Thursday, May 26, 2011

MYKAD VS hARAHah

hARAKah


Haprak pakatan semenjak akhir akhir ini sudah mula berkempen kononnya BN memberi MyKad atau lebih mudah memberi kerakyatan kepada rakyat asing untuk dijadikan sebagai pengundi semasa PRU13 nanti.

Isu ini sengaja ditimbulkan kerana sebagai persediaan atau pre emptive pakatan untuk membuat kacau selepas PRU13,dalil yang bakal digunakan jika mereka kalah adalah kerana dakwaan BN mendapat kemenangan secara menipu.


Plan dan perancangan yang dilakukan oleh makmal strategik pakatan yang dibantu oleh IRI (apa itu IRI klik sini)telah merangka satu tindakan untuk menunjukkan berlaku satu penipuan didalam pilihanraya,dengan mengunakan justifikasi tersebut mereka akan menghasut rakyat dan mendapat bantuan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan.Kesemua ini dirangka oleh IRI dan dilaksanakan oleh PKR,PAS dan DAP.


Sekarang ini mereka hanya menabur benih hasutan terlebih dahulu sebelum PRU13,kerana kalangan strategis pakatan sendiri tahu mereka tidak akan sama sekali akan berjaya menumbangkan kerajaan BN malah jauh sekali untuk menjadi pemerintah di Putrajaya.


Tuduhan dan dakwaan mereka terlalu susah untuk dipercayai memandangkan untuk mendapatkan kat pengenalan bermutu tinggi MyKad bukan semudah untuk mendapatkan Kad Touch n Go. Dakwaan seperti ini jelas meremehkan minda rakyat dan dalam masa yang sama turut menghina kerajaan BN menjual maruah negara. Ini satu tuduhan yang amat serius.

Kita semua tahu,proses untuk mendapatkan kerakyatan bukan mudah,malah untuk mendapatkan Mykad merah pun sukar apatah lagi untuk mendapat Mykad biru.


Kita semua sedar,pakatan cukup terkenal dengan pelbagai skrip cerita bombastik dan dakwaan konspirasi itu ini.Namun kesemua itu hanyalah satu pembohongan besar semata mata malah tidak ada satu pun berjaya dibuktikan.


Cakap cakap dikalangan pimpinan tertinggi PAS ,mereka mengakui pakatan secara realitinya tidak akan sama sekali berjaya memperolehi kerusi parlimen majoriti untuk menjadi kerajaan.Malah salah seorang pimpinan kanan PAS tergelak besar apabila mendengar cerita mengenai dakwaan pemberian MyKad yang dibuat oleh Khalid Jafaar baru baru ini.Katanya "itu semua kerja Saifudin,Khalid hanya tukang cakap saja,macam biasalah ana tahu ini persediaan kita untuk bikin heboh selepas PRU13",katanya lagi 'demo Bersih satu lagi cara untuk bangkitkan marah rakyat kepada perkara perkara yang tidak berlaku,tetapi itu semua penting untuk jemaah kita untuk semangat melawan BN"

No comments:

Post a Comment