yang dilihat seolah-olah di dalam Pas ada 'dua Presiden''. - Utusan
Kes liwat di Maahad Tahfiz Kuala Krai mungkinkan buktinya? Hanya Allah saja yang tahu.
 
KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya mengadu sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia di liwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.


Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.


Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan adik beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia di liwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira 12 tengah malam, 10 Mei lalu.


"Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.


"Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberi tahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja'apar mengesahkan menerima laporan. Katanya kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sunday, May 29, 2011

DULU BUANG TONG SAMPAH, BAKAR - SEKARANG GUNA UTUSAN MALAYSIA?

Mingguan Malaysia Hari Ini Jadi Suara Pas

Mingguan Malaysia hari ini memperuntukkan hampir satu muka surat akhbar mereka untuk wawancara bersama dengan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Nasruddin Hassan menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh Utusan untuk bercakap tentang pemilihan Pas.

Selama ini akhbar itu dikutuk, dicaci, diboikot dan sebagainya oleh juak-juak Pas, PKR dan DAP tetapi apabila diberi kesempatan mereka sapu juga. Itulah Pas...

Saya berpendapat sepatutnya Utusan tidak perlu memberi ruang yang sebegitu banyak kepada Pas dalam akhbar mereka kerana akhbar itu sering dilabelkan dengan pelbagai gelaran buruk dan sering dimomokkan sebagai suara Umno.

Jika anda telah dilabelkan sebagai suara Umno apa gunanya anda beri Pas bersuara dalam akhbar anda ?

Sepatutnya jangan diberi ruang walaupun seinci kepada mereka. Hentam mereka habis-habisan. Buka ms 1 hentam Pas, buka ms 2 Pas, buka ms 3 hentam Pas, buka bahagian ekonomi hentam Pas, buka bahagian sukan hentam Pas, buka sisipan Pancaindera pun hentam Pas. Itulah sepatutnya dilakukan oleh Utusan , bukannya beri ruang hampir 1 muka surat untuk mereka bercerita pasal parti mereka.

Utusan kena ingat, selama ini siapa yang caci maki Utusan dan siapa yang pertahankan Utusan. Apakah Utusan ingat kami semua tak terasa hati dengan tindakan Utusan hari ini ?

Daripada menyiarkan wawancara seorang pemimpin Pas adalah lebih baik Utusan beri ruang yang hampir satu muka surat itu untuk wawancara pengedar-pengedar akhbar Utusan yang setia daripada dulu hingga kini.

Cukuplah Utusan Malaysia, cukup !

Jangan beri ruang yang istimewa lagi kepada pemimpin-pemimpin Pas dalam akhbar itu. Mereka dah kata akhbar anda tidak boleh dipercayai dan akhbar anda suara Umno, jadi anda kena bertindak lebih Umno dan dari Umno. Buktikan kepada mereka.

BERITA UTUSAN MALAYSIA

Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat

KUALA KRAI 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.
Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.
Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.
Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.
Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang.

Panasss..!!! Senior Tahfiz cuba tiru Anwar, Junior jadi mangsa..?!!!


Memang parah!!! Mungkin kerana terlalu ingin menjadi seperti Anwar Ibrahim, seorang pelajar Tahfiz dikatakan telah meliwat seorang "junior"nya. Nampaknya, perangai "mulia" oleh pemimpin "anugerah Tuhan" itu semakin hebat menular dan diperkembangkan hingga ke maahad tahfiz! Kat Kelantan pulak tu..!!!

Memang teruk pengaruh yang Anwar berikan kepada anak-anak bangsa. Anak-anak yang dihantar ke maahad Tahfiz pun terikut-ikut dengan tabiaat buruk Ketua Pembangkang itu. Harapnya anak-anak Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfuz, Salahudin Ayub dan Nasrudin Tantawi tak terpengaruh dengan tabiat Anwar itu.

Justeru itu, saya minta pada ibubapa semua, pantaulah kegiatan anak-anak anda semua dari dipengaruhi tabiat buruk Anwar ini. Seperkara lagi, jangan biarkan anak-anak anda dilihat Anwar, apatah lagi menemuinya...bahaya!!!
"KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan."

Sunday, May 29, 2011

Mesti Baca Kupasan Menarik Kenapa Pimpinan PAS Sanggup Menjadi Pencacai Tukang Basuh Berak Karpal Singh & Kit Siang..... Sungguh Menyayat Hati!!

‘‘Kemunculan Pas dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ia kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (Pas) pada 24 November 1951.’’

Bagaimanapun sekarang ini sudah ada kebimbangan bahawa Pas kini bukanlah Pas dahulu, Pas sekarang dilihat semakin tenggelam dengan perjuangan Islamnya dan paling meresahkan sudah ada percaturan politik pihak luar bagi menentukan barisan kepimpinan parti tersebut.

Apa yang paling ketara berbanding pemilihan-pemilihan parti sebelum ini, suara yang kononnya mahu menjadikan Pas lebih progresif semakin lantang.

Dalam keghairahan itu, kelompok kepimpinan ulama menjadi sasaran untuk dijatuhkan dan ia semakin ‘mengerikan’ apabila percaturan turut melibatkan langkah memperluaskan ‘jajahan pengaruh politik’ pemimpin di luar Pas. Ini jelas apabila wujudnya apa yang dipanggil ‘Anwarinas’ - iaitu satu kumpulan di dalam Pas yang pro kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kelompok ini akan menterjemahkan apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama...., dan kelompok ini juga jika difikirkan secara tidak langsung sudah banyak membawa keburukan kepada Pas sejak parti tersebut bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Mereka ini tidak lagi mementingkan perjuangan apatah lagi idealisme Pas sebaliknya lebih menitik beratkan bagaimana hendak berkuasa sahaja. Sebab itulah apabila berhadapan dengan isu-isu politik tertentu, pemimpin-pemimpin ini akan dilihat menyebelahi Anwar, PKR dan DAP tanpa mempertimbangkan lebih dahulu kesannya kepada Pas.

Kesudahannya, Pas dilihat hanya menjadi kuda tunggangan kepada kedua-dua parti tersebut dan sekali gus mencemarkan kepimpinan ulama dalam Pas...!! Jadi tukang basuh berak Lim Kit Siang....

Punca kepada semua sikap tidak konsisten Pas adalah berpunca daripada mainan kumpulan pro Anwar di dalam parti itu yang bukannya menyebarkan semangat ukhuwah Islamiah sebaliknya meletakkan keuntungan politik mengatasi segala-galanya.

Saturday, May 28, 2011

PILIHANRAYA BULAN DEPAN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata semua pemimpin parti akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). “Simulasi (pilihan raya olok-olok) kita akan buat mengikut jadual pada pertengahan tahun ini. Itu (dibuat) berterusan dan akan ditingkatkan dalam usaha kita ke arah PRU-13,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, semalam. Najib bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bagi melaksanakan simulasi berkenaan. Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menekankan semua pemimpin parti utamakan kepentingan rakyat daripada kejar jawatan dalam parti.

BACA SAMPAI HABIS DAN FIKIRKANLAH WAHAI AHLUL PAS

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut.  Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-