Saturday, May 14, 2011

APA KATA ULAmak PAS

Ikrar negara Kristian bukan cerita buat-buat



Kami The Unspinners adalah antara pihak yang mendedahkan isu negara Kristian tapi pasal kami lambat keluar, orang lain pulak yang kena. Maka simpati kami pada pihak-pihak yang berhadapan dengan pihak berkuasa.

Laporan Utusan Malaysia berikut:

Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan

KUALA LUMPUR 13 Mei - Laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, semalam.

"Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di sini hari ini.

Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.

Bagaimanapun di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.

Hishammuddin menambah, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan mengenai hal itu kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.

"Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku," tegasnya.
----------------------

BIDUK BERLALU KIAMBANG BERPAUT

Terbukti bahawa ada asas untuk blogger-blogger dan Utusan Malaysia menulis.

Ada pihak mengambil pendekatan menembak blogger-blogger untuk menunjukkan blogger UMNO tidak semesti setuju dengan tuduhan sedemikian. Basically to dissociate from the act deemed a political liability.

Itu kita faham sebabnya.

Ada pihak pula berasa ianya tidak perlu didedahkan kerana akan menimbulkan ketegangan antara penganut Kristian dengan UMNO/BN. Takut backfire. Ada kebenaran kata-kata mereka yang berhati kecil ini.

Adakah dia tidak berfikir berlebihan main cerita Anwar SUDAH backfire? Akarumbi dah kata
faham, tak payah balun sangat-sangat.

Fikir juga, kita hidup bukan hanya untuk politicking dan mencari undi saja. There is life outside politics and this is part of life. Ada kala kebenaran dan menentang kemungkaran perlu diutamakan.

Disebalik menutup, adakala baik didedahkan supaya permainan kongkalikong secara sembunyi ini boleh dihentikan. Pihak yang berkata demikian mungkin tidak tahu berapa merebak usaha dan fikiran sedemikian.

Sedarkah tidak, sesetangah pihak gereja bukan lagi tertumpu kepada spiritualisma tapi kini lebih mendesak dan tidak malu bersama dengan pihak pembangkang secara terbuka dan enggan engage dan terlalu cynical dengan pihak kerajaan?

Nawaitu mereka untuk evangelism atau penyebaran ugama kristian sudah tidak tersirat tapi terbuka? Rujuk artikel 11(4). PAS dan Khalid Samad, Anwar Ibrahim, Siti Mariah dan lain2 ada saham dalam usaha mereka ini.

Naluri mnusia bila berkuasa, mereka mudah terlupa. Bila pembangkang memberi mereka muka dan peluang, akhirnya ada pihak gereja dan penganut Kristian tertarik dalam permainan kuasa dan politik.

Saban hari, tidak menolak mereka bertambah lari dari perspektif hingga menjadi extrim untuk ada impian mahu Malaysia jadi negara Kristian.

Dalam laman web NGO Kristian antarabangsa banyak sekali doa dan harapan mereka untuk meluahkan Kristian tersebar ke negara ini dan kita digambarkan seolah tiada kebebasan ugama.

Ada pihak mengangggap apabila ada yang mereka tidak dapat atau dibenarkan, ianya halangan. Mereka tidak fikir atau mahu war-warkan pula pihak berkuasa pun ada halang pihak ugama lain termasuk kepentingan ugama Islam.

Jadi jangan bila dah berlaku baru komplen kenapa tidak dedahkan supaya orang sedar?

Perbezaan fikiran akan sentiasa ada terutama after event atau lepas sesuatu berlaku tapi kaku tidak tahu buat apa semasa keputusan perlu dibuat. Mana yang betul, hanya masa dapat ditentukan di kemudian hari.

Keputusan perlu dibuat dan ianya lebih baik dari tidak buat keputusan tau tidor saja.

Yang penting sekarang adalah diakui pendedahan ini bukan rekaan pihak tertentu tetapi ada kebenaran.

Kita akan saksikan bagaimana pihak sebelah sana cuba menepis dan menipu. Ingat: Jeff Ooi makan masa dua hari untuk menafi dan buat laporan polis. Makan beberapa hari baru pihak DAP dll bising. Sebelum itu Jeff Ooi cuba mengelak memberi alasan dia tak sedar sedang layar i-pad kononnya.

Yang sedih Ketua Pemuda UMNO dan budak-budaknya yang mengejek-ngejek dan bukan niat untuk menyelamatkan parti atau keadaan. Sungguh tidak bertanggungjawab.

Bagi yang terpaksa pangkah sipendedah, harapnya ia bukan atas motivasi peribadi dan bolehlah ... Biduk berlalu kiambang berpaut. Masing-masing teruskan peranan masing-masing tanpa perlu nak masuk ruang masing-masing.

Perjuangan belum selesai.

Lebih penting, ini bukan usaha memusuhi penganut Kristian tetapi menentang parti politik yang merosakkan institusi ugama dengan permainan politik ala apa saja demi kuasa yang memecahbelahkan dari menyatukan rakyat.

Sebagaimana masjid tidak dipolitik hingga pernah dan menyebabkan umat berpecah belah. Gereja kuil dll institusi ugama biar ajdi penyatu dan bukan pembelah umat Malaysia.

No comments:

Post a Comment