Sunday, May 8, 2011

UTUSAN MALAYSIA DITAKUTI PAS?

Belasah Utusan Malaysia Membabi Buta, Bukti Pemimpin Pembangkang Pendek Akal

Tahap kefobiaan pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR terhadap Utusan Malaysia sudah berada di tahap yang paling serius.
Siang malam, pagi petang UM sering menjadi ingauan ngeri bagi mereka sehingga ada kalanya terbawa-bawa dalam mimpi.
Bagi mereka UM adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam PRU akan datang.
Apa sahaja isu yang timbul tidak kira dari mana puncanya , maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan UM. Pada mereka UM harus dilunyai habis-habisan sekarang kerana tidak mahu UM menjadi penghalang kepada mereka dalam PRU akan datang.
Contohnya, lihat apa yang terjadi semalam berhubung dengan isu untuk menjadikan kristian agama rasmi negara dan melantik PM dari kalangan orang kristian.
Apa yang dilaporkan oleh UM telah diputar belitkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang hanya semata-mata mahu menyalahkan UM. Perangai mereka tidak ubah seperti israel.
UM dalam laporannya semalam memanjangkan berita yang dilaporkan oleh dua blog dan meletakkan tajuknya yang ada tanda soal ‘KRISTIAN AGAMA RASMI ?
Manakala dalam laporan beritanya, UM telah menyiarkan apa yang dilaporkan dalam dua blog berkenaan dan dalam masa yang sama menyiarkan kenyataan Jeff  Oii yang menafikan laporan itu.
UM tidak pernah sama sekali melaporkan berita tipu atau membuat cerita mengikut kehendak mereka atau meniupkan sentimen keagamaan.
Lihat apa yang dilaporkan oleh UM di sini.
Sepatutnya UM dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-belah pihak. Jika benar UM hendak menimbulkan perasaan benci orang-orang islam kepada orang kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Oii dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu. Malah dibahagian awal berita lagi UM telah menulis tentang penafian Jeff Oii.
Hanya orang yang pendek akal seperti Lim Guan Eng, Nik Aziz, Tuan Ibrahim Tuan Man dan konco-konconya sahaja yang tak faham dengan berita yang dilaporkan.
Mereka bukan tak faham, mereka faham, tapi sengaja buat-buat tak faham kerana ingin membelasah UM. Dalam masa yang sama kita semua boleh melihat akal mereka berada di tahap mana. Itulah yang dinamakan pendek akal.

No comments:

Post a Comment