Setiap kali timbul isu yang melibatkan kristian, Pas akan kebarisan hadapan bersama-sama dengan DAP untuk mempertahankan kristian. Antaranya isu kalimah Allah dan isu al-kitab.
Dalam isu yang timbul semalam berhubung PM kristian dan kristian agama rasmi negara, Pas sekali lagi muncul ke depan untuk menjadi naib juara selepas anugerah juara dipegang DAP dalam hal mempertahankan kristian.
Hari ini kita boleh melihat pelbagai peringkat pemimpin Pas membelasah Utusan Malaysia berhubung isu berkenaan. Lain yang dilaporkan Utusan, lain yang mereka tutuh. Lihat di sini.
Persoalannya di sini, bagaimana pemimpin-pemimpin Pas tahu apakah ikrar yang dibacakan oleh paderi-paderi kristian dalam majlis itu ? Adakah pemimpin Pas turut sama berada di majlis berkenaan ?
Sudah tentu tidak. Jika tidak bagaimana mereka tahu ? Mereka tahu melalui apa yang dinafikan oleh DAP. Percaya sangat pemimpin Pas kepada DAP, sehingga apa yang dikatakan oleh DAP mereka terima bulat-bulat tanpa perlu usul periksa terlebih dahulu.
Daripada jawapan Jeff Oii sepertimana yang disiarkan oleh Utusan semalam pun kita sudah boleh mengagak tentang apa yang diikrarkan oleh paderi-paderi dalam majlis itu. Sini
Sepatah haram pun Jeff Oii tidak menafikannya, sebaliknya beliau cuba pusing kearah lain dengan mengatakan ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.
Bukan kita tidak kenal pemimpin-pemimpin DAP atau Pas dan PKR, jika ada perkara yang tak betul yang ditanya kepada mereka, belum sempat soalan habis lagi, mereka akan mencanak berdiri atau melompat menafikan perkara itu. Tetapi ianya berlainan sekali dengan apa yang dijawab oleh Jeff Oii semalam. Nafikan tidak, sahkan pun tidak. Layan iPad kononnya, itulah bukti pemimpin DAP tidak pandai menghormati majlis. Datang ke majlis untuk melayan iPad dan makan ketika majlis sedang berlangsung. Apakah dalam hal ini orang-orang kristian tidak tersinggung dengan sikap Jeff Oii kerana tidak menghormati majlis mereka ?
Jika orang yang berada dalam majlis itu tidak mampu untuk menafikannya, bagaimana pula pemimpin Pas yang tidak berada di situ boleh menafikannya dan mengatakan Utusan melaporkan berita tipu ? Adakah Nik Aziz, Tuan Ibrahim Man turut sama berikrar bersama paderi-paderi kristian pada masa itu ?
No comments:
Post a Comment