Friday, May 20, 2011

UMNO PARTI TERBAIK

UMNO Parti Islam Terbaik Untuk Dicontohi, Kata Parti Kongres Muslim Sri Lanka

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kejayaan UMNO sebagai parti orang Melayu, Islam terbesar di negara ini yang menjadi parti tunjang pemerintahan sehingga berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju, aman dan makmur terus mendapat pengiktirafan dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Justeru tidaklah menghairankan apabila banyak parti-parti politik dari negara luar terutama parti yang mewakili masyarakat Islam mahu menjadikan UMNO sebagai contoh rujukan utama mereka khususnya dari sudut pentadbiran.
Ini dibuktikan apabila Parti Kongres Muslim Sri Lanka menyifatkan UMNO sebagai parti Islam terbaik yang perlu dicontohi menerusi kebijaksanaannya memimpin sebuah negara yang berbilang kaum.
“Walaupun UMNO memimpin sebuah negara yang majoritinya orang Islam namun tidak pernah menafikan hak-hak kaum bukan Islam yang lain.
“Berbeza dengan kami yang merupakan kaum minoriti di Sri Lanka tetapi sebenarnya banyak perkara yang kami rasa perlu belajar dari UMNO”, kata pemimpin  Parti Kongres Muslim Sri Lanka, Hon. Rauff Hakeem.
Beliau berkata demikian semasa mengetuai kunjungan hormat delegasi seramai enam orang membabitkan ahli-ahli Parlimen di Sri Lanka kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, mereka saling bertukar pandangan dan menyentuh isu-isu semasa yang boleh memberi keuntungan kepada negara dan parti masing-masing.
Pertemuan tersebut juga dimanfaatkan oleh Parti Kongres Muslim Sri Lanka untuk menyatakan minat untuk menimba ilmu dan belajar cara-cara UMNO mentadbir parti terutama dari sudut organisasi serta pergerakan sayap khususnya Pemuda.
Menurut Rauff mereka berhasrat untuk menghantar beberapa pemimpin mereka ke sini untuk mendalami dan mendapat pengetahuan tentang operasi pentadbiran UMNO bagi proses penambahbaikan parti mereka.
Minat dan permintaan mereka itu disambut baik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan UMNO sentiasa membuka tangan kepada mana-mana parti untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan persefahaman.
“Kita sentiasa mengalukan sebarang kerjasama dalam pelbagai aspek.  Perkara ini telah lama kita lakukan dan telah banyak parti-parti politik negara luar yang lain yang sudah pun bekerjasama dengan kita”, katanya.
Dalam pertemuan itu juga beliau turut berkongsi pengalaman dan menceritakan tentang sejarah kewujudan UMNO, tertubuhnya Barisan Nasional, cabaran yang dihadapi pada waktu dahulu dan ketika ini terutama berdepan lanskap politik baru dunia.
Beliau juga menyatakan betapa pentingnya parti politik untuk peka terhadap tuntutan semasa serta perkembangan global.
“Sebab itu selepas kita mengharungi pilihanraya umum lalu di mana rakyat memberi mesej kepada kita, UMNO terutama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan program transformasi bukan sahaja kepada kerajaan tetapi parti”, ujarnya.
Selain Rauff Hakeem turut serta dalam delagasi Parti Kongres Muslim Sri Lanka itu ialah lima lagi pemimpin parti di kalangan ahli parlimen iaitu Hon. Basheer Zehu Dawood, Hon, Hassan Ali, Hon. Faizal Cassim, Hon. Mohamed Aslam dan Hon. AM Jameel. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment