Wednesday, May 25, 2011

 


Arak: Ustaz Taib Azamuddin Pukul Anak Sindir Menantu

Ahli Parlimen Baling merangkap AJK Pas Pusat yang tewas dua kali beturut-turut dalam pertandingan merebut jawatan dalam Pas di Baling membuat kenyataan dua hari lepas mengatakan Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam kerana menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia. Lihat di sini

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas ingatan yang beliau berikan. Saya sebenarnya masih ada rasa hormat kepada beliau dan saya tak berniat untuk menghentam atau melanyak dia. Tak baik kita lanyak ustaz, tambahan pula jika ustaz itu ustaz Pas , nanti kita tak cium bau syurga.

Saya sendiri pun terkejut dengan perkara tersebut. Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh WHO. Sini

Perkara ini mula menjadi perhatian apabila negara kita termasuk dalam carta Top 10. Jika tidak termasuk saya rasa benda ini tidak kecoh pun. Tahun-tahun sebelum ini tidak pernah pula kita mendengar perkara ini. Jika kita tidak pernah dengar, maknanya kita tidak pernah masuk Top 10.

Kenapa tiba-tiba negara kita termasuk dalam carta Top 10 ?

Ada beberapa perkara yang menyumbang ke arah itu.

Pertama, kelab-kelab malam yang semakin bertambah selepas pertukaran kerajaan di beberapa negeri tertentu. Contohnya , dulu di Shah Alam tidak ada pub dan tidak dibenarkan menjual arak di kedai serbaneka. Sejak 3 tahun kebelakangan ini sudah wujud pub di Shah Alam. Arak juga dibenarkan dijual di kedai serbaneka. Apabila dirampas , exco minta dipulangkan balik.

Di tempat-tempat lain tidak perlu saya huraikan lanjut kerana semua orang telah tahu kewujudan pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sejak 3 tahun lepas. Itu belum dikira di P.Pinang lagi.

Kedua, tindakan seorang ahli parlimen Pas di Selangor (Khalid Samad) melawat kilang arak di Shah Alam dan menawarkan tanah yang lebih besar kepada kilang berkenaan untuk menambahkan lagi pengeluarannya menunjukkan Pas tiada masalah dengan arak dan boleh menggalakkan lagi orang ramai terus bergelumang dengan arak termasuklah ahli-ahli Pas sendiri.

Ketiga, apabila Pas bertukar menjadi Pas For All ianya turut menyumbang kepada peningkatan peminum arak. Dulu Pas hanya didominasi oleh orang-orang Islam sahaja, sekarang pula Pas tarik penganut-penganut agama lain untuk bersama mereka kerana cita-cita politik. Untuk menjaga penganut-penganut agama lain supaya tidak lari dari Pas , maka Pas harus menunjukkan mereka bersikap terbuka. Untuk menunjukkan Pas bersikap terbuka , maka Pas sendiri pun turut menjamu arak kepada orang-orang mereka yang bukan beragama Islam. Perkara ini berlaku semasa PRK Dun Galas tahun lepas. Itu baru di Galas, belum lagi di PRK tempat-tempat lain. Lihat di sini

Keempat , dulu pemimpin Pas pernah berjanji kalau mereka dapat memerintah Selangor, malam ini bentuk kerajaan esok pagi sebelum ayam berkokok mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang ayam yang berkokok itu dah 3 tahun disembelih, kita dah makan dan sudah pun masuk ke loji Indah Water, tetapi kilang arak masih di situ, malah ada pemimpin Pas yang menawarkan kepada mereka tanah yang lebih besar untuk meningkatkan operasi.

Akibat dari kegagalan menunaikan janji itulah rakyat melihat Pas tiada masalah dengan arak dan mendorong mereka untuk meminum arak. Bagi penyokong-penyokong totok Pas yang percaya Nik Aziz atau ulama-ulama Pas adalah penentu dosa pahala atau syurga neraka seseorang mereka merasakan tidak ada masalah dengan arak apabila pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mununjukkan sikap memusuhi arak. Malah Nik Aziz sendiri pernah menghadiri satu majlis di restoran cina yang dipenuhi dengan hidangan arak semasa PRK Kuala Trengganu pada awal 2009. Maka mereka merasakan tiada masalah dengan arak kerana tok guru tiada masalah, mungkin mereka mencuba-cuba untuk meminumnya, lama-kelamaan mereka ketagih.

Ustaz Taib berkata
Kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

Dulu semasa Pas mula-mula memerintah Kelantan, kerajaan negeri mengenakan syarat yang ketat berhubung penjualan arak di Kelantan. Sekarang, semenjak Pas bertukar menjadi Pas For All syarat tidak lagi ketat. Arak oleh dibeli dengan mudah di Kelantan. Dulu mungkin kalau ada seorang dua orang-orang Pas yang hendak minum arak mereka akan pergi ke Sungai Golok, Thailand. Ianya menyusahkan dan mereka tidak pergi dengan kerap. Sekarang bekalan arak mudah didapati di Kelantan, apa guna nak susah-sudah ke Sg Golok. Tiap-tiap malam mereka boleh minum. Itu pun penyumbang kepada Malaysia tersenarai dalam Top 10.

Ustaz Taib tidak boleh mengatakan hanya kerajaan BN sahaja yang tidak bertanggungjawab membiarkan rakyat begitu bebas meminum arak. Kawalan menjual arak terletak di bawah kerajaan negeri melalui PBT.

Apa yang Kerajaan Kedah lakukan untuk mengawal rakyat meminum arak ? Berapa banyak kelab malam dan kedai-kedai arak yang mereka tutup semenjak memerintah Kedah ? Harus diingat Kedah adalah kerajaan Pas solid. Itu pun Pas tak mampu nak lakukan sesuatu, apa lagi di negeri-negeri campuran PKR dan DAP ? Nak suruh DAP kawal arak ? Kalau Pas pun boleh jamu arak kepada orang bukan Islam, apa lagi DAP ?

Saya juga hendak beritahu kepada rakan-rakan semua. Bukan semua jumlah arak yang terjual di Malaysia sepertimana yang diperkatakan oleh WHO diminum oleh orang Malaysia. Ianya jumlah yang terjual di Malaysia. Apabila ianya jumlah yang terjual di Malaysia maknanya, termasuklah yang diminum oleh orang-orang asing tidak kira yang melancong atau yang bermaustatin di Malaysia. Satu hari berapa ratus kapal terbang yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia. Satu kapal terbang beratus orang. Kali dengan beratus kapal terbang dan kali dengan seorang minum segelas kemudian kali dengan sebulan dan kali dengan setahun. Di Kelantan kawasan penduduknya siam / cina terdapat penjualan arak kg. Balai Bachok, Kedai Pengkalan Datu, kg. Aril Pauh Lima, dan banyak lagi.....................................

Kesimpulannya apa yang diperkatakan Ustaz Taib Azamuddin bukannya dituju kepada kerajaan BN. Ianya lebih kepada pukul anak sindir menantu. Janganlah kita memarahi Ustaz Taib. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan umur.

No comments:

Post a Comment