Thursday, May 26, 2011

PAS MEROYANG

Harga Minyak Tak Naik, Pembangkang Plak Yang Naik Minyak

Harga Minyak Tak Naik, Pembangkang Plak Yang Naik Minyak'
Akibat tindakan kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan terus menanggung subsidi, pihak pembangkang plak yang NAIK MINYAK sebab niat untuk menggunakan isu minyak naik tertangguh…
Puak-puak pembangkang ini bagaikan hilang kata-kata dan cuba mengalihkan tumpuan rakyat dengan mengatakan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga bahan bakar itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum
Malah ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan takut kepada pembangkang….
Banganglah depa nie…. Kerajaan faham masalah rakyat malah dengan slogan `Membela Rakyat’ dan `Rakyat Didahulukan’, kerajaan kini akan memahami dulu masalah rakyat sebelum mengambil sebarang keputusan yang boleh mendukacitakan rakyat ….
Dalam portal UMNO-Online, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Norhayati Onn menyifatkan apa yang dilakukan oleh pembangkang itu membuktikan bahawa mereka cuba mengalihkan tumpuan rakyat dengan menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.
“Sebelum ini mereka mengatakan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi terhadap barangan keperluan untuk alih beban defisit fiskal negara kepada rakyat, tapi bila harga bahan bakar tak naikkan mereka beri alasan lain pula. Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, mereka dengan sengaja menjadikan sesuatu isu itu sebagai modal politik, mereka cuba nak alihkan tumpuan rakyat terhadap mereka, terutamanya Pas yang kini menghadapi pemilihan pucuk kepimpinan parti tidak lama lagi,” katanya kepada UMNO-online.
Semalam, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG kertika ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti pada mesyuarat mingguan Kabinet.
Apa yang dilakukan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang ditanggung oleh rakyat jika berlakunya kenaikkan harga bahan bakar kerana ia menyebabkan harga barangan lain juga akan meningkat.
“Sepatutnya pembangkang berterima kasih dengan keputusan kerajaan itu, apa yang dibuat adalah untuk rakyat, malah pembangkang juga turut menikmati apa yang diputuskan oleh kerajaan. Kepada pemimpin pembangkang, saya nasihatkan mereka supaya lebih bertanggungjawab dalam membicarakan sesuatu isu terutam apabila membabitkan kebajikan rakyat, jangan semua perkara dijadikan agenda politik sempit mereka,”.

No comments:

Post a Comment