Thursday, May 26, 2011

PERLANTIKAN & PENYALAHAGUNA KUASA PMBK

Nik Aziz Kecut Perut Takut Diseret Ke Mahkamah

KOTA BAHRU, 26 Mei - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekusif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Katanya beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kerdebeliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas. 

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul." katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi di hadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PBMK.


Nik Aziz berkata adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.


Beliau berkata siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena mengena dengan dirinya.
 SIAPA LANTIK MENANTU MU, KALU BUKAN MU ?KO GUANO.

No comments:

Post a Comment