Wednesday, May 25, 2011

PAS - SYAITAN BISU

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Pas hari ini dibidas kerana sanggup menjadi “syaitan bisu” gara-gara terlalu taksub dan bersikap kepartian melampau hingga sanggup mengambil sikap berdiam diri hingga tidak bersuara demi kepentingan politik semata-mata.

Tokoh agama, Kap (B) Datuk Hj Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz berkata “kelunya” lidah pemimpin yang bergelar ulama di dalam parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam itu amat mendukacaitakan kerana tidak berani menyanggah apa yang dituturkan oleh “idolanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lesbian, gay, biseksual serta kecelaruan gender baru-baru ini.

Tegas beliau, di manakah maruah pemimpin yang diagung-agungkan oleh penyokong mereka sebagai kepimpinan Islam dan kepimpimpinan ulama apabila sanggup berbuat demikian yang dikhuatiri bukan sahaja mencemarkan imej parti tersebut, malah akan memalitkan kepada Islam dan umatnya sendiri.

“Kalau setakat parti tak apalah…Ini apabila mereka sanggup berbuat demikian, imejnya bukan sahaja terpalit kepada Pas malah kepada Islam itu sendiri. Budaya sebegini amat mengecewakan kerana politik mengatasi kepentingan agama.

“Semua parti boleh berpolitik.. UMNO pun berpolitik dan begitu juga parti lain. Pas pun boleh berpolitik tetapi berpolitiklah dengan cara yang betul dan bukannya semberono. Hak dan d kebatilan seolah-olah tidak ada batasan. Apakah ini dinamakan perjuangan Islam tulen,” katanya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap berdiam diri pemimpin Pas berhubung isu lesbian, gay, biseksual serta kecelaruan gender baru-baru ini yang dituturkan oleh Datuk Seri Anwar ketika menjawab soalan editor Yahoo! Malaysia semasa muncul sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, Selasa lalu.

Najmuddin yang juga ADUN Batu Kurau seterusnya berkata beliau berdoa agar kepimpinan ulama Pas yang diwar-warkan oleh penyokong mereka hari ini diberikan hidayah dan menemui jalan kebenaran.

“Saya bimbang dan khuatir Pas akan terus hanyut dibuai mimpi indah bersama idolanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat seolah-olah memperalatkan Pas untuk kepentingan politik beliau sendiri.

“Insyaallah, sama-samalah kita berdoa agar pada satu hari nanti, Pas akan mendapat hidayah dan kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berlandaskan syariat yang betul. Berpolitik boleh namun janganlah gadaikan Islam. Itulah harapan saya,” katanya.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan sebelum ini mengesahkan bahawa beliau ada mendengar mengenai perkara itu melalui rakan-rakannya, tetapi belum meneliti sepenuhnya kenyataan Anwar.

Katanya, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tidak mendapat maklumat yang sebenar kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

“Saya ada dengar tapi belum sempat meneliti kerana sibuk dengan Muktamar Pas. Jadi, saya tidak boleh memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment