Thursday, May 12, 2011

ULANGTAHUN UMNO KE 65

Kejayaan UMNO 65 Tahun Membela Rakyat


Kuala Lumpur, 12 Mei- Kalau sejak mula dilahirkan pada tahun 1946, matlamat utama kelahiran dan perjuangannya ialah memerdekakan Negara, meninggikan syiar Islam, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan Negara, hari nie setelah 65 tahun berlalu, perjuangan UMNO telah banyak tercapai dan tetap menjadi inti pati masa depan.
Mohd Amin Hamidon, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Penggerang, Johor berkata, kalau ada membezakan perjuangan UMNO dahulu dan sekarang ialah UMNO dahulu hanya sebuah pertubuhan siasah tetapi bertukar menjadi parti yang menjadi tulang belakang sebuah kerajaan dan pemerintahan Negara.
“Perjuangan pemimpin UMNO terdahulu perlu disemat di dalam setiap diri agar parti yang menunjangi BN terus bergerak maju ke hadapan khususnya untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang. Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat dinasihatkan agar menjadikan UMNO sebagai sebuah gerakan politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.
Kejayaan UMNO bertahan sehingga 65 tahun menjadikan parti itu lebih eksklusif dalam memperjuangkan hak rakyat. Adalah wajar seluruh ahli UMNO dapat memegang dan menjadikan kata-kata dan amanah daripada Presiden parti itu sebagai satu inspirasi untuk memastikan segala gerak langkah yang diatur selepas ini menjurus ke arah pengukuhan sebuah institusi dan parti yang mantap,” ujarnya kepada UMNO-Online sempena ulangtahun UMNO ke-65 tahun.
Tambahnya, kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan merupakan salah satu asas kekuatan serta kemantapan UMNO. Kesetiaan merupakan prinsip yang digunapakai dan diamalkan oleh ahli UMNO itu jugalah yang membolehkan UMNO kekal sehingga ke hari ini.
Kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan telah mendorong ahli parti pada semua peringkat bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Perjuangan kita meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan memastikan rakyat terus yakin dan percaya kepada UMNO

No comments:

Post a Comment