Sunday, May 8, 2011

TELITI UCAPAN TUN DR.MAHATHIR


Ternyata ucapan Tun M masih lagi bertenaga, "padat berisi" dan tajam. Ucapannya kali ini lebih berkisar mengenai perpaduan umat Melayu Islam dan hala tuju UMNO sebagai sebuah parti politik. Cukup menarik!
Menurut Tun M, beliau baru pulang dari mesyuarat tahunan MUBARAK di Sabah. Dalam mesyuarat tersebut beliau ditanya apakah sebab Melayu berpecah dan bagaimana mahu menyatukan Melayu semula?

Menurut Tun M, sebelum merdeka, negeri-negeri Melayu belum lagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan berpecah. British telah mengambil kesempatan ini untuk mengamalkan sistem "pecah dan perintah" di mana mereka telah menubuhkan Malayan Union yang bakal ditadbir oleh Kerajaan British.

Gagasan itu telah ditentang oleh beberapa tokoh Melayu dari seluruh Malaysia. Ketika itu tokoh-tokoh berkenaan tidaklah kaya dan terlalu tinggi pelajarannya hingga ke peringkat PHD. Namun, atas kesedaran diri, sayangkan Islam, Bangsa dan Tanahair (Alif Ba Ta), maka Melayu berjaya disatukan dan berjuang bersama menentang Malayan Union.

Maka tertubuhlah UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada 1946. Di kalangan tokoh-tokoh UMNO ini, ramai yang terpilih untuk menganggotai "legislative coucil" dan mereka ini menerima gelaran "Yang Berhormat" atau "The Honourable", elaun bulanan, elaun beli kenderaan dan sebagainya.

Namun malangnya, perlantikan dan beberapa keistimewaan yang diterima oleh tokoh-tokoh itu tidak disenangi dan dicemburui oleh segelintir tokoh Melayu lain. Golongan ini tidak terpilih ekoran tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan tidak berpelajaran secara formal. Kebanyakkannya ialah ustaz-ustaz lepasan sekolah pondok dan bekas pelajar dari timur tengah.

Golongan ini telah berpakat untuk bertanding merebut pucuk pimpinan UMNO untuk membolehkan mereka turut dipilih sebagai "legislative council". Mereka tewas. Akibat gagal mendapat apa yang mereka hajati, mereka bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS. Itulah detik pertama pepecahan Melayu.
Menurut golongan "kecewa" itu, mereka keluar dari UMNO kerana parti itu tidak Islamik dan bersekongkol dengan kafir. Walhal, mereka sedikit pun tidak mengaku bahawa mereka kecewa kerana gagal mendapat kuasa jawatan yang kemudiannya akan memberikan elaun bulanan, gelaran "YB" dan sebagainya.

PAS tidak mendapat sokongan kuat dari orang Melayu Muslim ketika itu. Pada pilihanraya tahun 1955, UMNO dan Perikatan telah berjaya memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. PAS hanya menang 1 kerusi di Gunung Semanggol. Tak ubah seperti PKR di Permatang Pauh sebelum ini.

Jelas Tun M, menurut fakta tersebut, MELAYU BERPECAH KERANA WANG RINGGIT, JAWATAN dan KEBENDAAN. Itu faktanya. Itu yang terjadi pada UMNO dan pepecahan umat Melayu Muslim pada peringkat awalnya.

Dan kini, Melayu semakin berpecah. Mengapa? Menurut Tun M, UMNO mesti bermuhasabah diri kerana amalan parti itulah antara faktor terbesar yang menyumbang kepada pepecahan umat Islam Melayu.
Kini, menurut Tun M, ada segelintir pemimpin UMNO yang berjuang untuk diri sendiri, anak dan "menantu"! Jika anak muda diajak menyertai UMNO, mereka akan bertanya, "apa yang UMNO akan bagi kalau kami masuk UMNO?". Pemimpin mengejar AP, projek-projek, dan habuan politik! UMNO dikotorkan oleh golongan ini!!!

Sebab itulah semakin ramai Melayu hilang kepercayaan pada UMNO. Melayu tidak hilang kepercayaan kerana "liwat", "video seks" dan "Omega". Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO kerana sikap segelintir pemimpinnya yang tak berguna itu!

Justeru itu, Tun M memberikan sedikit formula berguna untuk UMNO memperbaiki keadaannya. Tun M berkata, Melayu mesti kembali kepada perjuangan "Alif Ba Ta", perjuangan asal UMNO iaitu perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair sebagaimana semangat yang diperolehi ketika tahu 1946 dahulu!

"Lupakan dan ketepikan segala kepentingan diri. Tujuan UMNO ditubuhkan ialah menyatukan Melayu, bukannya sebab nak dapatkan AP, projek dan habuan sana sini!" katanya sinis!

Tidak mustahil untuk UMNO berubah dan bertransformasi kembali kepada perjuangan asal parti. UMNO pernah membuktikan dahulu bahawa UMNO berjaya menyatukan semua. Takkanlah di zaman moden teknologi canggih dan maju ini UMNO tak mampu lakukan?

Tun M menggesa agar pihak pucuk pimpinan BN hanya memilih calon yang palin bermutu, tidak korup, tidak mementingkan diri, tidak cari projek, tidak cari AP, bermaruah dan berakhlak sebagai calon pilihanraya BN. Jika BN sudah mempunyai calon-calon sedemikian, rakyat akan kembali yakin, Melayu semakin bersatu, esok pilihanraya pun, sudah gerenti BN akan menang besar..!!!

Demikianlah bunyinya ucapan perasmian Tun M di UMNO Bahagian Cheras. Meskipun Tun M tidak lagi menyampaikan "ucapan dasar Presiden" sebagaimana yang selalu dilakukan sebelum ini, ucapan perasmian persidangan UMNO ini pun cukup membangkitkan semangat saya untuk berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu!

Justeru itu, saya menyeru kepada semua pemimpin UMNO supaya berubah segera atau mereka bakal menerima nasib seperti Pak Lah! Saya lebih sayangkan perjuangan UMNO berbanding pemimpin UMNO yang tidak berguna!

Saya percaya, Datuk Seri Najib seorang yang "celik" untuk membuat keputusan yang terbaik untuk memilih calon BN kali ini. Dan saya mengajak agar semua jentera UMNO dan blogger pro-kerajaan agar kembali bersemangat membina keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

Ayuh semua! Kita bangkit! Gandakan semangat! Double triple effort! Kita hancurkan pakatan pembangkang yang bermaharajalela memfitnah, mengelirukan rakyat dan membuat huru-hara di negara kita ini. Kita bakor ajeee..!!!

No comments:

Post a Comment