Thursday, May 26, 2011

TAHNIAH DARUK SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA JADI ASKAR !

Salam 1 Malaysia, 



Artis nombor 1 Negara akan sertai Askar Wataniah !!! Cayalah !!! Tabik spring pada Datuk Siti Nurhaliza kerana menyahut seruan untuk bersama selama 39jam bagi menjalani latihan askar wataniah !!!

Teringat pula, dulu, Datuk Siti Nurhaliza ini ada keinginan nak jadi polis. Sekarang mendapat tawaran sertai Askar Wataniah pula dan beliau turut serta dengan keizinan suaminya. Atleast, merasa jugaklah Datuk Siti Nurhaliza menjadi salah seorang anggota unit beruniform walaupun bukan polis seperti cita-citanya dahulu.

So di luar sana, kalau Datuk Siti pun boleh jadi Askar Wataniah, mengapa tidak you alls yang jantan2 tu kan ??? Ayuh, sertailah Askar wataniah !!!

Ini adalah salah satu program untuk menggalakkan anak muda yang sihat2 tubuh badan di luar sana untuk menjadi salah seorang anggota askar wataniah !!!

Berikut laporan daripada Utusan :


KUALA LUMPUR 26 Mei - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah dalam satu platun yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Siti Nurhaliza telah mendapat persetujuan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menjalani latihan bagi tempoh 39 jam.

Beliau menjangkakan platun yang disertai Siti Nurhaliza akan mula menjalani latihan sebelum Ramadan ini.
"Selebriti ini akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai orang menyertai Askar Wataniah dan memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara," katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, selain Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut berminat untuk menyertai platun selebriti itu.
Katanya, beliau juga akan cuba mengajak beberapa artis termasuk pelakon lelaki di bawah umur 35 tahun untuk menyertai Askar Wataniah.

"Bagi artis yang berminat, mereka boleh menghubungi Markas Tentera Darat kerana kita masih membuat formaliti mengenai perkara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment