ANWAR IBRAHIM SEMAKIN PANIK !!! PANDI KUTTI MENJADI UCAPAN !!!!
ANWAR IBRAHIM SEMAKIN PANIK DAN TERDESAK !!!
Sikap sebenar Penasihat Parti PKR,Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.adakah anda suka bila anda digelar
PANDI KUTTY ???
KLIK UNTUK BESARKAN !!!
Bekas Setiausaha Sulit Anwar,Anuar Shaari berkata,Anwar Ibrahim panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan Anwar Ibrahim yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.
“Justeru,Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya.
UTUSAN melaporkan Pada Sabtu lalu Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah,Klang,Selangor menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu PANDI KUTTY yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar Ibrahim kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.
“Anwar kini semakin terdesak,beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.
“Jadi,amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS,” katanya.
Mengulas perkara sama,Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali berkata,Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai Anak Babi.
“Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun,” katanya.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM),Azwanddin Hamzah pula berkata,Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.
“Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain,” katanya.
Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan,Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PANDI KUTTI tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.
“Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Zulkifli Noordin pula berkata,kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.
“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.
ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT !!!
No comments:
Post a Comment