Tuesday, May 17, 2011

BELA DIRI?

Bela diri atau cabut lari, mana satu pilihan bagi Anwar?

Alhamdulilah, berlawanan dengan tanggapan banyak pihak bahawa Anwar mungkin dibebaskan dan diepas tanpa perlu dipanggil bela diri, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Anwar membela diri atas pendawaan liwat yang dikenakan keatasnya.


Pada ketika, ini satu lagi kejayaan kepada sistem keadillan di Malaysia terutama dalam kes membabitkan Anwar bila kita melihat pertama kali dalam sejarah pelbagai jenis manipulasi dalam sistem perundangan yang digunakan bagi melewatkan kes sehingga mencecah sehingga lebih 50 kali.


Keputusan ini juga menunjukkan sebelah kaki Anwar sudah jejak ke dalam Sg Buluh semula, tempat jatuh lagi dikenang kata orang, ini kan pula tempat menerima hukuman.


Kita yakin Anwar dan pengikutnya akan memberikan seberapa benyak alasan atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu, kita rasa itu adalah tindakan biasa yang dilakukannya dari kes liwat yang pertama lagi. Konspirasi lah, entah apa-apa lagilah. Kalau video yang jelas tunjuk muka dia pun dia boleh nafi, apa lagi yang tidak ada video.


Cuma yang kita tidak faham ialah kenapa Mahkamah masih lagi membiar Anwar bebas sementara menunggu proses membela dirina yang dijangka pada hujung bulan Jun ini kerana ada  banyak kemungkinan yang Anwar akan melarikan diri.


Sekarang ini banyak betul cubaan untuk membunuh dan mengapa-ngapakan ahli keluarga Anwar, atas alasan apa yang kita tidak pasti. Dan tidak mustahil semua alasan ini akan digunakan untuk menjustifikasikan tindakannya untuk melarikan dirinya dan keluarga sudah terancam.


RPK sudah membuktikan bahawa duduk diluar negara adalah amat mudah dari menghadapi proses perundangan di Malaysia. Jadi kita harap sesuatu perlu dilakukan sekurang-kurangnya memegang pasport Anwar bagi mengelak sebarang usaha untuk melarikan diri bagi mengelak hukuman. Kalu susah sangat, tahan saja dia didalam penjara sementara menanti tarikh perbicaraan.


Pssstt..Hakim saja nak suruh anwar melarikan diri..jadi senang rakyat dah tak payah nak pertikaikan apa-apa lagi apabila orang lari makna sah lah salah nya. Pada ditahan dalam penjara pun dapat layanan istimewa dan semua ditanggung free buat rugi duit rakyat je..huhuhu..
 

No comments:

Post a Comment