Saya tertarik usaha yang dilakukan oleh penduduk Pekan baru,Riau seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada 29 April 2011‘Istighozah satukan umat’. UMNO harus melakukan sesuatu di luar dari kebiasaan.
UMNO sudah berusaha tetapi sebenarnya masih gagal mengubah persepsi buruk yang ditanamkan pembangkang kepada sebahagian besar orang Melayu melalui ceramah dan juga usaha keras DAP terhadap kaum Cina juga semakin termakan. Jasa UMNO tidak dihiraukan lagi oleh mereka yang pernah menikmati kemakmuran dan kejayaan ekonomi. Sikap toleransi UMNO dan kesediaan ‘mengalah’ dengan memberikan banyak ‘kerusi’ juga sudah tidak dihargai. Jika dahulu ‘kafir zimmi’ menghormati UMNO dan pemerintah Islam di negara kita, tetapi kini golongan ini semakin ramai menjadi ‘kafir harbi’ yang sedang berusaha menghancurkan kekuatan syiar Islam di negara kita.
Keadaan politik negara ini semakin bercelaru dan mencemaskan, Cuba kita bayangkan, dalam keadaan yang penuh keraguan, bukti yang terlalu nyata dan pelbagai fitnah dan persepi buruk yang dilakukan oleh pembangkang di dalam negara ini, mereka masih tetap mampu mempengaruhi rakyat menyokong mereka. Semua fakta dan hakikat kebenaran sangat mudah dipesongkan dan segelintir rakyat pula masih percaya. Jangan kita terlupa bagaimana pembangkang mengaibkan, mencerca, menfitnah kepimpinan negara tanpa bukti dan tuduhan semberono selama bertahun-tahun. Malah ianya sangat berhasil menyakinkan segelintir penyokong mereka yang fanatik. Tetapi apabila hal ini ‘berbalik’ dan hukuman Allah SWT kembali kepada orang yang mencerca tersebut, pelbagai dalih dan alasan diberikan untuk menutup keaiban yang dilakukan secara terang dan nyata. Gambaran ini pernah disabda oleh Nabi SAW, “Sesiapa yang suka mencari-cari dan mendedahkan aib saudara seIslamnya, nanti Allah akan balas balik dengan cara membongkar aib dan keburukannya di dunia ini, walaupun dilakukan di dalam rumah dan bilik yang tersembunyi’. (riwayat Abu Daud)
Kerajaan dan Parti UMNO sebenarnya menjadi mangsa kezaliman puak-puak fantik yang keterlaluan. Mereka dihalangi oleh nafsu amarah yang semakin berleluasa akibat bisikan syaitan laknatullah. Segala pendedahan atau penjelasan dianggap konspirasi. Malah tahap fanatik kumpulan pembangkang kita semakin tidak waras dan menuju satu tahap jumud yang sudah tidak dapat dibayangkan. Buatlah program penerangan atau dedahkanlah video apa pun, mereka mempunyai jawapan balas yang ‘terlalu bodoh’ dan ‘dangkal’. Malah golongan agama dalam PAS pun telah ‘dibutakan’ mata hati mereka untuk mengakui kebenaran. Firman Allah SWT, “Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain mengikut persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah an-Najm 53;28)
Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Jalan ke arah itu perlu dan wajib diusahakan secara berjamaah. UMNO parti yang sangat berjasa tetapi sengaja dijadikan mangsa. Hanya Allah SWT Yang Menghendaki untuk membuka taufik dan hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNYA. Masanya sudah tiba agar UMNO berserah dan bermunajat dengan penganjuran progam yang berbentuk Islamik dan menyeluruh.. Firman Allah “Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu secara langsung” (Surah al Bacaráh ayat 282)
Saya terlalu yakin, jika usaha memohon dengan penuh tawadduk dan kesungguhan ini dilakukan pasti bantuan Allah SWT akan lebih cepat menyelamatkan rakyat dan negara dari ‘kegelapan dan gerhana politik’ di negara ini. Sebagai manusia, janganlah kita terlalu sombong dan bangga dengan kekuatan jentera penerangan UMNO dan melupai kekuatanNYA yang Maha Luarbiasa.
Semoga kepimpinan agama dan alim ulama dapat melaksanakan kaedah ini sebagai satu usaha dan jalan terakhir secara besar-besaran. Adalah wajar Negeri Johor yang pernah menjadi sejarah penubuhan UMNO menjadi tapak perlaksanaan program ini moga-moga mendapat pertolongan Allah SWT dan menyatukan semua umat Islam dibawah payung UMNO.
No comments:
Post a Comment