Kalau nak dinilai di antara Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dan Ketua Dewan Pemuda PAS, rasanya Mufti Perlis lebih muktabar dan lebih berilmu berbanding Nasrudin Tantawi yang hanya lebih besar kepada "serban"nya sahaja, otaknya kecil!
Nasrudin Tantawi nampaknya berang dengan kenyataan Dr. Juanda yang menyatakan bahawa penentang perpaduan umat Islam (iaitu PAS dan UMNO) adalah PENGKHIANAT ISLAM, lalu dia mengeluarkan kenyataan pantas dan bodohnya di SINI.
Dalam usaha menafikan kenyataan Mufti Perlis itu, Nasrudin menulis...
1. "Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini."
Pada saya yang "kurang ilmu" ini, UMNO sudah menyediakan batu asas terhadap kedudukan Islam ditempat paling tinggi di dalam perlembagaan dan tempat paling selamat dibawah DYMM Yang DiPertuan Agong, yang juga Pemerintah Tertinggi ATM.
Bukan sekadar itu, UMNO sudah berkurun abad menyediakan segala kemudahan asas, prasarana, sumber informasi, infrastruktur dan kelengkapan mengenai mengimarahkan agama Islam di negara ini, termasuklah menyediakan Kementerian khas untuk memastikan Islam terus unggul di Malaysia.
Jika PAS masih melihat "lubang" atau kelemahan, mengapa PAS tidak bersama-sama UMNO untuk menutup lubang tersebut? Mengapa perlu PAS merobek lubang itu dari luar sehingga rakyat bukan Islam begitu mudah melihat keburukan itu? Jelas pendekatan PAS jauh menyimpang dari suasana ukhuwwah Islamiyyah yang dianjurkan oleh ajaran Rasulullah!
Jadi, "sikap siapakah" yang tidak cenderung kepada amalan Islam yang sebenar? PAS atau UMNO? UMNO tidak pernah mendabik dada atas jasa budinya terhadap perkembangan Islam, namun PAS yang tidak buat apa-apa hanya pandai mengkritik dan menjatuhkan maruah saudara seagamanya? Islam jenis apakah ini?
2. Nasrudin menulis lagi...
"(Berdasarkan Surah Aali Imran 103) syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam.."
Apakah UMNO tidak berpegang dengan "tali Allah" iaitu Al-Quran dan Al-Islam? Yang tidak berpegang padanya mungkin hanya segelintir individu. Sebagaimana PAS, tentunya ada juga segelintir pemimpin yang begitu. Namun saya yakin, kedua-dua UMNO dan PAS masih berpegang teguh pada "tali Allah" itu.
Seperkara lagi, jika itu "syarat utama" untuk perpaduan umat Islam, apakah "syarat utama" itu dimiliki oleh DAP? PKR? Apakah aspirasi itu dikongsi bersama oleh DAP sehingga PAS sanggup meninggalkan prinsip asalnya terhadap Islam demi menjaga hati DAP dan PKR? Realistiklah sikit..!!! Jangan tunjukkan kebodohan tuan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS...
3. Nasrudin menulis lagi...
"(Berdasarkan surah Al-Maaidah, ayat 2), nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia."
Apakah kerjasama dan penyatuan antara UMNO dan PAS bakal menumbuhkan bibit dosa dan menyuburkan permusuhan sesama umat manusia??? Jadi mengapa perlu ditentang perpaduan di antara PAS dan UMNO? UMNO begitu ikhlas menjemput PAS.
Meskipun MCA memberi syarat pada PAS, UMNO peduli apa pada syarat tersebut? UMNO ternyata lebih menghargai saudara seIslamnya dari rakannya yang gagal memahamkan bangsanya tentang perpaduan rakyat 1Malaysia. Jika MCA menghargai ikatannya dengan UMNO di dalam BN, MCA harus menerima hakikat bahawa UMNO sememangnya adil kepada bangsa Cina dan sayangkan saudara seagamanya!
4. Nasrudin menulis lagi...
"Penyatuan antara PAS dan UMNO mesti disokong malah wajib diusahakan jika ianya berteraskan Islam dan berobjektifkan taqwa kepada Allah SWT. Sebaliknya penyatuan antara PAS dan UMNO tidak boleh dilaksanakan jika ianya tidak diasaskan kepada Islam dan pula berobjektifkan dosa kepada Allah SWT."
Habis tu? Nasrudin ingat perpaduan UMNO dan PAS dibawah BN berteraskan politik? Itulah salahnya. Nasrudin salah faham. Buruk sangkanya pada melampau-lampau! Biar bagaimanapun sekali ikhlasnya UMNO, akan sentiasa buruk dimata PAS. Namun, biar betapa buruk dan kufurnya DAP dan PKR, akang tetap dipandang "wangi" oleh PAS! Inikah sikap umat Islam PAS??? Islam jenis mazhab apakah ini???
5. Akhirnya Nasrudin tulis...
"Bahkan kerjasama yang disertai PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerana Islam dan ianya dilandaskan di atas konsep Tahaaluf Siasi"
Apakah kerana tahaluf siyasi sehingga PAS di"keldai"kan, diperkotak-katikkan, dipermainkan, dibonekakan dan dipergunakan bagai pencacai pengangkat najis oleh DAP dan PKR? Apakah Nasrudin masih buta? Atau sengaja membutakan matanya?
Saya cadangkan Nasrudin turun padang dan jumpa akar umbi PAS yang kecewa melihat PAS jadi "pondan" berdepan dengan DAP dan PKR. Dasar dan perjuangan PAS begitu teruk dinafikan oleh DAP dan PKR. Apakah Nasrudin peduli dengan rungutan dan ketidak puasan hati akar umbi PAS melihat parti mereka begitu dayus di mata DAP dan PKR?
Akhir kata, saya bukanlah marah pada Nasrudin. Namun, hujah dan penulisannya begitu dangkal, cetek dan tidak mencerminkan seorang Ketua Dewan Pemuda yang bijak pun. Kenyataannya hanya akan ditertawakan oleh DAP dan PKR.
Saya harap, Nasrudin bertindak bijak selepas ini dengan meletakkan Islam di atas dan kepentingan politik di bawah sebagaimana yang diamalkan oleh Datuk Seri Najib dalam konteks perpaduan umat Islam ini, barulah Islam akan terus subur di Malaysia!
Sumber: MyKMU.net

No comments:
Post a Comment