Sunday, May 29, 2011

DULU BUANG TONG SAMPAH, BAKAR - SEKARANG GUNA UTUSAN MALAYSIA?

Mingguan Malaysia Hari Ini Jadi Suara Pas

Mingguan Malaysia hari ini memperuntukkan hampir satu muka surat akhbar mereka untuk wawancara bersama dengan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Nasruddin Hassan menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh Utusan untuk bercakap tentang pemilihan Pas.

Selama ini akhbar itu dikutuk, dicaci, diboikot dan sebagainya oleh juak-juak Pas, PKR dan DAP tetapi apabila diberi kesempatan mereka sapu juga. Itulah Pas...

Saya berpendapat sepatutnya Utusan tidak perlu memberi ruang yang sebegitu banyak kepada Pas dalam akhbar mereka kerana akhbar itu sering dilabelkan dengan pelbagai gelaran buruk dan sering dimomokkan sebagai suara Umno.

Jika anda telah dilabelkan sebagai suara Umno apa gunanya anda beri Pas bersuara dalam akhbar anda ?

Sepatutnya jangan diberi ruang walaupun seinci kepada mereka. Hentam mereka habis-habisan. Buka ms 1 hentam Pas, buka ms 2 Pas, buka ms 3 hentam Pas, buka bahagian ekonomi hentam Pas, buka bahagian sukan hentam Pas, buka sisipan Pancaindera pun hentam Pas. Itulah sepatutnya dilakukan oleh Utusan , bukannya beri ruang hampir 1 muka surat untuk mereka bercerita pasal parti mereka.

Utusan kena ingat, selama ini siapa yang caci maki Utusan dan siapa yang pertahankan Utusan. Apakah Utusan ingat kami semua tak terasa hati dengan tindakan Utusan hari ini ?

Daripada menyiarkan wawancara seorang pemimpin Pas adalah lebih baik Utusan beri ruang yang hampir satu muka surat itu untuk wawancara pengedar-pengedar akhbar Utusan yang setia daripada dulu hingga kini.

Cukuplah Utusan Malaysia, cukup !

Jangan beri ruang yang istimewa lagi kepada pemimpin-pemimpin Pas dalam akhbar itu. Mereka dah kata akhbar anda tidak boleh dipercayai dan akhbar anda suara Umno, jadi anda kena bertindak lebih Umno dan dari Umno. Buktikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment