Thursday, May 26, 2011

PRO ULAMA VS PRO ANUAR

Edar Video Seks Kempen Kumpulan Tertentu Menjelang Pemilihan Pas

KUALA LUMPUR 27 Mei – Sudah menjadi kebiasaan apabila berlakunya pemilihan dalam pucuk kepimpinan parti, pelbagai cara dan usaha dilakukan penyokong calon terbabit untuk mendapatkan sokongan atau sebaliknya.
Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibarahim, Anuar Shaari berkata pemilihan pucuk kepimpinan Pas yang bakal diadakan tidak lama lagi turut terkena tempias itu berikutan adanya pertandingan yang dikatakan adanya pertembungan antara kumpulan pro Anwar dan pro ulama.
“Dalam usaha untuk meraih sokongan,man-mana pihak dalam kumpulan terbabit sanggup melakukan apa sahaja, sama ada untuk dapatkan sokongan atau pun memalukan pihak lawannya.
“Tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan lawannya dengan mengedarkan apa jua barangan atau risalah dengan niat untuk memburuk-burukkan calon atau kumpulan tertentu.
“Untuk mengaburi perbuatan yang mereka lakukan itu, ada kemungkinan mereka menuduh pihak lain yang melakukannya,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang pengedaran video seks babitkan pemimpin pembangkang yang diadapti berleluasa sejak kebelakangan ini, malah ada pihak yang menuduh pengedaran itu dilakukan oleh UMNO untuk mengaibkan Anwar.
Anuar berkata, dalam keadaan sekarang adalah sukar untuk menyatakan siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan berkemungkinan perkara itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan dalam pemilihan Pas itu.
“Ini adalah suatu perkara yang subjektif, sukar untuk kita pastikan sesiapa yang melakukannya, bagaimanapun setiap perkara yang berlaku itu mempunyai maksud tertentu untuk mengaibkan individu terbabit,” katanya.
Menurutnya, tuduhan UMNO menjadi dalang kepada pengedaran video berkenaan adalah suatu yang biasa kerana sudah menjadi kelaziman kepada pembangkang yang menuduh UMNO yang melakukannya apabila sesuatu perkara itu tidak memihak kepada mereka. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment